Redup saja mata Qhailish memandang ke arah pintu wad. Samar samar saja dia melihat orang tersebut.
"Hidup lagi kau ya. Baik mampos ja."Pisau dipusingkan dan dianggkat untuk membunuh.
Bang.
"Argh"Ramizan jatuh terduduk. Dipandang jejaka yang berdiri di depan pintu.
"Zhao."Wajahnya berubah cuak. Jejaka tu melangkah mendekati nya.
"Don't you dare to touch my future wife"Dicengkam koler baju tu dan dipanggil anak buahnya untuk masuk.
"Bawa dia ke markas. Bunuh dia."Jade dan Nazif menganguk dan diheret Ramizan keluar dari wad tu.
"Sayang okeyh?"Soal Zhao dan ditarik kain selimut tu ke atas dada Qhailish. Gadis tu menganguk sahaja.
"Siapa lelaki tadi?"Soalnya. Zhao mengeleng kepalanya perlahan.
"Tak ada sesiapa pun. Aku bawa kau balik okeyh?"Dia tidak mahu Ezahra Qhailish tinggal disini. Nampaknya musuh sudah mula permainan mereka.
"Okeyh"balasnya.
"Aku pergi isikan borang dulu. Kau jangan pergi mana mana pula"Qhailish menganguk sahaja dan dipandang jejaka tinggi lampai tu melangkah keluar.
ZHAO segera mendukung tubuh kecil Qhailish ke kereta yang telah disediakan oleh anak buahnya.
"Terima kasih dan maaf sebab menyusahkan."Zhao mengeleng kepalanya perlahan.
"Kau tak menyusahkan aku pun sayang. Aku yang minta izin dekat Ezar untuk jaga kau." Qhailish hanya tersenyum nipis. Zhao sangat prihatin.
"Aku nak ambil kau jadi isteri aku yang sah. Kau sudi?"Tanya Zhao. Perlahan lahan gadis tu mengangguk.
"Syukur. Dont worry aku jaga kau dengan baik."Dipandang ke arah depan semula.
"Eh my little sun dah balik. Thank Zhao"Ezraf memeluk tubuh adiknya.
"Ezar ada? Aku nak jumpa dia sekejap."Ezraf menganguk dan menyuruh jejaka tu untuk masuk.
"Along ni Zhao nak jumpa."panggil Ezraf dan tidak lama tu Ezar melangkah turun dari tangga.
"Ada apa?"soalnya dan duduk berhadapan dengan Zhao.
"Orang yang tembak Qhailish haritu dari kumpulan Fire shark. Musuh adik kau. Motif nak rampas kedudukan CAM di rangking pertama."Jelas Zhao dengan serius.
"Tadi pun ada yang cuba untuk bunuh adik kau. Nasib aku sempat sampai."Ezar menghela nafas kasar.
"Susah aku nak jaga adik kau sebab aku dengan dia tak halal." Ditahan bibirnya dari tersenyum. Ternaik kening Ezar.
"Yer yer aku tahu kau dah tak sabar nak nikah kan? Bawa lah family jumpa aku."Dijulingkan matanya.
"Malam ni aku bawa."Jatuh rahang Ezar. Apa ke kalut sangat jantan ni.
"Ikut suka kau lah. Nanti aku hantar anak buah untuk serang Fire Shark. Lagipun anak buah CAM sekarang aku yang handle sementara kesihatan adik aku nak pulih."tutur Ezar.
"Siapa?"ternaik kening Ezar.
"Siapa tanyaa"penumbuk digengam erat.
"Aku tak izinkan kau nikah dengan adik aku baru kau tahu."Geram dia.
"Rilex arh. Gurau sikit dah koyak." Mahu merana dia kalau tak dapat keizinan kahwin dengan Qhailish.