"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
PINTU kereta ditutup lalu dikunci. Dengan langkah penat dia, Aqil berjalan ke arah pintu masuk rumahnya.
Salam diberi. Kaki kanan dibawa masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.
Matanya meliar ke ruang tamu. Fuh bukan main lagi mak dia duduk tengok k-drama.
“Mama... assalamualaikum.”
“Eh. Waalaikumussalam. Lah tak perasan Aqil dah balik.” jelas wajah Jwanita memang terkejut.
Aqil tergelak kecil. Dia mengambil tempat duduk di sofa sebelah ibunya.
“Penat kerja harini?”
“Macam biasalah mama.”
Jwanita hanya memandang anaknya. Macam tu lah hidup budak tu. Kerja, kerja, kerja. Kalau tak kerja, keluarga. Kalau tak keluarga, sah sah budak tu pergi kacau si Maisarah pulak.
Entah sampai bila nak habiskan hidup bujang dia.
“Kamu pergi lah naik dulu. Mandi lepastu solat.”
“Mm..”
“Jangan malas. Lagi pun tadi ada orang hantar barang untuk kamu. Mama dah letak dekat atas katil.”
“Barang?”
Jwanita mengangguk. Tadi sejurus selepas Aqil keluar pergi kerja, terus ada seseorang menghantar kotak kepada dia. Katanya untuk Aqil.
“Dah pergi-pergi. Mama pun nak pergi masak makan malam dulu ni.” Jwanita menolak bahu anak lelaki dia itu. Apasal malas sangat ni?
“Ee yelah ye lah Aqil pergi.” dengan malasnya, dis bangun dari duduk. Langkah kaki dihayunkan ke arah tangga.
Aqil naik ke tingkat atas dan terus menuju ke biliknya. Daun pintu ditolak dan dari jauh dia sudah nampak ada kotak bewarna hitam terletak elok di atas katil saiz kingnya.
Dia meletakkan briefcase di tepi katil lalu badan direbahkan terus ke atas katil.
“Arghhh selesanya...” bukan main menggeliat lagi atas katil.
Dengan malas, Aqil mengambil kotak itu. Posisi badan ditukar kepada duduk. Kotak itu berada di pangkuannya perlahan-lahan dibuka.
Perkara pertama yang dia nampak adalah Maisarah. Atau lebih tepat lagi, gambar Maisarah. Berkerut dahi Aqil mengambil gambar itu.
“Cinta? Dah kenapa pulak gambar dia ada sini? Minah ni nak kena sepak ke dengan aku.” kalau Maisarah hantar gambar semata-mata nak puji diri sendiri lawa, memang sekarang juga dia hantar patung Voodoo dekat perempuan itu.
Bukan boleh percaya sangat Maisarah tu. Dia punya level puji diri sendiri lain macam.
“Tch. Haih.. Macam-macam.” Aqil membelek-belek gambar Maisarah tersenyum manis sambil bermain dengan kanak-kanak itu.
Seketika kemudian dia terperasan sesuatu. Gambar yang berada di tangan dia ini bukan lah gambar yang Maisarah ambil dengan tangan sendiri.
Bukan juga gambar yang dirancang kerana Maisarah memang tidak membuat gaya apa-apa.
“Candid? Tapi apasal macam dari semak samun je orang ni ambik.” ya. Kalau dilihat betul-betul, cara orang itu ambil gambar pun serupa dia tidak mahu diketahui.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomanceCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...