❥︎𝔹𝕒𝕓 54✍︎

6.1K 332 1
                                    

  "𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."

                         LAJU sahaja langkah kaki dia dibawa ke arah pintu rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                         LAJU sahaja langkah kaki dia dibawa ke arah pintu rumah itu. Diketuknya bagai nak pecah.

Tok! Tok! Tok!

Dia pun tak tahu nak kenapa dia mahu jumpa lelaki itu tapi dia rasa seperti perlu. Ada sesuatu yang menarik dia untuk datang ke sini.

Aqil mengeluh kasar. Lambatnya mamat ni bukak pintu.

Tok! Tok! Tok!

Baru sahaja dia ingin ketuk lagi, pintu terbuka dari dalam.

“Ish ye ye nak apa?!” Tasya yang baru sahaja bangun tidur itu membuka pintu dengan bengis kerana lena dia diganggu.

Seketika kemudian riak wajahnya berubah. Tasya tergamam melihat seraut wajah di depan pintu rumah abang dia manakala Aqil pula terkedu.

Terus Tasya tundukkan mukanya. Tolong lah jangan cam aku. Mesti dia tak cam kan? Ye lah dulu bertudung.

Aqil memincingkan matanya memandang perempuan di hadapan dia ini. Siapa pulak minah ni? Dengan muka baru bangun dia. Jangan kata Zafril bawak balik perempuan.

“U-um. Awak cari siapa ya?" choi! Dia sendiri rasa nak terkeluar anak tekak apabila menggunakan perkataan 'awak' setelah sekian lama. Tasya hanya tunduk.

“Uh aku cari Zafril.”

“Oh. K-kejap s-saya panggil." bagai lipas kudung Tasya berlari ke dalam bilik abangnya.

Aqil hanya menjeling perlahan. Nak cakap tu cakap je lah. Kenapa nak gagap macam budak cacat pula?

Seketika kemudian wajah Zafril muncul di muka pintu. Lelaki itu sudah siap memakai kemeja kerja.

Berkerut dahi dia melihat Aqil di depan rumahnya.

“Eh kau. Kau buat apa dekat sini?" Zafril keluar dari rumah dia lalu menutup pintu. Jangan kata Aqil sudah tahu siapa adik dia. Pasti naya.

Aqil mengangkat sebelah kening melihat tindakan lelaki itu. “Seriously? Eh kalau kau nak sorok perempuan simpanan kau sekalipun, dah terlambat dah. Perempuan tu yang bukak kan pintu.”

Zafril menghela nafas lega dalam diam. Sekurang-kurangnya Aqil tidak tahu yang Tasya itu ahli keluarga dia sendiri.

Ahaha. So..ada apa nak jumpa aku?” soalnya, cuba mengubah topik.

Aqil angguk perlahan, teringat kembali tujuan asal dia datang ke sini. Terus dia keluarkan telefon dia. Gambar seorang lelaki yang diikat pada kerusi ditunjukkan kepada Zafril. Berkerut dahi lelaki itu.

“Ini apahal pulak ni?”

“Minggu lepas Adrian dengan Cinta pergi honeymoon dekat Paris. Tahu tahu tiga hari lepas ada orang culik Cinta. What I know is, it could be you. Tapi aku teringat balik yang kau kata pasal pihak ketiga tu."

Zafril sedikit terkaku dengan ayat terakhir lelaki itu. Dia tahu, pihak ketiga itu adik dia sendiri. Namun apa yang gadis itu buat?

“Kitaorang dapat ambik seorang budak dia right after we rescued Cinta. Ni budak yang kau tengok dalam gambar tu. But when I mentioned your name, dia punya reaction tak macam terkejut or takut."

“So that's when I figured, diaorang memang daripada pihak ketiga tu. Cuma aku still tak dapat korek maklumat pasal siapa bos diaorang. Anak-anak buah dia semua setia sangat.”

“Entah apa yang bos diaorang bagi kat diaorang pun aku tak tahu. Penat dah aku potong kaki tangan dia tapi tak nak bukak mulut langsung.”

Zafril meneguk liurnya dalam masa yang sama otaknya ligat berfikir. Tasya ada dengan dia sepanjang masa ini jadi bagaimana dia boleh buat tindakan di Paris?

Bukan, anak-anak buah dia yang buat. Jadi ini bermaksud Tasya masih lagi tidak putus asa mahu balas dendam.

Tanpa sedar Zafril mengeluh perlahan. Dia sudah penat dengan semua ini. Dia cuma mahukan adik dia dan hidup seperti keluarga bahagia walaupun tanpa ibu dan ayah.

Namun begini pula perangai adik dia setelah dikecewakan.

“So now kita nak buat apa?” soal Zafril setelah sekian lama berdiam diri.

Aqil tersenyum senget. “So now aku nak kau tolong aku. Apa pun cara dia, aku nak cari dia ni siapa.”

Zafril berfikir seketika. Dia berkira-kira mahu beri tahu Aqil perkara sebenar. Kalau boleh, dia mahu selesaikan perkara ini dengan cara baik.

Dia tahu bermusuh dengan Adrian Mateen, Aqil Hadi dan Alex Kai bukan lah perkara bagus apatah lagi mengkhianati mereka. Namun dia tersepit dalam keadaan mahu menyelamatkan adik sendiri.

“Lepas kau dapat dia...Apa kau nak buat?” soal Zafril sengaja ingin tahu dahulu.

“Huh. Aku akan seksa dia sampai dia harap dia tak pernah lahir pun. Lepas aku puas seksa dia, aku akan hantar dia dekat polis. Bukti semua ada.”

Zafril menggenggam buku limanya dalam kocek seluar. Kalau begitu lah gayanya,

“Fine, aku tolong kau apa yang aku mampu.”

”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED] Where stories live. Discover now