"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
BEG di tangan di bawa keluar dari rumah. Wardah hanya memandang Maisarah yang ingin pergi itu tanpa dapat berbuat apa-apa.
Sudah berkali-kali ditegah agar duduk sahaja dahulu di rumahnya namun gadis itu berkeras mahu pulang.
Adrian pula awal-awal pagi lagi sudah keluar rumah. Kalau keluar mencari rezeki tak apa, ni melencong tempat lain. Entah ke mana budak tu.
Berbulu je Wardah tengok anak lelaki dia.
“Maisarah betul ke ni nak balik dah? Bahaya lah.. aunty rasa tak payah kot.” Wardah masih lagi mencuba.
Maisarah tersenyum nipis. Wajah kedua orang tua Adrian dipandang. Betapa dia berharap yang berada di depannya sekarang ini adalah orang tua dia.
Bukan tak hargai Wardah dan Zulkifli, malah terlebih hargai. Cuma rasa risau dia yang menggunung memang tak boleh buat apa.
“Ye aunty, Maisarah faham. Tapi Maisarah ada kerja. Ada benda yang Maisarah kena uruskan juga. Tak kan lah nak tinggal macam tu je?” lembut sahaja tutur bahasa yang digunakan kepada wanita tua itu.
Wardah mengeluh. Suaminya di sebelah hanya mengusap lembut bahu dia.
“Aunty jangan risau eh?”
Maisarah menggamit tangan kanan Wardah lalu menyalaminya.
“Haih ye lah ye lah. Ni kamu dah bagi tahu Adrian belum yang kamu nak balik?”
“Dah,” bohong. Dia memang tak bagi tahu lagi lelaki itu apa yang dia mahu lakukan sekarang.
Mengingatkan kembali kisah malam tadi, hati jadi rasa bersalah kerana mahu pergi begitu sahaja namun kalau dia bagi tahu Adrian, sah-sah lelaki itu tidak benarkan.
Silap hari bulan, tak sempat nak jumpa penjahat sudah pengsan kena kurung dengan Adrian sebab tak bagi balik punya pasal.
“Hm ye lah. Kamu tu hati-hati tau.”
Maisarah hanya mengangguk nipis.
“Maisarah, sekurang-kurangnya bagi lah Pak Man hantar kamu balik. Lega sikit hati kami yang tua-tua ni.” Zulkifli yang sedari tadi diam mencelah.
Maisarah berfikir sejenak. Lama-kelamaan dia mengangguk tanda setuju. Jelas wajah lega kedua orang tua di depan dia itu.
“Bagus lah kalau kamu setuju. Uncle panggilkan Pak Man kejap.” sejurus selepas berkata begitu, Zulkifli terus belalu pergi.
Wardah masih lagi menggenggam erat tangan Maisarah bagai tidak mahu lepas. Tapi dia tak ada hak untuk paksa gadis itu. Dia bukan lah sesiapa melainkan hanyalah seorang ibu kepada lelaki yang menyukai gadis ini.
Seketika kemudian Zulkifli kembali bersama seorang lelaki separuh abad tetapi agak kurus berbandingnya.
“Saya pergi sediakan kereta dulu ya, cik.” Pak Man dengan ramah menunduk hormat lalu pergi ke arah kereta.
Baru sahaja Maisarah ingin menghalang lelaki itu daripada menggunakan kata-kata hormat namun cepat saja kelibatnya hilang.
Sampai sahaja kereta di depan rumah itu, Maisarah memandang lagi kedua orang tua Adrian itu.
“Maisarah pergi dulu ya. Terima kasih dah susah-susah tumpangkan Maisarah semalam.” tangan Wardah disalam lagi manakala Zulkifli pula hanya tersenyum.
“Ish apa cakap macam tu. Tak susahkan pun. Kami lagi suka adalah!” amboi aunty. Semangat kamu ye.
Maisarah hanya tergelak kecil. Badan dia dipalingkan lalu berjalan ke arah kereta. Badan diboloskan dalam tempat duduk belakang. Cermin kereta diturunkan lalu tangan dilambaikan ke arah Wardah dan Zulkifli.
Tersenyum pasangan itu melihat Maisarah. Haih Adrian. Manalah kamu?
Perlahan-lahan kereta bergerak menyulusuri jalan keluar dari kawasan perumahan mewah itu.
Maisarah menghembuskan nafas berat. Dalam fikirannya hanya satu.
Mama, ayah dan Amir.
Dah makan ke mereka? Sihat tak? Selamat tak? Atau.. masih hidup kah mereka?
Dari malam tadi dia cuba mengusir rasa tidak sedap hati dalam diri. Mujur ada Adrian namun awal-awal pagi lagi lelaki itu sudah hilang semula.
Tak apa lah Maisarah. Kau pun menumpang sahaja dekat rumah dia. Apa dia nak buat, bukan hal kau. Kau bukan siapa-siapa pun. Kan?
Fon di dalam tas tangan dikeluarkan, ingin membuang masa dengan melayan tiktok dan Instagram.
Berkerut dahi Maisarah apabila melihat peratus bateri dia hanya 6%. Dah merah habis dah bar bateri.
Itulah, dia sendiri lupa nak pinjam charger daripada sesiapa. Kan dah kering kontang telefon tu.
‘Haih.. macam macam lah kau ni Maisarah.’ Maisarah tergelak kecil pada diri sendiri.
Nampaknya tak dapat lah nak tengok abang hot dekat tiktok.
Namun, dia masih mempunyai kerja yang perlu dibuat. Nombor seseorang di dail lalu fon dilekapkan di telinga.
Truut..trutt..
Seketika kemudian panggilan Maisarah diangkat.
“Maisarah! Ya Allah lamanya awak hilang. Tahu tak saya risau gila bila awak tak masuk office hari ni? Awak pergi mana? Awak okay tak? Sihat? Kenapa tak bagi tahu dulu tak dapat datang? Tak pun, bagi tahu Farah dulu. Tak ada lah saya risau je.”
Wow. Encik Rafael. Sabar. Adrian je yang boleh risau lebih dekat Maisarah. Yang lain, sila pergi main jauh-jauh.
Maisarah mengeluh kecil. Nampaknya kena reka alasan lah ni. Lepastu minta cuti lagi sebab dia memang perlu buat sesuatu yang lain.
“Rafael, nak minta tolong boleh?”
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomanceCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...