BAB 4

2.2K 154 1
                                    

"dah lama tak datang Malaysia kan ngah lepas adik cerai dengan Leon."Ezraf mengusap rambut adiknya perlahan. Tangan kirinya digunakan untuk menampung kepala.

Sekarang mereka berdua di bilik hotel. Sudah larut malam tapi si budak kecil ni tak nak tidur lagi.

"Tu arahan dari along untuk bawa adik ke US bagi tenangkan diri. Kita balik US pukul 4 petang ahad ni okeyh?.  Sekarang adik kena tidur. Tak boleh fikir pasal jantan tu yang dah hancurkan hati adik. Angah bawa adik ke sini nak tenangkan fikiran adik tu. Little sun angah kan kuat."Ditarik comforter ke atas dada adiknya.

"Angah pun dah ngantuk. Esok kita naik cable car."dikucup kedua pipi adiknya dan direbahkan badan untuk tidur. Sempat pinggang ramping adiknya ditarik dekat.

QHAILISH merangkul kemas lengan angahnya. Terasa gayat apabila naik cable car.

"Lepas lah tangan angah ni. Little sun takut ehh. Eee sian takut" Ezraf menjarakkan diri nya.

"Aaaa angahhh janganlah. Adik takuttt. Macam mana kalau benda ni terjatuh ke bawah kee." Ezraf tergelak melihat wajah takut si adik. Tanpa Qhailish sedar, Ezraf membuat video call dengan Ezar agar alongnya tengok wajah ketakutan si adik bongsu mereka.

"Eee penakut. Adik penakut. Angah taknak duduk dekat dekat dengan little sun."usik Ezraf.

"Haaa angahh janganlah duduk jauh jauh. Sampai hatiii"dihentak kakinya dengan posisi masih duduk apabila Ezraf bangun duduk di kerusi depan.

Ezar yang melihat adiknya melalui video call hanya tergelak kecil. Adiknya comel saja dengan wajah memerah kerana marah dan takut dalam masa yang sama.

"Tengok tu along. Princess kita takutt."makin suka Ezraf mengusik Qhailish.

"Hiks angah. Adik takuttt." Terkejut Ezraf melihat mutiara jernih mengalir di pipi mulus tersebut. Dia segera duduk sebelah Qhailish semula.

Diusap perlahan belakang adiknya. Ezar yang disana hanya tersenyum saja melihat adiknya.

"Don't cry babygirl. Everything will be fine. Jaga diri baik baik dekat sana."

Qhailish mengosok matanya. Ezraf tergelak kecil melihat wajah gadis itu.

"Jahatlah angah ni bagitahu along."ditampar bahu angahnya setelah jejaka tu menamatkan video call.

"Biar angah ada geng nak usik little sun. Merah ja muka nak cendol?"Diseka air mata adiknya.

"Taknak cendol. Nak Daim hm. Adik laparrr."Dijuihkan bibirnya.

"Sekejap lagi kita pergi makan lepastu kita pergi main banana bot."Dijongket keningnya berkali kali. Qhailish yang mendengar tu meneguk air liur nya.

"Sebab ni ke angah suruh bawa pakaian lebih tadi?"Ezraf menganguk dengan senyuman penuh makna nya.

"Angah tahu adik takut laut kan kan? Tak apa angah ada dengan little sun."dicubit lembut pipi tersebut. Qhailish menoleh ke arah kirinya melihat pemandangan disini.

22. THE HIDDEN SIDE S2 [C]Where stories live. Discover now