Nafas Ezahra Qhailish mula termengah-mengah. Zhao memintas kereta yang menghalang jalannya.
"Cari orang tu sampai dapat. Aku pasti dia ada dekat kawasan pantai"Arah Zhao melalui earpiece nya.
"S..sakit"Ditoleh sekilas ke arah Ezahra Qhailish. Digengam erat tangan kanan gadis tu.
"Don't close your eyes dear"Ditingkat lagi kelajuan nya.
Setibanya di hospital, Ezahra Qhailish dibawa ke unit kecemasan. Ditelefon Ezar dan memberitahu bahawa adiknya masuk hospital.
Zhao segera mengangkat panggilan bila Dian menelefon nya.
"Kitorang dah dapat jantan tu atas pertolongan ketua Ice bear, Leon." Ternaik sedikit kening Zhao bila mendengar yang bekas suami Ezahra Qhailish ketua mafia ice bear. Nama comel ja.
"Seksa dia dekat markas."Ditamatkan panggilannya dan menoleh ke arah pintu melihat kelima abang Ezahra Qhailish melangkah masuk.
"Apa jadi ni? Siapa tembak adik aku?"Soal Ezraf.
"Ada yang serang hendap. Tapi aku tak pasti lagi kumpulan mana. Kau ada musuh?"Tanya Zhao ke arah Ezar.
"Ramai."Mendatar mata Zhao memandang Ezar.
"Maksud aku yang kau tahu dia nak target adik kau."Ezar diam seketika.
"Aku tak pasti. Ramai sangat musuh aku."balas Ezar.
"Hmm long"Ezar menoleh ke arah Ezran.
"Adik kan ketua CAM."Serentak yang lain menepuk dahi. Ya tak ya juga kalau bukan musuh Ezar dan Zhao mungkin musuh adik mereka sendiri.
"CAM? Future wife aku ketua mafia jugak?"Kelima jejaka tu menganguk saja.
"Serius?"Diangguk lagi. Zhao menganguk perlahan baru dia tahu ketua Cruel Angel Mafia selama ni future wife nya saja.
Mungkin gadis tu belum menunjukkan sisi sebenarnya lagi. Dalam diam bibirnya mengukir senyuman sinis.
ZHAO serta lima jejaka tu melangkah masuk ke dalam wad Ezahra Qhailish. Peluru yang terkena di dada gadis tu selamat dikeluarkan. Nasib baik peluru tersebut tidak menembusi jantung.
"Ezar. Izinkan aku untuk halalkan Ezahra Qhailish. Aku nak jaga dia."Ezar memandang Zhao dan dipandang adik adiknya semula.
Dihela nafas perlahan sebelum mengajak Zhao untuk berbincang diluar.
"Kalau kau mampu jaga puteri kecil kitorang, kami izinkan tapi aku tak minta banyak, cukuplah kau jaga adik kitorang dengan baik. Jangan sakitkan hati dia, jangan bentak dia, jangan sesekali naik tangan dekat dia. Aku kenal kau Zhao. Kau lelaki yang baik dan taat agama. Aku izinkan untuk kau jadi suami Ezahra Qhailish."Zhao tersenyum dan mengangguk kepalanya perlahan.
"Terima kasih sebab bagi keizinan untuk aku jaga dia. Nanti aku bawa bonda dan ayahda aku ke rumah kau."Ezar menepuk bahu jejaka tu perlahan.
"Dari musuh jadi adik ipar."Zhao beriak selamba dan mereka berdua melangkah masuk ke wad tu semula.