"hye sweetheart"Sapa nya dengan senyuman sinis. Bibir Qhailish bergetar.
"Raykal? Kau yang buat semua ni?"Jejaka tu mengusap belakang tengkuknya dan berpeluk tubuh.
"Aku hanya ikutkan arahan dari abang aku saja. Tengku Zhao Rafique abang aku dan aku Tengku Zhain Raykal. Mama papa aku tu bukan orang tua kandung. Ni hanya plan Zhao untuk aku rapat dengan kau supaya ada jalan untuk abang aku dapatkan kau. Yeah abang aku dah lama tahu kewujudan kau Ezahra Qhailish." Jelasnya tanpa riak.
Air mata Ezahra Qhailish mengalir ke pipi mulus tersebut.
"Jahat. Raykal sama dengan Leon. Nak pergunakan Qhai je kan? Lepas ni siapa pula? Kau?"Dipandang wajah Zhao yang baru selesai membasuh tangan.
"Maafkan aku Qhailish. Dulu sikit lagi rancangan kitorang nak berjaya tapi si Leon tu guna cara kotor tapi tak apa sekarang kau dah ada dalam genggaman kitorang. Nombor semalam tu adalah nombor Zhao. Selepas kau save nombor abang aku, Zhao dapat tahu kedudukan kau."tutur Raykal lagi.
"CUKUP! AKU BENCI KORANG! KAU DENGAN LEON TU PERGI MAMPOS! KAU PUN PERGI MATILAH! ALONG HIKS ADIK NAK ALONGGG!"Dicengkam kuat rambutnya. Zhao segera mendapatkan gadis tu.
"LEPASKAN AKU LAH!"dia meronta hebat dari pelukan jejaka ni. Raykal hanya lihat tanpa riak. Dia sudah mempunyai teman wanita di US tapi disebabkan permintaan abangnya dia terpaksa ikutkan saja.
"Alongg"Lemah saja suara Qhailish sebelum dia tidak sedarkan diri. Zhao menghela nafas perlahan. Ditoleh ke arah adiknya.
"Thanks."Raykal mengangguk saja dan melangkah naik ke biliknya semula. Tugasnya sudah selesai.
Zhao segera mencempung tubuh Qhailish ke bilik nya. Dia tidak kesah apa yang dah jadi dengan gadis ni. Walaupun dia pernah menjadi isteri orang lain tapi tu dulu bukan sekarang.
"Sembab dah mata."Zhao menyeka bekas air mata tu. Dikucup sayang di pipi tersebut.
EZAR yang masih serabut mencari adiknya segera mendapatkan telefonnya apabila terdengar bunyi getaran.
Musuh, Red Dragon.
- adik kau selamat dengan aku. Cantik dia pandai kau jaga. Aku bagi amaran jangan sesekali hantar anak buah kau untuk datang serang. Atau adik kau aku bunuh faham?.Pic.
Ezar melihat gambar tersebut dimana adiknya sedang tidur. Dihela nafas lega apabila tiada sikit pun lebam di wajah tu.
"Tua dari aku tapi nak dekat adik aku yang umur 18 cehh."Ezar melemparkan telefon di katil dan bercekak pinggang.
"Nak ambil adik semula tapi pakcik tu jenis buat apa dia cakap. Susah lah macam ni"Dia kenal sangat dengan ketua Red Dragon yang nak diboleh katakan sangat kejam. Apa yang dia cakap dia akan buat.