❥︎𝔹𝕒𝕓 56✍︎

6.3K 338 4
                                    

  "𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."

                     “EXPLAIN!”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                     “EXPLAIN!”

Tasya mendengus kasar. “Nak explain apa?"

Zafril menggeleng kepala dia. Tangannya sibuk mencekak pinggang. Wajah tak bersalah Tasya dipandang.

“Jangan buat bodoh lah Tasya. Sekarang ni kenapa kau nak kena cari masalah lagi pasal Maisarah dengan Aqil tu? At this point it's not about Aqil anymore but you just hate her kan?!"

Geram punya pasal, Tasya mencapai bingkai gambar yang ada berdekatan lalu dicampaknya mengena dinding.

Prang!!

“Tasya!!"

“Ya!! Ya adik memang benci dia! Bukan sebab Aqil suka kan dia je, but because of everything!" naik turun dada perempuan itu kerana marah.

“It's always been her! Waktu dekat U dulu, dia lah top student. Dia lah yang paling famous and everybody loves her! Me? I wasn't even close to her shadow."

“Even at work! Dia favorite semua orang jugak. Rafael, bos Tasya tu pun suka dekat dia sampai naik menyampah adik tengok!”

Berkerut wajah Zafril memandang adik dia. Jadi selama ni Tasya cuma cemburu dengan Maisarah.

“Dah tu? Cuba belajar jangan nak cemburu sangat dengan orang lain. Kalau tak boleh sekalipun, pergi lah jauh dari dia. Ini kau sendiri saja nak sakitkan hati kau."

Tasya tergelak sinis. “Oh wow so it's my fault now? Adik tak peduli, apa pun yang jadi adik tetap nak musnahkan Cinta Maisarah.”

Zafril mengeluh kasar. Rambutnya diraupkan ke belakang. Sungguh, adik dia ini ada penyakit mental ke? Obses sungguh dengan Maisarah tu.

“Jangan buat benda bodoh, Tasya. Aku cakap macam ni sebab aku nak selamatkan kau!" Zafril memegang kedua belah bahu Tasya namun perempuan itu menepis.

“Eh adik boleh jaga diri sendiri lah! Jangan sibuk urusan aku.” Tasya menjeling tajam abangnya. Dia mula menyampah dengan perangai abang dia.

Kalau abang tak boleh nak tolong adik, then duduk lah diam-diam!”

“I swear to God, Tasya. If you lay a finger on her again-"

“What?! Abang pun nak defend dia ha macam tu? Macam semua orang? Apa dia tu dah tidur dengan semua abang ke sampai syok sangat back up dia?!”

Pang!!

Bergema bunyi tamparan di ruang tamu itu. Tasya tergamam. Pipinya terasa kebas lalu perlahan-lahan menjadi pedih apabila ada cecair merah yang jatuh di hujung bibirnya.

Pedih lagi dengan kenyataan abang dia sendiri lempang dia. Tasya memandang abangnya dengan tajam namun lelaki itu tidak tajamnya.

Dah kau nak baran sangat dengan aku, meh aku tunjuk baran aku.

“Kau asal nak pandang macam tu?” tanpa belas kasihan, Zafril mencengkam rambut Tasya. Tindakan dia itu menyebabkan Tasya meringis sakit.

Tepat jari telunjuk Zafril menunjal dahi Tasya. “Kau jangan kurang ajar dengan aku eh. Aku tak sehina tu lagi nak tidur dengan bini orang. Aku cakap semua tu sebab aku tak nak kau menyesal, Tasya. Kau tak kenal dengan siapa kau cari masalah ni, bodoh!" rambut perempuan itu dilepaskan dengan kasar.

Tasya jatuh terduduk di lantai sambil memegang pipi dan kepala yang sakit. Dia mula berasa gerun dengan abang dia. Pertama kali, lelaki itu berkasar dengannya.

Sejak dari kecil lagi abang dia sentiasa lembut dengannya dan Zafril menjadi lambang lelaki budiman buat dia. Semua imej baik itu sudah hilang sekarang.

Zafril mengeluh kasar. Dia sedar apa yang dia telah lakukan namun Tasya perlu disedarkan. Kalau tak, boleh mati budak ni dalam tangan Adrian.

“Kau dah berani angkat tangan dekat aku?" setelah beberapa minit, Tasya mula buka suara semula.

Zafril tergelak sinis. “Eh mulia lagi kalau aku sendiri belasah kau daripada kau kena belasah dengan Adrian. Tak masuk lagi dua orang lelaki yang memang benci kau sebab apa yang kau dah buat dekat Maisarah and keluarga dia.”

Tasya mendengus kasar. Gerun dia tadi berubah menjadi benci apabila abang dia bercakap seolah-olah dia memang akan ditangkap oleh Adrian. Seolah-olah lelaki itu memandang rendah kebolehan dia. Terus dia bangun dari duduknya.

“Fine kalau abang tak nak setuju dengan Tasya then fine! To me, now you're officially one of them. Fvck you!" tanpa menghiraukan apa-apa, Tasya berjalan ke arah pintu.

“Oi kau nak pergi mana?” panggilan Zafril tidak dihiraukan. Melulu sahaja Tasya keluar dari rumah.

Bam!

Sekali dengan pakej hempas pintu. Zafril mengeluh kasar. Telefon dia dikeluarkan. Hati dia terasa tidak sedap tiba-tiba.

Nombor telefon Aqil dicari. Tidak menunggu lama, dia membuat panggilan. Sebaik sahaja panggilan bersambung, dapat dia dengar suara Aqil.

“Hello Aqil. Aku nak jumpa kau sekarang, ada benda penting ni.” Zafril berhenti sejenak. Matanya dipejam. “Aku tahu siapa musuh kita.”

“What? How? Okay okay sabar. Aku kat Terengganu ni ada urusan kerja but aku drive balik sekarang."

“Okay. But nanti ajak Alex dengan Adrian sekali. Aqil, apa pun jadi lepas ni, aku dah try buat apa yang aku mampu.” terselit nada serba salah dalam ayat Zafril itu.

“Kau asal ni? Dah aku nak gerak balik ni. Dah lah malam, lama pulak perjalanan aku ni.”

“Hm ye lah. Kau bawak kereta tu hati-hati.” usai menitip pesan, mereka mematikan panggilan.

Zafril bergerak mendekati tingkap. Kepalanya didongakkan memandang langit malam. Dada kirinya dipegang.

Kenapa aku rasa tak sedap hati sangat ni?

Satu keluhan dilepaskan. Dia cuma berharap Aqil selamat memandu sampai di sini dengan cepat walaupun dalam keadaan malam.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED] Where stories live. Discover now