❥︎𝔹𝕒𝕓 50✍︎

8.1K 366 1
                                    

"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."

“CUBA bagitahu abang mana adik pergi selama ni? Kenapa palsukan kematian sendiri? Apa yang adik fikir selama ni?” soal Zafril. Nada suaranya masih cuba dikawal sehabis baik.

Tasya berdecit halus. Dari semalam abang kandungnya itu tak habis-habis bertanya. Sehabis baik dia cuba elak soalan itu namun pasti sahaja Zafril bertanya semula.

“Benda dah lepas bang, jangan tanya dah. Lagipun Tasya ada depan mata abang kan sekarang ni."

Zafril mengeluh halus. Pelipisnya diurut. Memang ada saja cara budak itu mahu mengelat.

“For real, Tasya. Mana Tasya pergi? Abang cari Tasya macam orang gila tahu tak?" tak termasuk lagi yang dia sendiri culik keluarga Maisarah awalnya gara-gara mahu balas dendam pada Aqil.

“Wait. How did you find me anyway?” lain yang ditanya, lain pula yang dijawab. Bukan jawab, lebih kepada bertanya semula. Sekali lagi Zafril mengeluh.

“I have my own ways.” tentang dia itu tidak perlulah untuk Tasya tahu. Tasya memintalkan rambutnya di hujung jari. Dia hanya diam.

Zafril hanya memerhatikan adik dia itu. Lain. Sangat berbeza daripada 4 tahun yang lepas. Tasya yang dulunya selalu bertudung litup terus hilang tudung entah ke mana.

Nak tegur dari semalam, tapi takut kecil hati. Sementalahan mereka baru lagi berjumpa masing-masing. Punca Tasya lari pun dia tidak tahu lagi. Tapi sebagai abang, lambat laun perlu juga dia utarakan perkara itu.

Dulu elok sahaja adik dia menjaga aurat kalau nak dibandingkan dengan Maisarah sewaktu di universiti. Barangkali gara-gara cemburu, dia juga turut buka tudung.

Entah dia fikir Aqil akan suka dia agaknya kalau dia freehair macam Maisarah. Terbalik pula tempat mereka sekarang.

Maisarah sudah cantik bertudung, manakala adik dia pula yang sudah berambut karat. Zafril menggeleng.

“Dah kenapa abang tiba-tiba geleng?" Tasya memandang abangnya dengan pelik.

“No just, apa dah jadi dengan kau?"

Tasya menggulingkan bebola matanya tanda menyampah. Ni tak lain tak bukan, mesti dia nak tanya kenapa aku dah tak bertudung. Bukan dia tak perasan bagaimana lelaki itu pandang dia tadi.

Pandangan seolah-olah menghakimi dia.

“Jadi lagi baik?" balas Tasya dengan nada suara seolah-olah dia bangga.

Zafril meraup rambutnya ke belakang. Jujur, dia memang sayang budak itu. Tapi bukan macam ni caranya. Dia tak akan didik adik dia jadi manusia begini.

Dia tahu dia sendiri tidak sempurna. Jahat. Malah pernah terlintas dalam fikirannya untuk membunuh seseorang namun tidak pernah dia lakukan. Dia masih mempunyai iman.

“Is this because of Aqil? Kau jadi macam ni sebab dia ke Tasya? Wake up, Tasya that was like 4 years ago!"

“No abang tak faham! Tahu tak, macam gila Tasya kejarkan dia. Tapi dia tak tahu pun. Bukan, tapi dia buat tak tahu. Sakit tahu tak hati Tasya!" dia mula naik suara apabila Zafril buat sedemikian.

Suasana yang kurang tenang tadi berubah 360 darjah.

“Kalau kau nak dia, buat cara baik Tasya. Bukan culik keluarga Maisarah."

𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED] Where stories live. Discover now