BAB 2

32 4 0
                                    

Farhana mengoleskan lipstick di bibir mungilnya sebelum mengenyit mata beberapa kali dihadapan cermin.

"Hello, pretty girl! Ready for your first date with your lover tonight?" tanya Hanna kepada pantulan dirinya sendiri di cermin. Malam ini, dia dan kekasihnya sudah ada temu janji di tempat yang sudah mereka pilih pagi tadi. Malam ini juga, menjadi malam pertama mereka berdua dating dekat Malaysia.

Hanna lantas mencapai kunci kereta atas mejanya dan berlalu keluar daripada bilik apabila dia yakin bahawa dia sudah cantik dan barang-barang penting seperti telefon, dompet dan sebagainya tidak ketinggalan.

Hanna menurun tangga sambil menjenguk ke setiap sudut rumah. Mana tahu mak ayah dia dah balik. Boleh lah dia minta izin untuk keluar dari muka ke muka.

Hanna mencebik. Dia langsung tak nampak batang hidung mak dan ayah dia dalam rumah. Sah, mereka berdua belum balik lagi. Disini yang ada dekat dalam rumah ni cuma Cik Jah, pembantu mereka. Cik Jah sudah pun berkhidmat selama lebih 10 tahun dengan keluarga Hanna yang membuatkan Hanna percaya akan Cik Jah. Bukan itu aje, Cik Jah lah orang yang paling Hanna rapat dalam rumah ini.

Dulu masa sekolah, kalau ada aktiviti yang melibatkan orang tua, Cik Jah lah yang selalu datang support Hanna. Orang tua dia entah hilang ke mana. Sibuk bekerja adalah alasan yang paling banyak Hanna dengar. Kerja lagi penting daripada anak? Lawak.

"Hanna nak kemana pakai cantik-cantik ni?" tanya Cik Jah yang baru keluar dari dapur dengan menyelit ayat pujian.

Bila Hanna terdengar je perkataan cantik, dia terus tersenyum sampai ke telinga. Hanna Firhana, perempuan yang lemah dengan pujian.

"Hanna nak pergi date, Cik Jah. Kalau mama dan papa dah balik tapi Hanna tak balik lagi, Cik Jah tolong cakap ya yang Hanna ada date. Hanna tak keluar lama pun, lepas makan dan lepaskan rindu dengan boyfriend, Hanna terus balik. Janji." Hanna mengangkat tangan kanan seakan dia berikrar akan berjanji balik awal. Lagipun sekarang sudah malam, tak eloklah kalau seorang perempuan keluar dengan lelaki malam-malam macam ni. Lebih-lebih lagi bila mereka masih belum halal.

"Iya lah, Hanna. Nanti Cik Jah cakap. Hanna pula jangan balik lewat tau. Risau Cik Jah nanti." kata Cik Jah dan kemudiannya Cik Jah mengusap bahu Hanna lembut.

Hanna mengukir sebuah senyuman sambil mengangguk kecil. "Hanna janji."

Sejurus itu, Hanna langsung keluar dari rumah selepas salam dengan Cik Jah. Dia menghidupkan enjin kereta dan laju meluncur keluar dari kawasan rumah.

Hati yang sudah bersorak riang, tak sabar nak jumpa dengan boyfriend tercinta dia. Dah lama dia tak jumpa. Nak juga dia lepaskan rindu.







Hanna memakir keretanya di tempat parkir yang kosong. Dia melihat cermin kereta dahulu sebelum keluar. Hanna membelek mukanya. Takut-takut ada kesan bedak ke, taik hidung tergantung ke, mata bengkak ke, tak lari ke Aqmar tu nanti?

"Ok, Cun! Cantik molek metetops kebaboom!" Hanna memuji dirinya sendiri. Dia sempat mengoles lagi sekali lip balm dibibirnya. Hanna tersenyum lebar.

Pintu kereta dibuka dan dia terus keluar. Dia meluru ke arah restoran yang dijanjikannya dengan Aqmar petang tadi. Dirinya tersangatlah berasa excited untuk dinner date bersama kekasihnya malam ini. Tak sabar betul!

"Hanna! Sini!" Seseorang memanggilnya di hujung sudut restoran. Hanna yang merasa dipanggil terus menoleh selepas kakinya baru sahaja menjejak ke dalam kawasan restoran mewah itu.

Lebar senyuman Hanna apabila gerangan yang memanggilnya tadi adalah si jejaka hatinya, Aqmar. Aqmar juga sama seperti Hanna. Lebar betul senyuman dua pasangan sejoli ini.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now