❥︎𝔹𝕒𝕓 66✍︎

10.7K 375 16
                                    

                 BANG!

Masing-masing yang berada di ruang bawah tanah itu tergamam apabila satu tembakan dilepaskan. Bukan daripada Tasya, namun kepada Tasya.

“Ahh!" terjatuh perempuan itu sambil memegang bahunya yang baru sahaja ditembak entah dari mana.

Orang bawahan dia yang menjaga Maisarah terkial-kial ingin mengeluarkan semula pisau itu namun tidak sempat dia berbuat demikian, satu lubang sudah menusuk ke tengkorak kepalanya.

"Ahh!" membulat mata Maisarah apabila tubuh lelaki itu betul-betul jatuh di depannya dengan darah yang berlumuran.

Mateo memandang tajam figura yang baru datang ke bilik bawah tanah. Dia sangkakan Ace, namun ini lelaki lain.

“Calm down, I'm on your side." bagai memahami riak wajah Mateo, Zafril memberi tahu terlebih dahulu.

Dia berjalan ke arah Tasya lalu pistol yang jatuh di sebelah perempuan itu ditendang jauh.

“A-abang..” matanya berair melihat susuk abangnya memegang pistol ke arah dia. “S-sampai hati abang.."

Zafril mengeluh perlahan. “Aku dah cuba halang kau. Aku tak nak kau jadi manusia jahat tapi kau buat jugak. Teruk sangat ke dendam kau?"

Tasya tidak menjawab melainkan esakannya sahaja yang kedengaran. Tidak menghiraukan perempuan dajjal itu, Maisarah berlari ke arah Adrian.

Terhincut-hincut kakinya menahan sakit. “Hubby”

Terus dia memegang tangan Adrian. Wajah lelaki itu berkerut-kerut menahan sakit. “Hubby sabar okay? Someone please get an ambulance."

Z angguk. Laju sahaja dia keluar dari ruangan bawah tanah itu untuk memanggil ambulan. Mateo dan Leo pula mengambil semula senjata mereka, bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Aku sayang kau sebagai seorang abang, Tasya. Jadi aku akan pastikan kau belajar dari kesilapan. Aku tak akan bagi muka dalam hal ni." suara Zafril memenuhi ruang itu.

Tasya menggeleng laju. “Abang nak bunuh Tasya?!"

“Tch kalau kau mampus, apa yang kau nak belajar? Aku akan serahkan kau dekat pihak berkuasa. Kita ada undang-undang,"

Tasya sambung menangis. Bagai tak percaya abang dia akan serahkan dia kepada polis.  “Sampai hati abang buat Tasya macam ni.."

Zafril tergelak sinis. Tak sinis, tapi kelakar lah bunyi ayat itu. Kepalanya digeleng perlahan. “Jangan risau, kau duduk penjara nanti aku akan dermakan cermin banyak-banyak. Aku yang sanggup? Kau tengok apa kau buat sekarang ni."

Dan selebihnya perbualan dua beradik itu dibiarkan begitu sahaja. Maisarah menumpukan perhatian dia kepada Adrian. Tangan kasar lelaki itu naik memegang wajah Maisarah.

“Are you okay?" soal Adrian bersama senyuman.

“Ish dia tu yang sakit-sakit. Focus on yourself lah hubby."

“Tch how can I? You scared me to death when I saw her filthy hand on you."

Maisarah tergelak kecil. Adrian menarik kepala gadis itu lalu dahinya disatukan dengan dahi Maisarah. Mata masing-masing tertutup.

“I love you. Always."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED] Where stories live. Discover now