❥︎𝔹𝕒𝕓 48✍︎

8.8K 443 2
                                    

"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."

"PICK one place yang kau suka." soal Adrian secara tiba-tiba. Maisarah menoleh memandang suaminya sebentar sebelum kembali menyambung lipat kain.

"Tempat? Hmm Paris." sengaja dia kata Paris. Memang dia suka walaupun tidak pernah pergi.

Ini semua kerana filem cinta yang dia sering tonton di kaca tv. Nampak macam menyeronokkan.

Usai memberi jawapan, Adrian hanya diam. Maisarah pula hanya sambung melipat bajunya yang terakhir.

Semalam selepas balik rumah Adrian, mereka terus tidur gara-gara sudah lewat malam. Pagi ini baru Adrian suruh Maisarah susun baju dalam almari.

Siap sahaja lipatan, Maisarah meletakkan satu persatu baju itu secara kemas.

"Done."

Maisarah memandang Adrian dengan kening yang terangkat.

"Apa yang done?"

Adrian tersenyum. Telefonnya dilemparkan ke atas katil. Terus dia mendapatkan Maisarah yang duduk bersimpuh di depan almari itu.

Tanpa amaran, laju sahaja tangan kekarnya mengangkat tubuh Maisarah. Terjerit kecil perempuan itu dibuatnya.

"Ish terkejut!" dada suaminya ditampar perlahan.

Adrian tidak mengendahkan Maisarah. Dia duduk di birai katil. Automatik Maisarah juga duduk di atas pehanya.

"Ni kenapa ni?" ngada ngada lah abang Adrian ni. Ada sesuatu ke dia nak ni?

"Tak ada apa. Cuma..aku dah book flight to Paris. And of course, ada surprise lain jugak."

Mata Maisarah membulat. Keningnya terangkat.

"Awak book apa?!"

"Flight to Paris sweetheart," rambut Maisarah yang terjuntai diselitkan ke belakang telinga.

"Buat apa?" pelik pula dia dengan Adrian ni. Ingatkan lelaki tu tanya saja-saja, rupa-rupanya terus beli flight.

Adrian tersenyum senget.

"Yang tu, rahsia."

Maisarah memincingkan matanya memandang lelaki itu. Rahsia rahsia pulak.

"Don't look at me like that, sweetheart." satu ciuman dihadiahkan di bibir Maisarah secara sekilas.

Maisarah sedikit terkejut namun riak wajahnya masih biasa.

"Betul betullah, awak book flight pergi Paris untuk apa? Kerja?"

"Aih! Takkan lah aku nak buat kerja pulak waktu cuti baru kahwin ni." apa punya pemikiran lah Maisarah ni.

Maisarah membuat riak polos. Laju sahaja Adrian menjentik lembut dahi perempuan itu. Geram sangat.

"Auch."

"Padan muka." sengaja dia mahu melepaskan geram. Lantas satu kucupan singgah di tempat dia jentik Maisarah tadi.

Segera wanita itu tersenyum semula. Tangannya dilingkarkan di leher Adrian kemudian kepalanya disandarkan di dada lelaki itu.

Adrian yang seakan faham Maisarah mahu bermanja, terus dia menarik Maisarah lebih dekat. Tangannya menepuk lembut peha Maisarah.

𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED] Where stories live. Discover now