"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
RAMBUT dia yang masih basah dikeringkan dengan menggunakan tuala. Wajahnya sembab akibat banyak menangis di bilik air dan sekarang ini, dia buntu.
Maisarah merenung kegelapan langit di malam hari itu. Dia terfikirkan Adrian. Lelaki itu sudah pulang ke belum?
Bzz bzz!
Getaran telefon di meja menarik perhatian Maisarah. Dia gagahkan diri untuk bangun dan melihat siapa yang memanggil.
Bibir terukir senyum nipis apabila nama ‘handsome’ terpapar di skrin telefon. Dia tak boleh sedih lama-lama. Dia perlukan seseorang untuk mengalihkan perhatian dia pada malam ini.
Maisarah menarik nafas dalam-dalam bagi. Dia berdehem beberapa kali bagi membetulkan suaranya agar tidak jelas yang dia menangis tadi.
Ikon hijau ditekan lalu fon dilekapkan di telinga.
“Assalamualaikum.”
Suara garau Adrian menyapa terlebih dahulu.
“Waalaikummussalam.”
“Kenapa tak tidur lagi sweetheart. It's almost 2 a.m. Come on go get to bed.”
Maisarah tergelak kecil. Dalam telefon pun suka arahkan orang lagi.
“Saya tak boleh tidur. Otak saya kusut.”
“Hm too bad. I can't hold you to help you clear out the mind of yours.”
Maisarah tergelak kecil lagi. Dia tidak tahu bahawa tawanya pula membuat jiwa Adrian tenang.
“Adrian, awak pergi mana? Awak dah balik ke?” kali terakhir dia jumpa Adrian, lelaki itu pergi ke suatu tempat. Tidak pastilah sama ada sudah pulang atau belum.
“Actually, I'm right in front of your door.”
Terus menegak badan Maisarah. Dia berpaling melihat ke arah pintu dan apa yang pasti, menang jelas ada bayangan sepasang kaki manusia di bawah celahan pintu itu.
“A-awak gila ke? Awak buat apa depan pintu saya ni?” kalau lelaki itu kata dia nak masuk, memang Maisarah buka gelanggang gusti dalam bilik ni. Berani-berani pula Adrian ni.
“Ahaha haih sabar lah sweetheart. Bukannya aku nak terjah masuk pun. Sebenarnya aku baru balik and aku cuma nak check kau dah tidur ke belum. Belum lagi rupanya.”
Kata-kata Adrian menenangkan sedikit hati Maisarah. Dia dah lah tam bertudung, memang terkejut lah budak tu.
“Sweetheart, dah mengantuk belum?” sambung Adrian lagi apabila Maisarah hanya diam.
“Hm no. Saya penat tapi saya tak boleh nak tidur. Entah lah saya pun tak tahu." tuala yang berada di tangan digantung di rak. Maisarah mengambil sikat rambut pula untuk menyikat rambutnya yang sudah kering.
“If you don't mind, may I help you a little, sweetheart?”
Terangkat kening Maisarah. Tolong?
“Tolong macam mana tu?”
“Tak banyak pun. Cuma kau kena ikut apa aku cakap.”
Bruh. Tipikal Adrian. Tak payah minta izin pun rasanya dia suka buat Maisarah ikut apa yang dia cakap.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
Storie d'amoreCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...