BAB 11

16 3 0
                                    

"Ibu!" Sebaik sahaja Darrell meletakkan Noah, Noah ini terus berlari ke arah aku. Aku membongkokkan badan dan terus memeluk Noah.

"Noah ada sekali?" tanyaku padanya. Noah mengangguk.

"Birthday ibu, takkan lah Noah tak datang. Uncle Darrell yang ajak." Noah menunjuk ke arah Darrell yang mukanya terlihat sangat cool, namun manis kerana ada senyuman yang menghiasi wajahnya.

Liya secara tiba-tiba memegang bahuku yang membuatkan aku terus berpaling ke arahnya.

"Ibu?" bisik Liya. Kening sudah diangkat, pelik. Ketawa kecil aku dibuatnya. Aku tak cerita lagi dekat Liya yang aku ada anak angkat yang tiba-tiba.

"Ini No—"

"Noah Aiden, right? Ryan's son." Liya mengenyit mata. Aku tampar dahi. Terlupa pula yang Liya ni bekas adik tiri Darrell dan Ryan. Tapi papa Darrell dan mama Liya bercerai enam tahun lepas, macam mana Liya boleh tahu tentang Noah sedangkan umur Noah betul-betul enam tahun?

"Macam mana kau kenal Noah kalau mama kau cerai enam tahun lepas?"

"Masa mama dan uncle cerai, Noah dah masuk tiga bulan. Sebab tu aku kenal. Lagi satu, tadi Noah panggil Darrell uncle, so aku assume yang Noah ni anak Ryan. Tak sangka betul. Hehe." Bersungguh Liya terang. Aku mengangguk faham sebelum terasa kaki aku dipegang seseorang. Aku pandang bawah, Noah sudah tersenyum seperti ada sesuatu.

Aku bongkok kan badan dan Noah terus bagi rose merah padaku. Aku pura-pura terkejut padahal tadi waktu Noah sampai disini, aku sudah terlebih dahulu nampak dia pegang sekuntum bunga rose. Biarlah pura-pura, janji Noah bahagia sebab dia ingat dia berjaya suprise kan aku.

"Wow, apa ni Noah?" Soalan bodoh aku tanya walhal aku tahu itu bunga.

"Bunga rose untuk ibu. Happy birthday ibu." Noah terus cium pipi aku. Argh, my baby is so cute!

Sewaktu aku bangun, mata aku terus tertumpu pada sosok tubuh Darrell. Dia meletakkan tangannya dalam kocek seluar dengan mukanya yang dihiasi dengan senyuman. Sungguh, kacak.

"Noah dan Darrell dah sampai? Meh lah makan. Makanan dah ada ni. Banyak." kata ibu dan memecahkan lamunan aku yang dari tadi tertancap pada Darrell. Noah sudah terlebih dahulu duduk disebelah papa dan sebelah kanannya pula ada Liya. Bila entah dia duduk situ.

Aku ingatkan masa papa kata kawan-kawan dia yang datang, aku fikir memang betul kawan dia. Rupanya hanya mereka.

Aku tersenyum menyaksikan suasana yang sangat adem bagiku. Harmoni sangat. Biasanya, masa hari lahir aku, aku hanya akan sambut dengan Cik Jah sahaja dirumah. Kadang-kadang ada papa, mama dan Liya sekali. Tapi itu dulu. Masa aku dekat Australia, memang aku buat parti juga tapi tak seronok sebab tak ada keluarga dan kawan aku. Bila mereka dah ada depan mata, aku rasa gembira sangat. Bila lagi aku nak dapatkan suasana seperti ini kan. Tambah lagi ada Noah. He's a good kid. I love him.

"You look even prettier today." satu suara garau terkejut kan aku. Aku pun menoleh. Terlihat ada Darrell yang sudah berdiri disamping aku. Bunyi tapak kaki dia pun aku tak dengar.

Aku senyum sampai ke telinga bila Darrell memuji aku macam tu. Bagaikan muka disimbah cat merah akibat terlampau malu. Malu-malu kucing kononnya.

"Tak sangka, rantai yang aku bagi memang sesuai dengan kau."

Kata-kata Darrell membuatkan aku terkebil-kebil. Terus tangan naik memegang rantai yang elok berada di leher aku. Rantai ini dia yang bagi ke?

Sebelum aku buka mulut, Darrell terlebih dahulu pergi ke meja dan duduk. Dia duduk ditengah-tengah antara kerusi yang kosong. Aku mengambil langkah dah duduk disebelah kiri Darrell. Sebelah kanan aku pula ada mama. Pipi yang merah bersungguh aku sembunyikan. Aku mana boleh dengar pujian dari orang. Kembang hidung aku nanti.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now