BAB 21

2.2K 160 6
                                    

Qhailish mengetuk pintu bilik jejaka tu dan tidak berapa saat pintu tu dibuka oleh Zhao.

"Yes my lady?" Qhailish bermain dengan jari jemari nya.

"Harini berapa haribulan?"Zhao menoleh ke belakang melihat kalendar.

"24, kenapa?" Kepala didongakkan memandang wajah jejaka tu yang agak tinggi darinya.

"Harini kena pergi hospital."Ternaik kening jejaka tu kerana gadis ni bercakap separuh separuh. Seketika telefonnya bergetar.

Ezar, abang ipar.
- bawa adik aku pergi hospital Tengku Mokthar. Dia perlu check kesihatan dia.

"Check kesihatan?"Dipandang wajah Qhailish dan gadis tu menganguk saja.

"Pergi siap. Tudung jangan lupa pakai."Qhailish segera mengatur langkah ke bilik nya semula.

"Boss nak pergi mana?"Tanya Dian apabila melihat boss nya serta Qhailish seperti mahu keluar.

"Aku keluar sekejap. Jaga rumah."Mereka hanya mengangguk faham.

SETIBANYA di hospital, Zhao menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar dan hanya mengikuti saja langkah Qhailish.

"Assalamualaikum" Doktor Iskandar menoleh ke arah nya.

"Ezahra Qhailish kan?"Gadis tu menganguk saja dan duduk dikerusi.

"Kamu siapa?"tanya dia ke arah Zhao yang berdiri dengan tenang.

"Tunang dia. Abang abang dia sibuk."Tenang sahaja Zhao berkata dan Doktor Iskandar mengangguk faham.

"how are you Ezahra Qhailish? getting better?" Qhailish menganguk.

"Dalam beberapa hari ni banyak stress atau buat sesuatu diluar jangkaan?"Qhailish mengeleng kepalanya perlahan.

"Masih bergantung dengan ubat?"Digeleng lagi kepalanya.

"Okeyh good. Selak lengan baju."Zhao segera menghalang.

"Kenapa sampai nak perlu selak lengan baju? Aurat kan."Menajam saja mata Zhao memandang doktor tu.

"Sabar. Saya minta dia selak lengan baju untuk memastikan sama ada lengan dia masih bercode ataupun sudah bersih."Jelas Dr. Iskandar.

Qhailish menyelak lengan bajunya. Dr. Iskandar melihat lengan tu tanpa menyentuh sikit pun.

"Last buat bila?" Kerana kesan ni seperti baharu saja.

"Bulan lepas."Dr. Iskandar mengangguk.

"Jangan buat lagi ya. Kalau rasa tertekan cuba beristighfar ingat Allah. Bila rasa hati tak tenang rasa serabut cuba dekatkan diri dengan Allah in shaa Allah hidup awak baik baik saja. Jangan terlalu banyak fikir."Tutur Dr. Iskandar sambil menulis di buku.

"Baiklah."Diturunkan semula lengan bajunya.

"Itu sahaja kamu boleh keluar."Dia bingkas bangun dari duduknya.

"Terima kasih"ucap Zhao sebelum membuka pintu untuk gadisnya.

"Jangan fikir sangat tentang bekas suami kau tu. Aku ada dekat sini untuk jadi penyembuh. Jom aku bawa kau jumpa abang abang kau."Qhailish memandang wajah jejaka tu.

"Jumpa abang Qhailish betul ni?. Jom"Terangkat sedikit sudut bibir Zhao melihat keterujaan gadis tu. Diboloskan diri nya ke dalam kereta.

SAMPAI sahaja di rumah abang abang Qhailish, gadis tu berlari masuk.

"Alongggg"Dia meluru ke arah jejaka tu dan dipeluk erat. Ezar membalas pelukan adiknya.

"Rindunya dekat babygirl."dikucup seluruh wajah tu tapi dia berkerut dahi.

"Adik pakai tudung? Cantiknya siapa yang ubah adik ni?"Diusap perlahan kepala Qhailish yang ditutupi tudung.

"Diaa"ditunjuk ke arah pintu.

"Assalamualaikum"Zhao melangkah masuk. Ezar menoleh ke arah nya.

"Opocot mak kau meletup"latah Ezzat apabila pintu lif baru saja dibuka dia berdepan dengan seorang lelaki.

Zhao mengangkat kening nya dengan wajah tenang.

MASING masing duduk diruang tamu. Ezar memandang tajam ke arah Zhao yang hanya tenang sahaja.

"Asal kau culik adik aku?"Jejaka tu berdecit perlahan.

"Kau sorokkan Qhailish celah ketiak kau pun aku boleh cari lah. Aku dah lama perhatikan dia dengan menghantar Raykal untuk rapat dengan Qhailish. Yes Raykal adik aku iaitu Tengku Zhain Raykal. Cincin dekat jari Ezahra Qhailish tu memudahkan aku untuk tahu kedudukan dia. Walaupun aku tahu kita bermusuh tapi tu hanya kita berdua saja. Jadi tak salah aku nak halalkan Ezahra Qhailish kan abang ipar?"Ezar mengedik geli.

"Geli sial kau panggil aku abang ipar tak sedar diri kau lebih tua dari aku."Balas Ezar semula.

"Tua setahun"Ezar mengetap bibir nya.

22. THE HIDDEN SIDE S2 [C]Where stories live. Discover now