Qhailish membasuh tangannya. Setelah selesai dia mengatur langkah untuk keluar dari tandas.
Lengan gadis tu ditarik dan ditolak ke dinding dengan perlahan. Kedua tangan tu diletakkan di sisi Qhailish.
"We meet again sweetheart."Qhailish memandang wajah jejaka dihadapannya sekarang.
"R..raykal" Jejaka tu tersenyum sinis. Diusap perlahan wajah yang masih menjadi kegilaan nya dahulu.
"You are still beautiful."Dia segera mengatur langkah pergi dari situ. Terkebil kebil Qhailish dibuatnya.
Raykal mungkin akan menunjukkan dirinya di hadapan Qhailish tapi tidak lama. Jika dia rindu mahu menatap wajah tu barulah dia datang menunjukkan diri. Dia tidak mahu kelima jejaka tu berfikir yang bukan bukan tentang dirinya.
"I will appear at the right time where you will be mine legally on the religious side" Raykal melangkah dengan senyuman sinis di bibirnya.
Apa yang dia nak akan jadi milik dia. Dulu memang dia tidak mampu buat apa apa sewaktu Leon merampas Ezahra Qhailish dengan cara yang kotor tapi tidak untuk kalini. Jika ada yang mahu merampas gadis itu dengan cara kotor, dia juga akan guna cara kotor.
"Alongg, adikk nak pergi jumpa Alanna dengan iswanda boleh?"Pintanya dan dibalas anggukan si along.
"Hati hatii."Qhailish memboloskan diri nya ke dalam kereta dan memecut laju. Setibanya di sebuah rumah banglo tiga tingkat tu segera dia melangkah keluar.
"Assalamualaikum." Tidak lama tu pintu dibuka oleh Iswandi.
"Walaikumusalam eh Qhalish masuk lah."Gadis tu melangkah masuk dan tersenyum ke arah mereka semua.
Family mereka semua duduk sekali agar. Keluarga Mahen serta Raja juga ada.
"Hye Qhailish."Sapa Alanna. Gadis tu tersenyum dan menyalimi tangan orang tua Alanna, Iswanda, Mahen serta raja.
"Meriah yer. Ramai ja"Mereka tergelak kecil dan mengangguk.
"Ni kamu dari mana Qhailish?"Tanya bonda Aifa. Qhailish menoleh ke arah nya.
"Baru balik dari makan tengah hari dengan abang abang lepastu terus datang sini. Lama tak jumpa Alanna dengan iswanda."balasnya dan memandang ke arah perut iswanda.
"Dah berapa bulan?"Soal nya. Iswanda mengusap perutnya dengan tersenyum.
"5 bulan dah"Qhailish mengusap perut iswanda perlahan. Mereka hanya tersenyum melihat. Mereka juga tahu apa yang telah jadi dan terasa kasihan terhadap Qhailish.
"Kalau benda tu tak jadi mesti kita bertiga dah memboyot kan?"Dia tergelak kecil. Wanda dan alanna tersenyum nipis.
"Kitorang tahu kau kuat Qhai. Sabar yaa"Wanda mengusap bahu sepupunya perlahan.
"Assalamualaikum"mereka menoleh ke arah suara garau tersebut. Qhailish langsung tidak menoleh kerana dari segi suara saja dia sudah agak.
"Ha Leon duduk lah dulu."Jejaka tu mengangguk saja dan terpandang bekas isterinya yang sedang mengusap perut iswanda yang memboyot. Entah kenapa dia berasa bersalah dalam dirinya.
"Kau macam mana Qhai? Dah okeyh?"tanya Alanna sekadar ingin tahu kondisi Qhailish.
"Dah okeyh. Aku dah boleh move on. Aku bahagia dengan abang abang aku."Balasnya tanpa dia sedar Leon mendengar apa dia katakan.
"Tetiba kau nak datang sini ada apa?"Soal Mahen. Leon menoleh.
"Oh aku datang sini sebab nak bagitahu minggu depan aku bakal nikah dengan Zarina."
Zapp.
Tangan Qhailish terhenti mengusap perut iswanda. Hatinya sakit mendengar Leon akan bernikah.
"Kenapa perempuan tu jugak jadi pilihan kau Leon? Kalau nak dibandingkan Zarina dengan Qhailish. Qhailish lebih layak."Raja mula membuka suara.
"Kau siapa nak tentukan hidup aku? Dengan siapa aku nak kahwin tu hak aku."Balas Leon yang cuba mengawal kemarahannya.
"Kau lupa Leon? Dulu kau kejar Qhailish sehingga sanggup guna cara kotor tapi sekarang apa?"mengendur suara Raja.
"Sokeyh Raja. Cukup. Kalau Leon nak nikah tu hak dia. Kitorang dah tak ada apa apa. Apa dia nak buat tu urusan dia."Mereka memandang redup ke arah Qhailish.
"Gengamlah seerat mana pun jika memang tidak ditakdirkan untuk bersama akan terlepas juga. Tak semestinya apa yang kita sayang akan berkekalan sehingga akhir hayat. Aku bersyukur sebab dia pernah hadir dalam hidup aku dan menjadi seorang suami." Mata memandang dalam ke arah mata bekas suaminya.
"Walaupun sakit dihati tapi aku perlu ikhlaskan juga. Tengku Leon Evan bin Tengku Leo terima kasih kerana sudi menjadi seorang suami walaupun sebentar. Qhailish minta diri dulu. Wanda, Alanna jalankan tugas korang."Dia bangun menyalimi tangan mereka semua dan melangkah keluar dari rumah tersebut.