"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
PANGGILAN fon dimatikan. Maisarah menoleh mencari kelibat ulat bulu jantan dia tu. Bukan main gedik lagi nak ikut sana sini.
Dia pun tak faham kenapa. Sewaktu mereka keluar dari hotel elok je, tapi bila dah sampai dewan resepsi tiba-tiba je jadi mengada.
Maisarah berjalan ke ruang koridor yang berada tidak jauh dari tempat dia mengangkat panggilan tadi. Jelas kelibat Adrian sedang bersandar di dinding sambil memejamkan mata.
“Awak.”
Mendengar sahaja suala halus itu, terus Adrian celikkan mata. Senyuman dilemparkan buat Maisarah.
“Dah habis call dah?”
“Dah.”
“Then jom lah masuk balik dewan. Aku lapar.”
Maisarah mengangguk. Mereka mula berjalan beriringan semula ke dalam dewan. Dapat Maisarah rasakan ada mata-mata yang memandang mereka namun tidak diendahkannya kerana dia tahu, rata-rata orang dalam dewan ini semua kawan Adrian.
Mereka mengambil tempat duduk di meja paling hujung yang masih kosong. Wardah dan Zulkifli pula sudah duduk di tempat lain apabila jumpa kawan sebaya mereka. Seronok lah tu ada teman berbual.
Seketika kemudian ada beberapa pelayan masuk ke dalam dewan dan menghidangkan makanan kepada setiap meja. Mereka tidak perlu bersusah-payah beratur mengambil makanan.
Teruja Maisarah melihat cara pelayan itu menghidangkan makanan dengan penuh bergaya. Wah pakar!
Adrian tidak hairan pun dengan cara pelayan itu menghidangkan makanan sebaliknya dia lebih suka reaksi Maisarah.
‘Ya Allah why is she so cute?’
Selesai menghidangkan makanan, pelayan-pelayan tersebut keluar dari ruangan dewan. Maisarah masih lagi kagum.
‘Betul-betul grand majlis ni.’ bisik hati kecilnya. Awal-awal dia masuk dewan lagi dia sudah terpesona dengan hiasan dalaman dewan itu.
Bukan pertama kali dia melihat hiasan mewah seperti itu kerana dulu Alex pun sering membawa dia ke majlis mewah sebegini namun rasa teruja itu tetap ada.
Kadang-kadang terasa macam hidup dalam cerita Crazy Rich Asian pun ada. Dia tak kaya pun, tapi orang sekeliling dia punyalah ramai yang kaya raya.
“Sweetheart, makan lah. Ke kau nak aku suap kau kat sini?”
Suara garau Adrian menyentakkan lamunan Maisarah. Jelas wajah lelaki itu tersenyum nakal.
“Tch ngada.”
Adrian tergelak kecil. Pinggan Maisarah ditolak agar sedikit rapat dengan gadis itu.
“Then, makanlah. Aku tak nak kau sakit perut nanti, faham?”
Ah oppa! Mula lah rasa panas di pipi. Degupan jantung pun rasa tak normal dah sekarang ni.
Maisarah hanya mengangguk malu-malu. Sebenarnya rasa nak melompat apabila Adrian tanpa segan silu tunjukkan yang dia kisah pasalnya.
Adrian tersenyum puas dengan jawapan Maisarah. Dari ekor mata dia, dapat dia lihat ada beberapa kanak-kanak bermain lari-lari berdekatan mereka.
Terus dia merendahkan sedikit badannya lalu menarik kerusi Maisarah supaya dekat dengan dia.
Maisarah yang jelas terkejut itu hanya kaku tanpa tahu hendak bereaksi bagaimana. Jantung dia tadi tak normal lagi dah kena pam 2 kali ganda lagi laju dah.
Adrian tersenyum manis. Matanya menangkap kesan kuat di hujung bibir Maisarah. Alahai comelnya! Ni pasti sebab dia tarik kerusi secara mengejut tadi.
“Terkejut ke? Sorry lah tapi aku tak nak budak-budak tu terlanggar kau je waktu kau makan. Now sambunglah makan balik sweetheart.”
Maisarah menundukkan wajahnya gara-gara segan. Tiba-tiba terasa ada sesuatu disapu pada hujung bibirnya. Ni tak lain tak bukan...
Dia memandang Adrian yang selamba sahaja mengelap bibir dia menggunakan tisu. NASIB BAIK PAKAI TISU. Kalau lelaki tu lap pakai ibu jari macam dalam cerita k-drama tu, memang dia pengsan dekat situ juga.
‘Aduh Adrian ni. Kenapa sweet sangat? Dia tak tahu ke last aku buat scene bersemut macam ni 4 tahun lepas? Tu pun aku buat dengan mamat beku tak ada emosi.’ bisik hati Maisarah. Sempat lagi tu kutuk bekas kekasih dia. Siapa suruh beku sangat.
Adrian melarikan pandangan dia daripada wajah Maisarah. Comel memang comel tapi kalau dia pandang gadis tu lama-lama, takut pengsan budak tu.
Jantung dia sendiri pun dah cukup laju mengepam, apatah lagi si Maisarah.
Selebihnya mereka hanya sambung makan. Ada juga Adrian menyakat Maisarah sesekali namun habuannya adalah kaki dia kena pijak dengan kasut tumit gadis itu.
Rasanya memang betul lah tak lama lagi kaki dia bengkak sebelah.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomanceCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...