"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
MAISARAH memandang ke arah jalan dan jam tangannya bersilih ganti. Sudah 30 minit berlalu tapi Adrian masih belum sampai.“Dia bentangkan red carpet dulu ke baru dapat sampai sini?" omel Maisarah sendirian. Rasanya kereta suami dia tu kalau pecut boleh sampai ke Paris dah ni.
Masalahnya sekarang ni Aqil yang dekat itu pun dia tak nampak. Maisarah berdecit halus. Dia memandang sekeliling. Hanya ada dia dan kereta mewah suaminya. Rasa tak enak di hati masih ada.
Sekarang ini dia berada di bangunan perumahan yang sudah lama namun masih ada orang tinggal di sini. Buktinya ada pakaian yang dijemur di tingkap.
“Oh my God dah lah panas sini.” panas tapi nak duduk dalam kereta pula sakit pinggang.
Akhirnya Maisarah memutuskan untuk tunggu di tempat yang berteduh sikit. Dia berjalan mendekati arah tangga yang tertutup.
Telefon dipandang lagi. Rasanya dia boleh kut cuba membuat panggilan lagi kepada Adrian.
Trut trut
“Angkat lah hubby.." sudah lah tempat itu agak kotor. Suram pula itu. Tiba-tiba sahaja terasa seperti bulu roma dia naik.
Maisarah memandang sekeliling sambil mengusap lengannya sendiri. Kalau dia nak pergi tempat lain pun, dia kena call Adrian terlebih dahulu dan beritahu. Kalau tak lelaki itu tak akan dapat tahu.
Ini angkat telefon pun tidak.
2 minit menunggu, Maisarah cuba memanggil Aqil pula. Lelaki ini pun satu. Dekat tapi tak sampai-sampai.
“The number you have dialed is not in service please.."
“Ini lagi bagus not in service terus dia bagi aku! Ya Allah mana diaorang ni..?”
Maisarah menggigit bibir bawahnya. Tangan ligat mencari nombor telefon Alex pula. Dari tadi hati dia rasa tak sedap, mereka pula menambahkan rasa tak enak itu.
“Hello..”
“Alex! Ya Allah thank God you angkat call I. Mana korang bertiga ni? What happened?"
“U-um we're fine. Maisarah, you tunggu dekat situ diam-diam tau. Adrian dia.. he's on the way."
“Yeah. 30 minutes ago he said the same thing now batang hidung pun tak nampak. Aqil pun sama padahal dia dekat je dengan I."
Klak.
Maisarah menoleh ke belakang apabila terasa seperti dia dengar sesuatu. Namun tiada apa pun. Barangkali perasaan dia sahaja.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomantizmCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...