❥︎𝔹𝕒𝕓 58✍︎

6.2K 322 3
                                    

  "𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."

                PRANG!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                PRANG!!

Habis pecah berderai cawan kaca itu apabila dibaling tepat mengena dinding di belakang Zafril. Ada serpihan yang terkena wajahnya namun ditahan saja rasa sakit itu.

Naik turun dada Adrian gara-gara rasa amarah dalam dirinya. Kini, semua yang elok duduk di atas sofa tadi sudah berdiri.

“Kenapa tak bagi tahu awal-awal?!" bergema jerkahan Adrian dalam ruangan bilik itu.

Maisarah memegang lengan suaminya. “H-hubby sabar lah. Jangan buat macam tu, bahaya lah kaca tu."

“Don't, sweetheart. Jangan back up lelaki ni sangat. Dia memang layak kena belasah!”

Zafril menunduk. Dia tidak cuba mempertahankan diri kerana dia tahu dia tidak boleh buat apa-apa. Pandangan Alex dan Aqil tidak kurang gerunnya juga.

“Berapa lama dah kau tahu?" soal Alex yang sedari tadi diam diri sahaja. Penumbuk dia dikepal sahaja dalam poket seluar.

“Lepas aku jumpa Aqil haritu.”

Jawapan yang diberi memang menyakitkan hati dia sahaja. Tak semena-mena melayang penumbuk dia tepat mengena pipi kanan lelaki itu.

Buk!

Zafril jatuh terbaring gara-gara tidak bersedia mengena penumbuk. Rasa bagai ego dia dipijak namun sekali lagi dia ingatkan diri sendiri yang dia layak ditumbuk.

“Bodoh!”

“Alex! Kaca tu!” seriau Maisarah melihat wajah Zafril yang jatuh tepat-tepat di sebelah kaca cawan tadi. Kalau mengena, memang sadaqallah lah jawabnya.

Adrian memandang Maisarah dengan tajam. “Biar je lah kalau muka dia bercalar sekali pun jangan backup dia, Maisarah. Aku tak suka!"

Maisarah tergamam. Hatinya terasa sakit apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja berubah. Panggilan manis dia hilang dan pandangan dia sarat dengan marah.

Tangan yang tadinya berada dalam genggaman Adrian dilepaskan oleh lelaki itu sendiri.

Tanpa menghiraukan isteri dia, Adrian memandang Zafril. “Kau cakap dengan aku sekarang, mana adik kau?"

“Kau kena janji dengan aku kau tak akan buat apa-apa dekat adik aku.”

Sepasang alis mata Adrian terangkat. Tawa sinis serupa mengejek dihadiahkan kepada Zafril. Maisarah meneguk liur melihat suaminya seperti itu.

Tak ubah seperti orang gila.

𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED] Where stories live. Discover now