"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
DIA keluar dari bilik air hanya berkemban dengan tuala. Duduk rumah seorang diri, apa ada hal.
Maisarah mencapai tuala kecil yang tersangkut di sebelah pintu bilik air itu. Tangannya mula memainkan peranan mengeringkan rambut.
Dia berjalan ke arah meja solek lalu duduk di atas kerusi yang terdapat di situ. Wajahnya ditenung lama.
“Hmm cantiknya aku.”
Ye lah Maisarah, ye lah.
Dia tersengih sendirian sambil mengeringkan rambut. Entah apa yang dia suka sangat. Tapi bagus lah puji diri sendiri. Kalau tak, siapa lagi nak puji.
Ting!
Bunyi mesej masuk mengalihkan perhatian Maisarah. Lantas tangannya berhenti mengeringkan rambut. Fon yang berada di meja dicapai.
“Handsome. Aik? Siapa pulak handsome ni?”
Pelik dia apabila ada mesej daripada nama 'handsome'. Setahu dia, tidak ada pula dia save nama orang dengan panggilan gedik. Lantas mesej daripada nombor itu dibuka.
-I miss you. Let's go on date.
Amboi amboi. Senang-senang je nak ajak anak dara orang pergi date. Eh dara ke?
Tidak menunggu lama, Maisarah membalas mesej itu.
-Sorry but who is this? And where did you get my number anyway?
Tak sampai satu saat dua tick itu menjadi biru. Kiranya memang gerangan yang mesej dia ni dah tunggu lah kot.
- I took your phone number in front of you, sweetheart. Takkan dah lupa?
Sweetheart. Satu perkataan itu cukup untuk dia tahu gerangan siapa yang berbalas mesej dengannya itu.
Rasa geram pula apabila lelaki itu dengan selambanya simpan nombor telefon dia. Dah lah save nama ’handsome’.
Fikir dia kacak sangat ke?
-Oh, Adrian rupanya. Awak nak ajak saya date? Sorry lah tapi saya busy.
-But sweetheart..I miss you.
Padahal baru semalam insiden tersembur air itu berlaku. Dah rindu? Maisarah pun sudah tahu yang Adrian mahukan dia. Atas sebab apa, dia tidak sempat tanya semalam.
Tapi kalau nak bertanggungjawab, dia tidak akan terima. Orang biasa bertanggungjawab dengan cara berkahwin. Bagi Maisarah, dia mahukan perkahwinan atas dasar cinta. Bukan sebab tanggungjawab semata-mata.
Kalau dia ditakdirkan mengandung akibat kejadian pada malam itu, dia redha. Anak yang dia kandungkan itu pun dia akan jaga dan kalau Adrian mahu berjumpa anak itu pun, dia tidak halang.
Cumanya dia tetap dengan prinsip kahwin atas dasar cinta. Kalau betul Adrian mahukan dia, lelaki itu perlu belajar untuk cinta dan sayangkan dia. Bukan sebab nafsu semata-mata.
Bzz! Bzz!
Maisarah tersentak apabila telefon di tangannya bergetar. Berkerut dahi dia apabila melihat nama ‘handsome’ membuat panggilan. Perlahan-lahan jarinya menekan butang hijau.
Fon dilekapkan di telinga.
“Err hello? Kenapa awak call saya pula?”
“Ada pun. Damn it, sweetheart. I thought something happened to you.”
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomanceCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...