"𝒀𝒐𝒖 𝒘𝒂𝒍𝒌𝒆𝒅 𝒊𝒏𝒕𝒐 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑺𝒐 𝒏𝒐𝒘 𝑰'𝒎 𝒈𝒐𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒔𝒖𝒓𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒗𝒆 𝒊𝒏 𝒊𝒕."
TELEFON dihidupkan. Tersenyum Maisarah saat telefon dia kembali bercahaya setelah dicas. Mujur masih ada lagi charger abang dia.
Ting!
Ting!
Ting!
Bzz! bzz!
Bzz! bzz!
Ting!
Ting!“Mashaallah gelojoh betul notification ni.” Maisarah mengerutkan dahi sambil membaca satu per satu notifikasi.
500+ messages
200 missed callsDan siapa lagi kalau bukan daripada encik Adrian Mateen bin Zulkifli Mateen kita ni.
Maisarah mengeluh berat. Pasti lelaki itu akan marah dia cukup-cukup kalau dia jumpa nanti.
Maisarah membuka mesej Adrian. Yang paling atas dahulu terpapar sebaik sahaja dia membuka chat dia dan Adrian.
-Handsome-
Maisarah where are you?
Sweetheart answer my phone calls!
Sweetheart I know you're upset tapi jangan hilangkan diri dari aku please?
Sweetheart kenapa one tick je?
Are you okay?
Maisarah jangan buat aku risau lah!
Come on at least tell me you're okay!
“Um.. mesti dia marah aku gila gila nanti...haih padan muka kau lah Maisarah..”
Maisarah langkau mesej di atas. Tak sanggup dia baca satu per satu. Dah la ada 500. Dia membaca mesej di bawah sekali.
Whatever. That's it I'm coming to get you.
Itu mesej Adrian. Dalam..6 jam yang lepas?
“6 jam.. kalau dia datang sini naik kereta maksudnya dia dah boleh sampai..-”
Sreettt!!
Membulat mata Maisarah apabila mendengar bunyi seretan tayar di depan rumah dia. Ada orang berlumba ke?
Segera telefon di letak tepi lalu dia berlari ke arah pintu untuk melihat apa yang berlaku.
Daun pintu dibuka. Mata Maisarah tertancap pada sebuah kereta hitam berlogo Audi. Tidak pula dia kenal kereta siapa.
Kereta tersebut berhenti betul-betul di depan Maisarah. Pintu bahagian pemandu dibuka lalu satu susuk lelaki keluar dari kereta.
Terangkat kening Maisarah saat melihat gerangan yang baru keluar dari kereta itu.
Wajahnya garang menahan marah. Terus dia berjalan mendekati Maisarah yang tercegat di depan pintu itu, menunggu masa sahaja dia bakal dimarahi.
Adrian berhenti betul-betul di hadapan dia. Lelaki itu mengepal kuat penumbuk dia.
Maisarah menarik nafas dalam-dalam. Kita cakap elok-elok okay Adrian?
“Okay saya tahu saya salah. Saya tak dapat fikir elok-elok tapi saya betul-betul minta maaf.”
Adrian menarik nafas dalam. Matanya dipejamkan seketika, cuba mengawal baran dia. Seketika kemudian matanya kembali dibuka.
Dia memandang sepasang mata bundar Maisarah. Ni nak marah ke tak ni?
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 [COMPLETED]
RomansaCINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebih bersinar. Setiap layanan dan belaian lelaki itu bagaikan mencurah kasih sayang kepadanya. ...