ARFAN memberi salam dan melangkah masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan. Dia melihat Alya dengan ibunya rancak bersembang. Afifa juga ada di situ di atas riba Alya. Wajah Afifa kelihatan mengantuk. Yela, dah pukul 11 malam pun. Lewat juga dia balik.
Makcik Hasna yang perasan akan kedatangan Arfan, terus menegur dia.
"Lewat balik. Yaya cakap, angah keluar dengan kawan-kawan. Kawan dekat London ka?" Ujar Makcik Hasna.
"Ha ah. Diorang datang bercuti sini sebab Arfan ada," jawab Arfan. Matanya sempat mengerling Alya yang sedang menepuk peha Afifa. Nak tidurkan Afifa rasanya. Dia suka apabila Alya rapat dengan adiknya itu. Nampak comel!
Kalau Alya ada anak. Mesti anak dia comel! Alya sesuai jadi seorang ibu! Semua dia pandai. Isteri mithali! My type laaa~ Bertuahnya future husband Alya dan itu adalah SAYA!! Perasan!
"Angah? Dengar tak ibu cakap ni?" Suara Makcik Hasna mengejutkan Arfan dari lamunan.
"Apa? Ibu cakap apa?" Arfan tersengih. Makcik Hasna menggeleng, boleh pulak mengelamun.
"Ibu cakap, ajak jela kawan-kawan angah tinggal sini. Boleh ibu nak berkenalan dengan kawan-kawan angah tu. Lagi pun rumah ni besar, banyak bilik," kata Makcik Hasna dengan ceria. Idea yang bernas! Bolela dia nak lepak dengan diorang sampai diorang habis bercuti.
"Hm, okay. Nanti angah tanya kawan-kawan. Angah pergi mandi dulu ye? Nak tidur, mengantuk," Makcik Hasna mengangguk tanda faham. Makcik Hasna menoleh memandang Afifa yang sudah tertidur dalam dakapan Alya. Alya juga sudah tersengguk-sengguk. Bahagia dia melihat mereka berdua.
Angah, kalau lambat. Nanti ada orang ambil, Yaya. Angah nak ke? Jangan lama sangat...
BUNYI gelak tawa Delilah dan Adrian di ruang makan meriuhkan lagi suasana rumah. Leah yang duduk di sebelah Arfan gelak malu-malu. Jaga ayu. Alya menyampah melihat Leah tu. Tapi mukanya tetap tenang. Tangan Alya tidak henti menyuap Afifa di sebelahnya itu.
"Yaya makan la dulu. Biaq Tok Ani yang suapkan Ifa," Alya mengangguk dan pergi ke singki untuk membasuh tangan. Pinggan di rak di capai lalu dia duduk semula di sebelah Afifa. Nasi di cedok. Tiba-tiba ayam goreng yang dia goreng petang tadi sudah lesap semuanya. Dahla dia mengidam nak makan ayam goreng harini. Mana perginya semua?
Alya melihat atas pinggan Delilah banyak tulang-tulang. Banyaknya minah tu makan? Kebuloq sangat ka? Tak pernah makan ayam goreng sampai tak ingat dekat orang lain? Aku penat-penat goreng, orang lain yang pelahap habis.
Sup sayur di cedok dan di letak atas pinggan. Makan jela fishball, apa ball semua ni. Sayur sawi pun, sayur sawi la. Asalkan kenyang. Alya menyuap nasi ke dalam mulut dengan selera walaupun otaknya masih memikirkan ayam goreng yang rangup. Sabar Alya, takde rezeki, nanti kau goreng la lain.
"Yaya makan sup sayur je? Diet?" Soal Leah. Nada suaranya macam simpati. Semua orang terus memandang Alya pelik. Alya tersenyum.
"Nak makan ayam goreng yang Yaya goreng tadi, tapi dah habis. Makan sup sayur jela," Alya ketawa bersahaja lalu sambung menyuap nasi ke dalam mulut.
"Masak lemak cendawan tak makan? Ke mimilih makanan sebenarnya? Tak elok tau memilih," Kata Delilah sambil tersenyum jahat. Dia sengaja habiskan ayam goreng tadi. Sedap juga minah kampung ni masak, tapi tak boleh lawan McD or KFC la.
"Ha ah, Yaya. Makan masak lemak cendawan ni. Sedap tau," ujar Arfan. Alya mengeluh. Arfan sudah lupa? Benci! Alya menyuap suapan terakhirnya dan bingkas bangun. Malas nak duduk sini. Meluat!
"Angah lupa? Kak Yaya kan tak boleh makan cendawan. Allergies!" Petah sahaja Afifa menyebut perkataan Bahasa Inggeris itu. Arfan terdiam. Alamak! Macam mana boleh lupa?
"Tak pa. Jangan risau, kenyang dah ni. Am jom. Kita balik lepas ni. Dah lewat," lembut sahaja Alya bertutur, tak mahu orang tuanya terasa. Alya pergi ke singki lalu pinggan di basuh. Adam pun mengikut sahaja arahan kakaknya. Dia pun geram. Dia sengaja tinggal seketul ayam goreng, tapi minah Delilah ambil selamba je. Tanya la dulu siapa tak makan lagi, bukan susah!
"Ibu. Ayah. Tok Ani. Cek balik dulu ya," Tangan Makcik Hasna dan Tok Ani di cium. Adam turut sama. Arfa yang kasihan akan Alya cepat-cepat membasuh pinggan dan mengekori Alya dari belakang.
"Yaya jangan terasa hati ya. Nanti abang goreng kan untuk, Yaya," pujuk Arfa.
"Yaya tak merajuk lah. Along tak perlu risau. Yaya dan Am balik dulu," Dia memberikan senyuman pada Arfa. Arfa hanya menghantar Alya sampai ke pintu rumah sahaja.
TO BE CONTINUED
-author: Cuba bayang korang beli makanan kesukaan korang lepastu orang main makan sampai habis. Tak ke marah?
YOU ARE READING
C | happy ending.
Short Story#BOOK_1 I hope you're my happy ending. ©️cikanggun | 2022 cover by @yourainynight <33 ‼️short chapters‼️