"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
TUALA kecil yang berada di bahu diambil lalu digunakan untuk mengeringkan rambut. Adrian berjalan mendekati tingkap besar bilik suite itu. Tiba-tiba dia tersenyum mengenangkan kejadian tadi.
Tadi sewaktu mereka ingin masuk ke bilik masing-masing, sempat Adrian menyakat Maisarah. Jawabnya kaki dia kena pijak lagi.
Jangan dibawa main Maisarah tu. Silap hari bulan kaki dia dah bengkak serupa orang gaut.
Bzz bzz!
Bunyi telefon bergetar menarik perhatian Adrian. Lantas dia bergerak mendekati meja kecil yang menempatkan telefon dia.
Melihat nama Rizq terpapar, terus dia menekan ikon hijau. Rasanya dia dah boleh agak ini mengenai apa.
Sejak kejadian Maisarah diikuti itu, Adrian terus mengarahkan Adam dan Rizqin untuk siasat tentang ini. Walaupun musuh sekadar mengekori, Adrian punya risau bukan main lagi.
Dia nak elakkan sebarang kemungkinan untuk Maisarah disakiti. Aww readers single menangis tengok ni.
“Hello.”
“Ad. Pasal perempuan kau tu, aku dah tengok-tengok rumah dia. Aku perasan ada someone yang asyik perhatikan rumah dia lah Ad.”
Adrian mengetap rahangnya. Entah lah dia jadi tak suka bila ada orang sibuk perhatikan sweetheart dia.
“Kau sure dia tak ada musuh?” soal Rizq.
“Tch. Aku sure. Dia bukan jenis manusia yang suka cari pasal.”
“Hm. Nanti cuba kau korek sikit rahsia. Mana tahu ada apa-apa ke. And..”
Adrian mengerutkan dahi apabila Rizq meninggalkan ayat tergantung.
“Rizq, what?"
“Ad kau ingat tak first time kau jumpa dia? Waktu tu dia mabuk kan? Sedangkan dekat kawasan tu mana ada orang buat party yang hidangkan minuman keras. I think she was spiked lah Ad.”
“Aku pun dah lama agak tapi tak pernah terfikir pun. Dia pun tak pernah tertanya pasal tu.”
Bila ingatkan balik, kelakar lah pula Maisarah ni. Perempuan itu tidak pelik ke apabila ada orang yang meletakkan arak ke dalam air minuman dia?
Atau dia memang pelik, cuma buat tak endah.
‘Pft dia hilang dara pun buat rilek je.’ Haih bahaya betul Maisarah ni. Kalau gadis lain mungkin sudah trauma, takut-takut.
Dia pula siap boleh pergi kenduri lagi dengan lelaki yang dah ambil daranya. #tetapsantai.
“Kau tanya-tanya lah dia nanti. Aku nak letak fon dulu. Tengok musuh pun macam dah nak gerak.”
Sejurus selepas itu, panggilan dimatikan.
Adrian bergerak ke arah tempat bajunya. Seluar dan pakaian diambil. Tak lupa juga dia untuk mengambil boxer.
Sudah berjanji dengan Maisarah dan ibu bapanya hendak makan malam bersama.
Ini lah peluang nak rapatkan Maisarah dengan ibu bapanya. Walaupun tengok mommy dia macam dah tak sabar-sabar dah tu.
Selepas menyarungkan pakaian ke tubuh, Adrian bergerak ke cermin solek pula. Dia cuma membelek wajahnya ala kadar.
‘Handsome as always.’
Ceh. Memang sebiji macam Maisarah. Kerja nak puji diri sendiri.
Kunci kereta dicapai lalu Adrian menapak keluar dari bilik suite dia. Dia memandang pintu bilik di hadapannya.
‘Patut ke aku ketuk bilik dia? Tapi kalau dia tengah bersiap macam mana? Eh tapi bukan aku terjah masuk pun. Ke aku patut tunggu je dekat lobi? Tapi nanti dia okay ke jalan sorang-sorang?’
“Ad? Buat apa tu?”
Suara garau yang cukup dia kenal itu menarik perhatiannya. Terus Adrian menoleh ke arah empunya suara. Jelas kelibat ibu bapanya mendekati.
“Eh mommy daddy. Ad ingatkan korang dah tunggu dekat bawah.”
“Tak ada lah. Kami pun baru keluar. Ni Adrian buat apa depan pintu ni? Tunggu buah hati ke tu?”
Adrian hanya tergelak kecil mendengar usikan daripada mommy dia.
Klak!
Tepat pada masanya, pintu bilik Maisarah juga terbuka. Terkejut dia melihat 3 orang yang berada di depan pintu dia. Rombongan ke ni?
“Eh? Kenapa semua orang dekat sini?”
“Ya Allah cantiknya Maisarah.” tidak mengendahkan soalan si cantik tadi, Wardah terus mendekati Maisarah lalu tangan gadis itu diraih.
Kalau si ibu pun dah teruja, yang si anak bujang tu lagi lah. Diam tak berkutik.
Mana tidaknya. Maisarah mengenakan baju blaus putih dengan kain skrit labuh berwarna peach. Tudung dia juga bewarna sama seperti kain.
Mujur saja Maisarah tidak pakai solekan tebal lagi. Kalau tak mahu pengsan lelaki tu.
“Ehem. Jangan tenung sangat.” sekali lagi suara Zulkifli menyentakkan lamunan Adrian.
Lelaki itu tergelak kekok lalu menggosok belakang tengkuknya. Alamak kantoi.
Maisarah pula sudah malu. Merona merah pipi dia dengan usikan Zulkifli itu. Bukan dia tidak perasan pandangan Adrian kepadanya namun sengaja tidak diendahkan. Tapi si bapak pula menegur. Malu lah!
“Jom, pergi makan dulu. Nak tenung nanti boleh sambung.” Wardah menarik tangan Maisarah lalu berjalan mendahului yang lelaki.
Zulkifli menepuk lembut bahu anaknya.
“Kalau suka, cepat-cepat masuk meminang. Takut nanti kena kebas dengan orang lain.” sejurus selepas berkata begitu, dia juga berjalan meninggalkan Adrian.
Adrian sudah tersenyum gembira. Green light ke ni? Sah lah memang green light. Sekarang ini dia cuma perlu menambat hati ibu bapa Maisarah pula dan kemudiannya menambat hati si cantik itu.
‘Soon.’
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomanceCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...