"little sun buat apa tu?"Ezraf duduk disebelah adiknya yang sedang melukis di pondok kayu taman. Qhailish menoleh dan ditunjuk lukisan nya.
"Cantik adik lukis anime. Minat anime ke?"Dijongket keningnya. Qhailish mengangkat bahu.
"Tapi gojo hensem."Ezraf tergelak kecil. Rambut panjang adiknya diusap perlahan.
"Macam mana dengan grup mafia adik?"Qhailish meletakkan buku lukisannya dan mengubah posisi agar menghadap si abang.
"Lepas leon lafaz cerai dulu, adik dah jarang pergi markas. Kalau ada kes apa apa pun adik suruh anak buah handlekan ja."Ezraf mengangguk faham.
"Hey little sun. Nak coklat?"Ezraf menjongket keningnya berkali kali. Qhailish menganguk laju.
"Nak coklat Daim."Ternaik kening Ezraf. Daim?.
"Takkan nak kena pergi langkawi pula little sun."kening yang tidak gatal digaru olehnya. Qhailish mendekatkan sedikit ke arah angahnya.
"Nak." Ezraf menundukkan sedikit kepalanya. Pipi gebu tu ditarik lembut.
"Nanti kita pergi langkawi ya little sun."Qhailish menganguk dan dikucup pipi angahnya.
"Hey. Little sun cium angah?"Dipegang pipinya. Gadis tu terkekeh. Ezraf menyelitkan kedua tangan di celah ketiak Qhailish dan diangkat ke atas pehanya.
"Angah suka tengok little sun senyum semula."dicium pipi adiknya. Qhailish bermain dengan jari jemari angahnya.
"Amboi dating tak ajak"sergah Ezreen yang datang bersama Ezran. Kembar tu duduk berhadapan dengan mereka berdua.
"Buat apa nak ajak menyibuk ja."Serentak kembar tu menjeling ke arah Ezraf.
"Along tak balik lagi?"Ezraf mengangkat bahu nya tanda tidak tahu. Ezar katanya mahu keluar sebentar tapi itulah tak balik lagi.
Ezraf menggerakkan badan nya ke kiri dan kanan dengan tangan menepuk nepuk bahu adik perempuannya.
"Kita memang takkan balik Malaysia ke?"Soal Ezran ke arah angahnya. Jejaka tu mengangkat muka.
"Kalau hal ni kita kena tanya along. Angah tak boleh bagi keputusan."tuturnya. Tanpa mereka bertiga sedar, si adik bongsu mereka sudah terlelap di dada Ezraf.
"Assalamualaikum"mereka yang terdengar suara garau tu menoleh melihat Ezar yang melangkah masuk dengan membawa air boba.
"Satu je ke long? Tak adil lah macam ni"Ezran mendengus perlahan. Ezar menjongket keningnya. Apa salah dia?.
"Babygirl."Qhailish yang tidur tu mencelikkan matanya apabila terdengar suara garau seseorang.
"Letih sangat yer? Kesian dia. Ni nak?"ditunjuk air boba ke arah gadis tu. Qhailish menghulurkan kedua tangannya.
"Cakap apa?"
"Terima kasih along"Ezar tersenyum dan memberi air tersebut kepada si adik. Bersinar sinar mata Qhailish.
"Elele suka lah tu hunny bunny"Qhailish menjelirkan lidah nya ke adah Ezran. Dihirup air tu.
"Kenapa Ezreen tengok adik macam bayi?"Manakan tidak, posisi Qhailish seperti bayi sedang menghisap botol susu dengan kepalanya melentok di dada Ezraf dan tu nampak comel.
"Walaupun adik dah besar dia tetap macam bayi di mata kita"Tutur Ezar sambil melipat lengan baju kemejanya sehingga ke siku.
Qhailish menghulurkan air tu kepada Ezran. Ternaik kening jejaka tu.
"Hirup"Ezran mendekati dan dihirup sedikit air tersebut kang hirup banyak banyak menangis pula budak tu.
"Ezzat mana?"Mereka memandang sekeliling apabila mendengar pertanyaan Ezar.
"Tak tahu lah budak tu pergi mana."Derapan kaki seseorang membuatkan mereka menoleh melihat Ezzat yang datang sambil mengilap rambutnya dengan kain tuala kecil.
"Terasa seperti dicari."Mereka menjulingkan mata. Ezzat memandang adik perempuan nya.
"Apa pandang pandang"Ezzat menaikkan keningnya. Qhailish menyuruhnya untuk tunduk. Sebaik jejaka tu menunduk, Qhailish menyerabaikan rambut basah Ezzat.
"Tangan bergetah"Tergelak kembar tu. Ezar tergeleng kepala perlahan. Kalau ya pun malas nak bangun basuh tangan janganlah ambil air dekat rambut orang.
"Geram abang dengan cahaya hati ni."Ezzat kembali mengeringkan rambut nya. Qhailish terkekeh perlahan.