Leher yang terasa sengal diusap perlahan. Dipandang sekeliling. Dia dekat mana sekarang ni?.
"Dah sedar?"Dia yang terdengar suara garau seseorang tu segera menoleh ke arah tersebut.
"K..kau siapa? Nak apa?"Soal Qhailish. Dipandang bilik tu mencari jalan keluar. Jejaka tu melabuhkan punggung di atas katil.
"Kau dekat rumah aku. Aku tahu kau adik Ezar kan Ezahra Qhailish?"Gadis tu tampak terkejut kerana dia mengetahui nama gadis ni.
"A..apa kau nak? Aku tak ada cari masalah dengan kau." Terasa ingin menangis sahaja. Dia mahukan alongnya.
"Kau tak sedar sesuatu?"Soalnya. Zhao hanya kekalkan wajah tenang nya saja.
"Sedar apa?"Zhao tergelak kecil. Nampaknya gadis dihadapannya nya sekarang masih tidak sedar.
"Nothing. You want hug?" Zhao tersenyum nakal. Gadis tu mengeleng laju kepalanya tanda tidak mahu.
"Nak along."Digengam erat comforter tu.
"Along kau tak ada dekat sini. Hanya kau dengan aku ja sayang." Renungan tajam tu mampu buatkan Ezahra Qhailish tidak senang duduk.
"Nak along hiks"air mata mula mengalir. Siapa lelaki ni. apa dia nak darinya.
"Jangan nangis"Zhao mendekati dan diseka lembut air mata di pipi gebu tu. Diusap rambut Qhailish seperti budak kecil.
"Dont worry. Kau selamat dengan aku."Dia bingkas bangun melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Mana adik pergi ni"Ezraf mundar mandir. Ditelefon adiknya masih tidak angkat. Dia sudah cuba menjejak adiknya namun tidak dapat.
"Dapat ngah?"Ezraf mengeleng kepalanya dan dipandang alongnya.
"Tak dapat. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi long. Sorry"Ezar menyerabaikan rambutnya. Kemana pula adiknya pergi ni.
Disisi lain, Zhao sedang menyuap nasi ke dalam mulut Qhailish. Mereka berdua berada di ruang tamu.
"Makan sayur tak?"Dilihat gadis tu mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Pelik dengan boss"bisik Afandi ke arah Nazif.
"Itulah. Susah kita nak nampak boss baik dengan perempuan. Selalunya kejam ja."balas Nazif semula. Mereka hanya melihat saja boss mereka tu menyuap Ezahra Qhailish.
"Umur berapa sebab nampak mcm 20+"Zhao tersenyum nipis.
"25 years old and you 18 right?"Qhailish menganguk kepalanya.
"Tua nya"tersedak air yang diminum oleh Jade. Grey disebelah jejaka tu mengusap belakangnya.
"Sayang yang terlalu muda"lembut nada bicara Zhao.
"Hm taknak salahkan diri sendiri nak salahkan orang jugak."Anak buah Zhao sudah mengetap bibir menahan ketawa mendengar balasan Qhailish yang selamba saja.
"Nak melawan hm?"Ditundukkan sedikit badannya kerana dia duduk di sofa dan gadis tu pula bersila di bawah. Senang sikit dia nak suap.
"Taknak."Dicapai air di atas meja tepinya dan diteguk. Sebaik air tinggal setengah, Zhao meminta air tersebut. Tempat minuman Qhailish sebentar tadi dicari dan diminum di tempat yang sama.
Derapan kaki seorang buatkan mereka menoleh ke arah tersebut. Qhailish terkaku melihat orang tu.