"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
BEG berisi pakaian untuk tempoh masa 3 hari itu diletakkan di tepi pintu rumah. Jam di dinding dikerling. Baru pukul 9 pagi.
Seketika kemudian bayangan kereta Adrian muncul di depan halaman rumahnya.
Macam tak percaya. Dia setuju untuk menemani lelaki itu pergi majlis kahwin sepupu. Risau juga lah kalau ibu bapa Adrian tiba-tiba serang dia dengan soalan pelik.
Huru-hara jadinya kalau mereka fikir Adrian bawak balik bakal menantu. Nak jawab apa?
‘Eh kau ni berangan je lah!’
“Sweetheart, fikir apa tu?” entah sejak bila, Adrian sudah pun berada di depannya.
Adrian tunduk mengambil beg yang berada di sebelah kaki Maisarah namun badannya tidak sedikit pun masuk ke dalam rumah Maisarah.
“Hm jangan fikir terlalu banyak sweetheart.”
Maisarah hanya tersenyum kekok lalu mengangguk. Tangannya menutup suis lampu koridor yang berada dekat dengan dirinya. Kasut diambil lalu disarungkan.
Adrian sudah pun pergi ke arah kereta terlebih dahulu, menyimpan barang Maisarah ke dalam bonet.
Maisarah menutup pintu rumahnya. Tidak lupa juga dia untuk kunci. Langkah kaki dihayunkan ke arah kereta Adrian lalu badan diboloskan ke dalam.
“Sweetheart. Aku tak biasa stop kalau jalan jauh. Tapi kalau kau nak aku stop dekat mana, just say it okay sweetheart?” soal Adrian sambil menarik tali pinggang keledar.
Maisarah mengangguk nipis. Tiba-tiba suara Adrian tertawa kecil menyapa gegendang telinganya. Terus dia memandang wajah kacak lelaki itu.
“Kenapa gelak?”
“You know sweetheart. Sedar tak sedar kau dah terbiasa dengan panggilan sweetheart aku kan?”
Berkerut dahi Maisarah mendengar kata-kata lelaki itu. Sel-sel otaknya cuba berhubung dan bagaikan sudah faham, terus dia menoleh ke arah lain.
Tak dapat dinafikan badannya sudah mula sebati dengan panggilan itu. Bukan salah dia okay.
Makin galak Adrian tergelak.
“You're blushing sweetheart?”
“Tch! Diam lah!”
Bahang sudah terasa di sekitar wajahnya. Adrian ni pun satu. Kalau orang malu, dia tak tahu ke dia tak patut tegur.
“HAHAHA it's okay sweetheart. Aku cuma suka je the fact that kau sendiri dah terbiasa dengan panggilan tu.”
“Salah awak lah. Suka sangat panggil saya macam tu.”
“Ada potensi ni.”
Maisarah memalingkan semula wajahnya memandang Adrian.
“Potensi? Apa?”
“Ada potensi tak lama lagi kau akan jatuh hati dekat aku jugak.”
“Pfft ew.”
Ew ew pun muka dah merah balik dah tu. Jantung jangan cakap, memang dah dup dap dup dap 1000 kali dalam satu saat.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomanceCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...