❥︎𝔹𝕒𝕓 12✍︎

11.5K 612 10
                                    

"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."

SETELAH memarkir kereta, mereka berdua keluar dari perut kereta. Dapat mereka lihat banyak kereta dan orang ramai turut berada di situ.

Bukan lah orang awam, tapi lebih kepada saudara mara Aqil juga. Bukan mereka tidak tahu. Keluarga sana sekali kahwin sampai 7 anak keluar. Hm.

Sweetheart let's go inside.” agak tersentak apabila suara garau Adrian tiba-tiba berada di sebelahnya.

Maisarah hanya tersenyum lalu mengangguk. Mereka berdua berjalan beriringan ke arah pintu utama yang sudah memang tersedia buka.

“Cinta! Eh Adrian!”

Terus mereka menoleh ke empunya suara itu. Rupa-rupanya Aqil. Lelaki itu lengkap berpakaian baju Melayu. Kacak, tapi tak sekacak Adrian. Hehe

Aqil memandang Maisarah tak berkelip. Maisarah memakai tudung. Bukan lah dia tidak suka, tapi terlebih suka.

Kali terakhir dia lihat Maisarah memakai tudung adalah sewaktu sekolah rendah. Comel tapi tudung senget benget.

Dan malam ini dia dapat lihat lagi Maisarah memakai tudung. Sejuk saja mata memandang.

Ehem.” bunyi deheman Adrian menyentakkan lamunan Aqil.

“Baru sampai ke?”

Haah. Yang lain ada dekat dalam ke?” Maisarah menjengukkan kepalanya melihat isi rumah. Penuh.

“Tak, Cinta. Yang lain ada atas bumbung sebab Meera rasa macam nak nikah kat atas.”

Maisarah memutarkan bola matanya. Menyampah. Kalau awal-awal dia kenal Aqil mungkin dia akan gelak tapi sekarang ni hambar dah tahu tak?

Aqil memandang Adrian pula.

“Bro. Thanks lah sudi datang. Tapi..korang datang berdua sekali ke?”

Pelik juga dia lihat Maisarah dan Adrian jalan beriringan. Tak campur lagi baju sama warna.

Dengan bangganya, Adrian tersenyum.

“Ya, kitaorang datang berdua. Kan sweetheart?

Adrian memandang wajah Maisarah. Perlahan-lahan Maisarah mengangguk.

Aqil pula hanya memerhatikan dengan pelik. Dari hari itu lagi Adrian memanggil Maisarah sweetheart. Tapi tidak pernah pula Maisarah beri tahu apa-apa tentang lelaki itu.

Atau mungkin Adrian yang suka Maisarah tapi Maisarah tidak suka? Perasaan musykil Aqil membuak-buak ingin tahu.

“Jemput lah masuk. Cinta, mama aku tak sabar nak jumpa kau.”

Maisarah tersenyum lebar. Sewaktu kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, tercetus salaman halus di bibir.

Adrian mengikuti di belakang. Aqil membawa mereka ke tengah ruang tamu. Ramai orang, tapi tidak lah padat memandangkan ruang tamu itu besar.

Beberapa pasang mata teralih ke arah mereka dan yang pastinya, Puan Jwanita turut memandang ke arah mereka. Sebaik sahaja nampak Maisarah, terus wanita itu tersenyum gembira.

“Mama, ni bakal menantu mama dah sampai. Cantik kan?” dengan selambanya, Aqil bertutur begitu di khalayak ramai.

Adrian memandang tajam lelaki itu. Antara sedar atau tidak sedar dengan pandangan Adrian, Aqil hanya beriak selamba.

𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED] Where stories live. Discover now