Zhao berkerut dahi apabila terasa sesuatu mengangu tidurnya. Ditangkap jari kecil tu dan dicelikkan mata nya.
Jejaka tu menerkam ke arah Qhailish. Terjerit gadis tu dibuatnya. Pipi gebu isterinya dikucup bertalu talu.
"Cuit cuit abang nak apa hm? Nk kena cium?"Dicium lagi wajah tu sehingga Qhailish berkerut dahi kerana rimas.
"Bangun mandi solat subuh. Qhailish cutii"Sengihnya. Zhao memicit micit pipi tu sehingga mulut isterinya memuncung.
"Sayang dia"Dicium pipi tu lagi sebelum bangun untuk membersihkan dirinya.
Qhailish bangun dari baringannya apabila melihat pintu bilik air terbuka.
"Abang dah ambil wudhuk ke?"Zhao menganguk kepalanya.
"Hm Qhailish ada baca kalau isteri sentuh suami waktu suami berwudhuk, air sembahyang tu terbatal."Wajah Zhao berubah cuak. Dia tergelak hambar.
"Mana ada batal sayang tak batalll haa tak pun tapi jangan sentuh mungkinn tadi sayang terpegang apa apa haa abang dah mandi dah bersih. JANGAN SENTUH!!!"menjerit dia dan bersembunyi disebalik langsir apabila jari runcing isterinya terhulur ke arahnya.
"Ye ke tak batal? Dah tu kenapa abang lari? Nak sentuh sikit jaa. Nak bauu"Zhao mengeleng kepalanya.
"Jangan sayang. Baik sayang duduk atas katil diam diam. Abang nak solat ni."Lembut nada bicaranya. Qhailish tergelak dan menganguk. Dia mengatur langkah ke katil.
Zhao menghela nafas lega dan segera mengambil kain sejadahnya. Mata Qhailish tidak lepas memandang suaminya yang sedang solat.
Dia bersyukur mempunyai sosok seorang suami seperti Zhao. Aurat serta solat dirinya dijaga rapi setelah Zhao hadir sebagai seorang suami.
"Sayang termenung apa?"Dilipat kain sejadahnya dan duduk berhadapan dengan isterinya.
"Terima kasih sudi jadi suami Qhailish."Jejaka tu tersenyum dan ditarik kepala isterinya. Ubun ubun tu dicium.
"Kalau nak keluar pergi mana mana minta izin dengan abang dulu dan make sure pakaian kena longgar dan tudung kena pakai."Pesan Zhao dan dibalas anggukan dari si isteri.
"Semalam abang pergi mana?"Disengetkan kepalanya memandang wajah suami.
"Kan abang cakap candat sotong. Aduhhhhh"Dia berdesis sakit apabila pinggang nya dicubit.
"Main main lagi kan"Zhao mengusap pinggang nya.
"Bunuh orang. Ingat lagi tak masa sayang masuk hospital?"Qhailish menganguk kepalanya.
"Ada orang cuba nak bunuh sayang dengan motif nak rampas kedudukan CAM. Abang dah tahu siapa sayang sebenarnya."ditarik hidung mancung tu geram.
"Baguslah kalau abang dah tahuu"balasnya.
"Tapi ada satu ja lagi abang tak tahu."Qhailish menjongket keningnya. Zhao tersenyum nakal dan jari telunjuk kanannya menunjuk atas bawah ke arah isterinya.
"Eyyyy mata abang mianggg"Dia menutup badannya. Zhao tergelak kecil.
"Apa salahnya abang nak tengok lagipun apa yang ada dekat sayang dah jadi milik abang."Dijongket keningnya berkali kali.
"Taknak kawannn"Qhailish bangun melarikan diri nya.
"Kalau abang dapat tangkap sayang. Malam ni sayang kena bagi apa yang abang nak." Dia segera mengejar langkah isterinya.
Qhailish menghentikan langkahnya. Nafasnya turun naik kerana penat.
"Abang. Penat"Zhao segera mendekati Qhailish. Diusap perlahan belakang isterinya.
"Sayang jangan aktif sangat. Jahitan dekat dada sayang tu pun belum sembuh lagi."Didukung tubuh gadis itu ke sofa ruang tamu.
"Sorry abang."Zhao mengusap rambut isterinya ke belakang. Dahi licin tu dicium lama.
"Dah okeyh?"Qhailish menganguk.
"Tengah hari sekejap lagi biar abang masak."Didongakkan memandang wajah suaminya.
"Kenapa abang pulak kena masak?"tanya Qhailish hairan.
"Memasak kan tugas suami. Kalau abang suruh sayang baru sayang wajib buat. Faham my angel?"Qhailish menganguk faham.
"Goodgirl" ditepuk tepuk bahu tu.
"Jangan tepuk nanti mengantuk"Zhao tidak peduli dengan larangan Qhailish. Semakin dia suka mendodoikan isterinya. Sudahlah kecil, ringan pulak tu macam bayi.