❥︎𝔹𝕒𝕓 23✍︎

9.2K 497 24
                                    

  "𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."

WARDAH memegang kedua belah bahu Maisarah sambil berjalan keluar dari bangunan jabatan agama tersebut dengan penuh berhati-hati. Gadis itu masih lagi dalam keadaan terkejut.

Tadi pun sewaktu di dalam, hanya Adrian sahaja banyak bercakap. Mujur ada bukti bahawa mereka tidak melakukan perkara tak senonoh dalam rumah.

Entah macam mana boleh pula ada JAIS. Tepat pula tu waktu dia datang ke kawasan perumahan Maisarah. Macam dah kena rancang pun ada.

Adrian dan Zulkifli berjalan di belakang. Adrian juga banyak mendiamkan diri setelah keluar dari pejabat itu. Wajahnya serius sahaja sepanjang perjalanan.

Tak dinafikan dia memang marah ada orang cuba aniaya mereka dengan cuba untuk memalukan mereka. Tapi dia lebih marah dengan gerang siapa yang berani menghantar perkara sebegitu kepada Maisarah.

Memang tunggu masa sahaja. Dia balik ni, dia akan terus telefon Adam dan Rizq. Tahu lah mereka hendak buat apa.

Mereka berjalan ke tempat kereta diparkir. Sampai sahaja di depan kereta, Wardah memegang erat kedua belah tangan Maisarah.

“Maisarah sayang. Maisarah tidur rumah aunty dulu je eh malam ni?” tidak sanggup dia membiarkan Maisarah tinggal sendirian dalam rumah itu setelah apa yang Adrian ceritakan kepada dia dan Zulkifli tadi.

Maisarah hanya diam. Tak angguk, tak geleng. Sekarang ini dia cuma mahu hubungi ibu dan ayah dia di kampung.

Bukan dia tak cuba. Dah cuba tapi panggilan tak diangkat. Lagi lah dia risau sampai tak tahu nak buat apa. Dia juga ada cuba menghubungi Amir namun abang dia itu tidak angkat juga.

Kalau boleh, memang sekarang juga dia balik Perak.

Melihat tiada balasan daripada Maisarah, Wardah hanya tersenyum nipis. Suami dia juga turut senyum nipis bagi isyarat supaya bawa sahaja Maisarah pulang.

Nak tak nak, mereka sebagai orang tua memang tak akan biar Maisarah balik dulu buat masa ni.

“Kalau macam tu, kita gerak balik dulu lah. Adrian, kamu nak balik rumah kamu ke?”

Soalan Zulkifli menarik perhatian Adrian. Lantas lelaki itu mengangguk kecil.

“Hm Ad balik rumah mommy daddy terus. Tapi kau orang gerak lah dulu. Ad mungkin sampai lewat sikit sebab ada kerja nak buat.”

Zulkifli memandang Adrian dengan lama seketika sebelum dia mengangguk faham. Faham dengan maksud ‘kerja’ lelaki itu.

“Kalau macam tu, kami gerak bawa Maisarah balik dulu. Kamu tu hati-hati memandu.” Wardah menitip pesan buat anak tunggalnya sebelum menoleh ke gadis di sebelahnya.

Bahu Maisarah dirangkul lembut dan dibawa ke pintu kereta penumpang belakang. Wardah juga turut duduk di bahagian belakang.

Zulkifli menepuk bahu anak lelakinya. Cukup itu sahaja sebelum dia juga turut memasuki perut kereta.

Sweetheart, you'll be safe for now’

Percaya dengan ibu bapa dia, Adrian menoleh. Dia berjalan ke arah keretanya. Badan diboloskan ke dalam perut kereta.

Enjin dimulakan. Kereta mula dipandu menyelusuri jalan keluar dari kawasan pejabat agama itu.

Mulut dia memang diam tapi dalam fikirannya tidak henti-henti memikirkan Maisarah.

𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED] Where stories live. Discover now