Qhailish memandang suaminya apabila tiba di pintu bilik yang ditempatkan 'Leon Evan'.
Dikuak pintu tu perlahan dan diatur langkah mendekati Leon yang sedang termenung.
"Assalamualaikum Leon"Jejaka tu tersentak dan menoleh memandang wajah yang dia rindui.
"Ezahra Qhailish that you?"Gadis tu menganguk dan dia terpandang perut buncit tu.
"Me.. mengandung? Anak abang?" Soalnya dan Qhailish terkedu tidak tahu mahu menjawab apa. Dia risau jika dia buka mulut Leon bakal bertindak diluar jangkaan.
"Leon. Ni bukan anak Leon. Ni anak Qhailish dengan Zhao."lembut nada bicara Qhailish.
"Lepastu anak kita mana? Kenapa kau mengandung kan anak jantan ni?"Ditunjuk ke arah Zhao. Jejaka tu berdiri di tepi isterinya untuk melindungi jika Leon bertindak sesuatu.
"Kita kan dah cerai. Leon tak boleh macam ni. Leon kena kuat. Dah makan?"Jejaka tu mengeleng kepalanya.
"Aku rindu kau Zahra. Sampai hati kau kahwin dengan lelaki lain. Aku tak layak bagi peluang kedua ke?."Sayu nada bicaranya. Tangan nya menyentuh perut gadis tu.
"Bertumbuh dengan baik tau."Zhao cuba mahu menghalang tapi Qhailish membuat isyarat agar jangan. Sesungguhnya dia juga rindu sikap Leon terhadapnya tapi dia perlu sedar dia milik Zhao.
"Apa nama dia?"Qhailish tersenyum.
"Tunku Zyleo Hafshah."Leon turut tersenyum.
"Cantik nama dia. Zahraa."Didongakkan memandang wajah cantik tu. Tidak pernah sikit pun dia melupakan gadis yang pernah menjadi milik nya.
"Kalau ditakdirkan aku tak ada. Maafkan salah silap aku dekat kau ya. Aku banyak dosa dengan kau Zahra. Aku selalu pukul, bentak, tengking kau macam kau anak patung. Aku minta maaf."Air mata jantannya gugur.
"Jangan cakap macam tu. Qhailish dah lama maafkan salah silap Leon. Jangan risau ya. Banyak banyaknya istighfar dan solat jangan tinggal."Leon mengangguk.
"Terima kasih sebab pernah jadi isteri aku. Kau beruntung dapat memiliki Zahra."Dipandang ke arah suami Ezahra.
"Alhamdulillah."Zhao tersenyum nipis.
"Zhao janji dengan aku yang kau akan Jagakan Ezahra Qhailish dengan baik. Jangan sakitkan dia macam aku pernah buat. Aku tahu kau lelaki yang baik dan boleh bimbing Zahra ke jalan yang benar."Zhao menganguk.
"In shaa Allah aku cuba" balasnya dan menoleh ke arah Qhailish.
"Sayang. Jom?"Qhailish menoleh ke arah suaminya dan mengangguk.
"Kami balik dulu ya Leon. Jaga diri baik baik. Qhailish tak pernah bencikan Leon. Assalamualaikum nanti kita jumpa lagi."Diatur langkah keluar dari bilik itu bersama suaminya.
"Walaikumusalam."Dipandang pintu tu.
LEON membentangkan sejadah untuk menunaikan solat. Di sujud terakhir air mata nya mengalir.
"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku berdosa kepada Mu. Aku keji ya Allah. Ampunkan dosa aku dan dosa kedua ibu bapa ku. Jauhkan lah ibu bapa ku dari neraka Mu. Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku hanya lah seorang pendosa yang dosanya seluas lautan dan sesungguhnya Engkau tahu yang aku juga menginginkan cinta dari Mu. Jika malam ni aku ditakdirkan untuk bertemu dengan Mu, permudahkan lah sewaktu nyawa ku untuk di ambil. Sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha penyayang." Leon menangis semahu mahunya sebelum ruangan tu bertukar sepi.
Tubuh jejaka tu terkulai lemah di lantai. Mata yang sembab terpejam rapat. Nafas yang dari tadi teratur akhirnya terhenti.
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un....