Ezar~Along
Ezraf~Angah
Ezreen~(Alang) abang kembar 1
Ezran~(Acik) abang kembar 2
Ezzat~ Acu.*Untuk yang keliru dengan abang abang Ezahra Qhailish.
"Along hmm"Qhailish berlari kecil ke arah alongnya. Tubuh tegap tu dipeluk erat.
"Yes babygirl? Why hm?" Soalnya dan diusap perlahan rambut si adik. Gadis tu melentok kepalanya di dada Ezar.
"Adik rasa macam sakit kepala lah. Berdenyut denyut."Ezar meletakkan tangannya di dahi Qhailish agak panas.
Ezar mencempung tubuh si adik ke bilik nya. Diletakkan perlahan lahan di katil.
"Babygirl fikir apa hm? Fikir pasal Leon lagi?"Qhailish mengeleng kepalanya tanda tidak. Tentang Leon dia sudah move on.
Ezar mengurut perlahan dahi panas adiknya. Dikucup sayang di ubun ubun Qhailish.
"Sayang adik. Jangan stress sangat. Ingat apa doktor pesan. Along taknak tengok adik lemah macam dulu lagi tau. Tak kuat tengok adik rebah depan along."Direnung dalam mata gadis itu.
Mahu luruh jantungnya dulu waktu kondisi Qhailish sangat lemah dan gadis tu pernah rebah dihadapan matanya sendiri dengan muka yang pucat.
Sejak sejak tu dia sering mengutamakan puteri kecil nya. Dengar saja Qhailish sakit kepala pun sudah buat dia risau.
Jika nak diceritakan selepas Qhailish diceraikan oleh Leon, adik mereka tidak bersemangat seperti dulu. Hanya berkurung dalam bilik tanpa makan minum. Menangis tidak henti henti dan hanya menyalahkan diri sendiri saja. Disebabkan sudah buntu, Ezar terpaksa menegaskan dirinya agar Qhailish keluar dari kemurungan tersebut.
"Cahaya hati kenapa ni?"Soal Ezzat yang kebetulan mahu ke biliknya ternampak pintu bilik Ezar terbuka sedikit jadi dia cuba untuk mengintai.
"Adik sakit kepala."kata Ezar dan Ezzat naik ke atas katil tersebut. Tangan adiknya diusap perlahan.
"Adik tak boleh terlalu fikir sangat nanti kesihatan cahaya hati terjejas. Adik kan cahaya hati kami kalau adik tak sihat nanti cahaya tu malap."Qhailish mengukir senyuman nipis.
"Cuaca sama kot. Esok okeyh lah ni."Dia suka bila along mengusap seluruh wajahnya. Rasa tenang.
"Shh tidur okeyh cahaya hati."Ezzat menepuk nepuk bahu Qhailish seakan mendodoikan bayi. Perlahan lahan mata cantik tu tertutup.
"Sleep well cahaya hati."Ezzat mencium kedua pipi gebu tersebut dan menoleh ke arah alongnya semula.
"Ezzat masih tak puas hati dengan Leon. Kalau bagi peluang sekali lagi, Ezzat nak belasah cukup cukup"ternaik kening Ezar bila adiknya sedang emosi.
"Same. Tapi buat masa sekarang kita kena jaga adik dengan baik. Along taknak dia sakit sikit pun." Mata kedua jejaka tu memandang si adik yang sedang tidur.
"Kembar dah balik"Serentak dua jejaka tu berkata sambil melangkah masuk. Mereka berdua berpandangan sebelum tergelak. Mereka berdua baru selesai bermain bola di futsal.
"Mana semua orang pergi?"Soal Ezran pada abangnya. Ezreen mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Ran?Reen? Cari siapa?"tanya Ezraf bila dua jejaka tu seperti tercari cari.
"Oh tak ada apa cuma rumah kosong ja ingat tak ada orang. Sugar baby Ezreen mana?"Bola ditangan dilambung lambung.
"Tidur agaknya."Derapan kaki membuatkan mereka menoleh ke arah Along yang turun bersama Ezzat.
"Alang alang semua ada jom kumpul."ajak Along. Mereka melangkah ke sofa ruang tamu.
"Asal long?"Soal Ezraf.
"Along nak Ezzat kerja dengan Angah. Jadi PA dia takkan kau nak duduk merempat dalam rumah ja? Amboi senang hidup kau"Ezzat tersengih sambil mengusap belakang tengkuknya.
"Boleh ja long."balasnya. Along menoleh ke arah Ezraf dan jejaka tu menganguk.
"Lepastu hunny bunny nak tinggal kat siapa?"Tanya Ezran. Along nya mengukir senyuman nipis.
"Dia akan bekerja dengan along dan jadi PA Along."Yang lain memandangnya tajam.
"Mana bolehh. Bagi lah sugar baby kerja dengan kitorang."bantah Ezreen tidak terima.
"Siapa abang sulung sekarang? Aku ke kau?"Ezreen berdecit. Tahulah sulung pun.
"Okeyh fine."Dijulingkan matanya. Ezran disebelah hanya tergelak kecil.