"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
“DIA dah ambik Maisarah belum?”
Alex yang sedang membetulkan tali lehernya menoleh sekilas ke arah Aqil.
“Dah. Dia dah bawa keluar dari kawasan tu.”
Aqil menghela nafas lega. Dia punya risau pun tak kurang juga dengan Adrian. Gila apa perempuan tu senang lenang je pergi keluar sendirian.
Lepastu call tak angkat!
Aqil keluar dari ruangan bilik itu. Ada panggilan yang perlu dia buat. Dia pun masuk ke sini cuma untuk bertanyakan keadaan Maisarah.
Alex yang sedang menghadap cermin itu termenung seketika. Satu keluhan terbit di bibir.
“Haih..silly girl. I had to use the mafia group's best hacker just to locate you.”
Walhal nak locate Maisarah itu tak perlukan pakar sangat pun. Cuma dia sendiri kelam kabut. Laju saja dia panggil semula kawan lama dia.
Macam-macam jugalah soalan diajukan kepada dia. Ada juga sedikit usikan. Ye lah, bekas mafia datang balik semata-mata nak minta tolong cari seorang perempuan.
Namun dia pekakkan sahajalah telinga. Biasalah.
TUDUNG yang dipakai semalam dililit di kepala ala kadar. Janji tutup bahagian atas dan dada.
Pakaian? Mujur Adrian sediakan pakaian untuk dia. Sekarang ni pun dia berada di rumah yang dia tak tahu rumah siapa.
Pada awalnya dia tidak mahu masuk kerana dia fikir hanya dia dan Adrian yang berada di rumah ini.
Tapi rupa rupanya ada juga orang gaji Adrian yang bernama Mak Tom tu. Lama tak jumpa.
Maisarah keluar dari bilik yang disediakan oleh Adrian. Langkahnya dibawa ke arah tangga lalu satu persatu anak tangga itu dituruninya.
Maisarah berjalan ke arah dapur pula. Semalam sampai sahaja di rumah, terus dia tidur. Tak sempat makan apa apa.
Maisarah hanya mengambil segelas air lalu diminum. Segan la kalau nak makan terus.
Klak!
Bunyi pintu dibuka menarik perhatian dia. Lantas Maisarah membasuh cawan yang digunakannya tadi. Pasti Adrian sudah keluar dari bilik.
Maisarah berjalan mendekati tangga. Jelas kelihatan Adrian baru turun.
Adrian tersenyum sebaik sahaja nampak Maisarah baru keluar dari dapur.
“Good morning sweetheart. Did you get enough sleep?”
Teragak-agak Maisarah nak angguk. Cair lah kalau pagi pagi dah macam ni!
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomanceCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...