BAB 13

2.1K 147 2
                                    

Qhailish duduk di bawah. Tangan kirinya digunakan untuk melapik dagu. Wajah Ezzat yang sedang tidur tu ditenung saja.

"Dah puas tenung hm?"Soalnya dengan suara serak basah. Tangan kiri naik membelai rambut gadis itu.

"Nak duduk dekat abang boleh?"Ezzat menganguk. Qhailish bingkas bangun dan merangkak naik ke atas katil tersebut.

"Sini baring kat lengan"arah Ezzat dan adiknya hanya turut sahaja.

"Kenapa tiba tiba nak berkepit dengan abang? Selalunya duduk dekat along."Jari telunjuk nya mengelus lembut pipi si adik.

"Abang lupa ke. Kan adik nak beramah mesra dengan abang."Ezzat tersentak apabila mengingati dimana dia kehilangan adiknya.

"Abang minta maaf pasal benda yang dah jadi dulu. Walaupun dah lama tapi abang masih rasa bersalah."Qhailish terkekeh perlahan.

"Adik okeyh jelah abangg. Adik dah lama  maafkan abang." Balasnya sambil bermain jari jemari Ezzat.

Ezzat kembali memejamkan matanya untuk tidur. Pukul 4 pagi baru dia boleh tidur kerana leka bermain game dengan Aflan serta Iswandi.

Ezraf yang kebetulan melalui kawasan bilik Ezzat ternampak bilik tu terbuka sedikit. Diintai melihat dua adiknya sedang tidur. Terukir senyuman di bibirnya. Pintu bilik Ezzat ditutup dan melangkah ke ruang tamu.

"Ezzat dengan adik mana?"Soal Ezar ke arah Ezraf yang mendekati ruang tamu.

"Diorang tidur."Ezar mengangguk faham dan kembali melihat skrin laptopnya.

"Boleh angah tanya?"Dilihat Ezar mengangguk kepalanya.

"Kenapa tiba tiba Along ajak balik Malaysia?"Ezar yang mendengar soalan tu segera memandang si adik.

"Musuh along dapat tahu kita ada adik perempuan dan diorang target adik untuk lemahkan kita. Tapi tak apa wajah adik diorang tak tahu."tutur Ezar. Ezraf mengangguk faham.

"Kalau adik nak kahwin, Along bagi keizinan?"Soal Ezraf. Jejaka tu terdiam seketika.

"Along tak kesah kalau adik nak kahwin tapi along nak tengok dulu lelaki tu macam mana. Along taknak pisang berbuah dua kali."Dipandang wajah Ezraf. Jejaka tu tersenyum dan mengangguk.

"Buat masa sekarang kita jaga adik dahulu. Kita tak tahu apa yang bakal jadi selepas ni."Ezraf mengangkat dumb up.

Dahi Ezzat berkerut dan dicelikkan mata nya. Ditundukkan melihat ibu jarinya di dalam mulut si adik. Perlahan lahan dia menarik jarinya semula.

"Sedap dia isap jari orang eh"Terasa mahu picit pipi tu tapi disabar kerana adiknya sedang tidur. Kang menangis pula.

Kepala Qhailish diletakkan di atas bantal. Dikucup ubun ubun tu sebelum bangun untuk membersihkan dirinya.

"Akuuuuuuu laparrrrrrrr"Ezran berjalan terhuyung-hayang. Ezreen menepuk dahi nya.

"Mari kita ke RESTOREN! Tapi aku malas drive."Dia naik ke atas palang tangga dengan posisi meniarap. Ditoleh ke arah abangnya dan dilambai.

"Wuhuuu byee"Dia melongsor turun ke bawah. Ternganga Ezreen bila ditinggalkan.

"Bertuah punya adik"Digeleng kepalanya perlahan dan menyambung langkahnya.

buk.

"Aduhhhh"Ezran mengosok punggung nya kerana terhempap di lantai. Ezreen meletuskan ketawanya.

"Along tengok Reen buat Ran"Terhenti ketawa Ezreen. Digeleng kepalanya laju.

"Bila masa. Ezran yang cari penyakit."Dijeling tajam ke arah adik kembarnya.

Ezzat melabuhkan punggung nya di sebelah Ezraf dan kembar tu duduk di sofa yang hanya muat untuk dua orang.

"Sekejap lagi kita makan dekat luar jelah."Mereka menganguk faham.

"Eh mana angel baby kita?" Soalan dari Ezran buatkan mereka memandang Ezzat. Jejaka tu berkerut dahi.

"What?"Pelik dia bila ditengok seperti tu.

"Hmm" Mereka menoleh ke arah lif. Qhailish mengeliat kecil.

"Sugar baby sini."panggil Ezreen. Gadis tu melangkah ke arah nya.

Ezreen mengikat rambut panjang adiknya agar tidak terganggu. Jejaka tu menarik pinggang adiknya ke riba.

"Sekejap lagi adik pergi siap kita makan tengah hari dekat luar okeyh?"Qhailish menganguk faham.

"Abang Ezzat jahat. Dia tinggal adik sorang sorang."Dijuihkan bibirnya. Jejaka tu tersengih.

"Kan adik tengah tidur tu yang abang taknak ganggu. Jangan majuk ocey?"Qhailish memuncungkan bibirnya.

"Jahatt"Mereka hanya tergelak kecil saja.

22. THE HIDDEN SIDE S2 [C]Where stories live. Discover now