"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
ADRIAN memasuki perut kereta dengan senyuman tak lekang di bibir. Semangat dia selepas mendapat tahu berita baik itu.
“Jom balik. Saya mengantuk laa..”
Adrian menoleh ke arah Maisarah. Tawa halus terbit di bibirnya. Amboi dah makan lepastu mengantuk pula.
“Boleh, sweetheart. Tunggu kejap lepastu kau tidur lah puas-puas.”
Maisarah hanya tersengih. Sisi wajah Adrian dipandang dengan penuh minat. Entah kenapa dia suka pula lihat lelaki itu.
“Sweetheart..”
“Hm?”
Adrian memusingkan badannya sedikit agar dia betul-betul menghadap Maisarah.
“Kau...er..okay macam ni. Katakan lah, kalau kau dapat balik keluarga kau, apa benda pertama yang kau akan buat?”
Maisarah terdiam seketika. Tak sangka Adrian akan bertanya soalan sebegini.
Dia sendiri tidak tahu apa dia mahu buat kalau keluarga dia pulang semula.
Tapi apa pasti, dia akan melepaskan rindu terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.
“Sweetheart..?”
Suara Adrian mengembalikan Maisarah ke realiti. Terus dia mengangkat wajah memandang Adrian. Satu senyuman nipis diberikan kepada lelaki itu.
“Saya pun tak tahu nak buat apa. Tapi kalau betul saya dapat balik keluarga saya, saya akan bersyukur sangat. Selama ni saya risau. Tapi saya yakin yang diaorang tak apa-apa.”
Adrian hanya diam mendengar kata-kata Maisarah.
“Hehe cuma saya haraplah yang apa saya rasa tu betul.”
Adrian simpan senyum. Tak sia-sia dia selalu pulang lewat ke rumah kerana sibuk mencari keluarga Maisarah bersama dengan Aqil dan Alex.
Sibuk sibuk sekalipun, tetap dapat mencari masa untuk Maisarah dan keluarga dia.
‘Sekejap je lagi, sweetheart.'
Adrian menarik tali pinggang keselamatan ke tubuhnya. Dia menoleh ke arah Maisarah sekilas. Nasib baik budak itu sudah pakai tali pinggang keselamatan juga.
Gear ditolak dan pedal minyak ditekan. Perlahan-lahan kereta dipandu keluar dari kawasan itu.
“Okay sweetheart. Let's say seseorang dapatkan keluarga kau balik. Apa kau akan bagi dekat orang tu?” Adrian mengetuk-ngetuk jari di stereng kereta sambil menunggu jawapan Maisarah.
Maisarah membuat riak wajah gaya berfikir.
“Hm.. saya pun tak pasti. Tapi mungkin bergantung dekat siapa yang jumpa keluarga saya tu.”
“Bergantung? Maksud kau lain orang, lain lah ganjaran dia?”
Maisarah hanya angguk mengiyakan. Lebih kurang gitu ah tapi dok gitu pung.
“Okay..”
“..macam mana kalau aku dapat jumpa keluarga kau? Apa kau akan bagi aku?” ha mula sudah.
Adrian simpan senyum. Bukannya dia berniat mahu meminta sesuatu. Namun dia tertanya-tanya kalau Maisarah tahu yang selama ini dia mencari keluarga budak itu.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomantizmCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...