Alanna mengeluarkan satu sampul dan diberikan kepada suaminya untuk dibagi kepada Leon.
Jejaka tu membuka sampul tersebut. Gambar gambar didalam tu dilihat. Tangan kanan naik menekup mulut. Dilihat ada sekeping kertas dan dibuka.
Dalam sampul ni semua sudah dijelaskan. Keburukan Zarina selama ni Qhailish dah tahu tapi Leon sikit tak pernah nak bagi peluang untuk Qhailish jelaskan. Leon dengan mudah melafazkan talak pada Qhailish disebabkan mempercayai orang lain berbanding isteri sendiri. Terima kasih untuk waktu sebelum ni. Maafkan salah silap Qhailish tapi Qhailish mohon selepas Leon baca surat ni jangan pernah cari Qhailish lagi. Kita dah tak ada apa apa. Peluang yang diberi Leon sudah sia siakan. Semoga berjumpa dengan yang lebih baik my ex-husband.
From
Qhailish"M..maafkan abang." Leon menunduk dengan air mata mengalir deras. Bertapa bodohnya dia kerana mempercayai orang luar berbanding isteri nya.
Tapi apa dia boleh buat sekarang. Qhailish bukan isterinya lagi. Kertas tu digengam erat.
Mahen mengusap belakang Leon perlahan. Yang lain hanya diam memerhati. Orang ketiga takkan hadir jika salah seorang tidak membuka jalan untuk masuk.
ANGIN meniup lembut wajahnya. Terasa kosong dalam dirinya sekarang.
"Dah settle?"Qhailish tersentak dan menoleh ke arah Raykal yang berdiri disebelah.
"Sudah selesai dengan masa lalu?"Raykal yang memakai kaca mata hitam tu menoleh memandang wajah gadis ini.
"Dah."Dipandang semula ke arah depan. Raykal dalam diam tersenyum sinis.
"Bagus."Qhailish menoleh semula ke arah Raykal yang tampak tenang.
"Bagus kenapa?"Raykal melabuhkan punggung nya di sebelah Qhailish dan memandang ke arah nya.
"Sebab dah tiba masanya untuk aku pula yang dapatkan hati kau. Dari bangku sekolah kau hanya milik aku Ezahra Qhailish. Mungkin dulu aku tak boleh buat apa apa disebabkan Leon rampas dengan cara kotor but not for this time." Kedengaran suaranya serius sahaja bermaksud dia tidak main main.
"Trauma" Raykal membuka kaca mata hitam nya.
"Izinkan aku jadi penyembuh trauma kau Ezahra Qhailish. Aku tahu kau ragu dengan apa yang aku cakapkan sama ada benda ni serius atau main main sahaja. See you next time sweetheart. Tunggu kehadiran aku."Dia bingkas bangun melangkah pergi dari situ meninggalkan Qhailish berseorangan
"Aku akan tengok apa yang kau cakapkan tu betul atau sekadar hanya mahu menyedapkan hati."Qhailish bangun dari duduknya untuk pulang kerumah.
"Lama babygirl pergi."Ditutup pintu utama dan melangkah mendekati alongnya.
"Pergi pantai sekejap tadi. Maaf sebab dah buat along risau"Ezar mengusap rambut adiknya perlahan.
"Tak apa asalkan adik selamat."dikucup sayang di pipi Qhailish.