"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
APLIKASI Whatsapp ditutup dan Maisarah meletakkan telefonnya di sisi kemudian menyambung kerjanya yang terhenti tadi.
Ting!
Automatik kepala Maisarah terangkat sebaik sahaja mendengar bunyi notifikasi masuk. Lantas telefonnya diambil semula.
Nampak sahaja nama handsome di atas sekali terus Maisarah ukirkan senyuman. Namun cepat-cepat dia hilangkan semula senyuman itu.
‘Dah kenapa aku ni.’
Maisarah berdehem seketika, menghilangkan rasa teruja. Malu tapi mahu hm.
Dia membuka mesej Adrian lalu membacanya.
-Can we have lunch together again? Please?
Okay. Kali ini Maisarah betul-betul tak sorok senyumannya.
‘Aaa comel nya cara dia ajak makan!’
“Maisarah masuk bilik saya sekarang.”
Kus semangat. Terhinjut bahu Maisarah mendengar suara garau Rafael dari telekom.
“Ya Allah dia nak aku mati ke apa?”
Terus telefon diletak. Tak sempat pun dia nak balas mesej Adrian. Ipad pro yang memang disediakan oleh syarikat diambil lalu langkah dibawa menuju ke bilik Rafael di sebelah.
Tok! Tok! Tok!
“Masuk!”
Daun pintu ditolak lalu ditutup semula. Maisarah berjalan mendekati meja kerja Rafael. Dapat dia lihat lelaki itu tersenyum manis ke arahnya.
“Ya bos, ada apa-apa ke?”
“Saya nak minta tolong awak hantarkan ni dekat kawan saya.”
Rafael menghulurkan sebuah kotak kepada Maisarah.
“Kenapa tak minta Tasya?”
Terus Rafael membuat riak toya.
“Oh no no no. Kawan saya tu handsome, takut nanti si Tasya tu jadi ulat bulu. Bukan awak tak tahu perangai dia macam mana.”
Terlepas tawa dari bibir Maisarah. Cepat-cepat dia tutup mulutnya.
“Ish tak baik lah Rafael. Kalau dia dengar nanti dia tarik rambut awak.”
“AHHAHAHA.”
Maisarah menggeleng kepalanya apabila melihat Rafael tergelak kuat.
“Amboi bukan main eh ejek dia. Tak takut ke dia buat macam tu dekat awak? Awak dah la dah bertudung sekarang.”
Tadaaa! Siapa sangka, lepas malam majlis nikah Meera 2 hari lepas, Maisarah sudah mula menyelesakan diri dengan memakai tudung.
Pakaian pun dia hanya memakai yang longgar-longgar. Rugi lah kalau dah elok pakai tudung tapi bawah tak tutup habis.
“Habistu awak tak takut ke kalau saya yang jadi ulat bulu dekat kawan awak nanti? Saya pun perempuan tau.” Maisarah tersengih sambil mengangkat angkat sebelah keningnya.
“Eleh kalau saya yang dah cukup sifat ni pun awak pandang sebelah mata, kawan saya tu pun tak akan ada beza.”
Auch. Sakit sekali ye Rafael. Jangan risau, seseorang sedang menjaga jodoh mu bestie.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomanceCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...