BAB 26

7 1 0
                                    

Rambut yang basah dilap dengan penuh cermat. Lepas dah siap, Hanna campak tuala itu dalam bakul untuk dibasuh nanti. Kemudian dia merenung cermin, lama. Keluhan dilepaskan pula.

"Kenapa aku tiba-tiba berdebar pula ni? Padahal bukan kali pertama pun aku tunjuk rambut aku dekat dia." Gumam Hanna perlahan. Lagi sekali dia melepaskan keluhannya.

Malam sudah menjelma yang bermaksud majlis kahwin Hanna dan Darrell sudah lama berakhir. Hanna baru lepas mandi. Tadi dia tak fikir pula pasal rambut. Bila dah siap mandi, baru dia terfikir.

Hanna memegang dada. Berdiri depan pintu. Bersedia untuk keluar dari bilik air. Dengan dada yang masih berdebar, dia buka pintu dan melangkah keluar.

Sedari Darrell tiada dalam bilik, Hanna rasa lega. Dia terus melangkah pergi ke meja solek untuk mengeringkan rambutnya. Tiba-tiba ada tangan yang melingkar pada bahagian leher Hanna. Dek terkejut dia pun mendongak mukanya ke atas.

"Darrell?"

"Ya?"

Darrell bermain dengan rambut si isteri. Dia memberi kucupan pada leher Hanna.

"Bau kau harum."

Tiga perkataan untuk sudah cukup buat Hanna tersipu. Sudah elok dia tak berdebar jadi berdebar balik. Darrell ni memang pandai nak bagi Hanna mati cepat.

"Er... Aku nak keringkan rambut dulu. Kau pun pergi lah mandi. Masham lah bau." Hanna berpura-pura menutup hidungnya. Darrell terus melepaskan tawa besar. Aduh, pandai pula isteri dia buat lawak. Hambar lah tapi.

Lagi sekali dia memberi ciuman tapi kali ini pada dahi Hanna. Darrell membuka langkah untuk ke bilik air pula. Dengan senyuman yang misteri, Darrell sengaja membuka bajunya depan Hanna.

"Eh? Asal buka dekat sini?! Pergi masuk bilik air lah!" Hanna tegas mengarah. Cepat saja kedua tangan menutup matanya. Tapi tak sempat sebab dia sudah melihat 'roti' milik Darrell terlebih dahulu. Air liur diteguk.

Sexy juga laki aku.

Darrell tertawa lagi-lagi melihat aksi comel isterinya. Dia ambil tuala dan terus masuk bilik air. Hanna pula menampar pipinya beberapa kali.

"Ish, sejak bila aku jadi gatal ni?" Bisik Hanna perlahan. Pipinya sudah lama bertukar warna. Ada pula dia teringat tentang abs milik Darrell tadi. Gatal sungguh!

Sekejap badannya ke kanan sekejap ke kiri. Dada dari tadi dup dap dup dap je kerja. Berkali-kali juga dia paksa diri untuk tidur tapi langsung tak menjadi. Bila dia kerling orang sebelah, lena sungguh dia tidur.

"Isy, kenapa dia boleh tidur pulas tapi aku tak boleh?" Hanna merengus geram. Sekali dia tengok jam. Hampir tepat pukul satu. Aneh, biasanya dia akan tidur sebelum pukul satu. Tapi kenapa hari ini dia tak boleh tidur langsung? Efek dah ada suami tidur sebelah kut.

Hanna diam sejenak sebelum menurunkan kaki ke lantai. Tiba-tiba terasa haus. Tuala yang disangkut pada ampaian kecil diambil dan dililit atas kepala. Sekarang, mereka tidur dekat rumah Ryan dulu. Esok, baru mereka pindah ke rumah baru.

“Suami saya. Saya nak ke dapur sekejap. Nak minum air.” bisik Hanna ke telinga Darrell walaupun dia yakin Darrell tak dengar kerana tengah diulit mimpi, mungkin.

Kaki perlahan-lahan menuruni satu persatu tangga bersama dengan telefon bimbit yang bercahaya. Salah satu benda yang Hanna tidak suka semestinya kegelapan. Masih teringat dengan kejadian tempoh hari yang masih terngiang-ngiang dikepala.

Setelah sampai di dapur, Hanna cepat-cepat ambil gelas. Air Coway dengan cepat memenuhi isi gelas. Tanpa melengahkan masa, Hanna minum air dengan tiga kali teguk sebelum berhenti untuk mengambil nafas.

Gelas yang hampir mendekat pada mulut, setar-merta berhenti. Hanna jadi kaku. Masalah. Dia terdengar bunyi dari belakang.

Ah... Sudah. Dejavu?

Hanna pejam mata beberapa saat, nafas dihembus. Mata dibuka dan...

Bushhh!

“Sh*t! Apa ni?!”

Setitis, dua titis air jatuh dari gelas yang Hanna campak airnya. Orang yang ada didepan Hanna sibuk menyingkirkan air yang ada pada mukanya. Sebab gelap, jadi Hanna tak nampak siapa lelaki tu. Entah Darrell, Noah atau... penjahat hari tu.

Cepat-cepat tangan meraih telefon yang ada ditepi Coway dan Flashlight dari telefon pun menerangi muka lelaki tersebut. Terasa terganggu dengan cahaya yang dihalakan pada muka, lelaki itu terus tutup muka dia dengan tangan kanan.

“Oi, Hanna. Sakit lah mata aku!”

“Suara ni... Ryan?!”

“Ya, Ryan. Abang ipar kau. Dah tepi aku nak minum air... Walaupun aku dah kena air tadi.” bidas Ryan. Hanna kemam bibir. Rasa bersalah.

“Maaf, aku- saya tak sengaja.” kepala ditunduk.

“Ermm..” Balas Ryan yang tengah meneguk segelas air. Entah itu permintaan maaf diterima atau tidak.

Klik!

Cahaya terang menerangi memenuhi ruangan dapur. Hanna dan Ryan sama-sama menatap orang yang membuka lampu. Seorang lelaki berbadan tegap, memakai t-shirt putih berserta tangan yang menyilang. Muka tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Baru sehari Hanna sah jadi isteri aku, kau nak try dia pula?” usik Darrell. Dari tadi dia jadi saksi dimana Hanna 'menuangkan' air pada Ryan.

“Ish, apa kau ni. Sepatutnya kau minta maaf bagi pihak dia sebab buat aku kena ganti baju.” Gelas ditangan diletakkan. Kemudian Ryan berkali-kali menunjuk bajunya yang basah. Nak mengadu, apa salahnya. Adik sendiri.

“Eh kan saya dah minta maaf?” ujar Hanna tidak puas hati. Nak mengadu pula. Tak serupa manusia yang berumur 31!

“Talk to my pretty hand!” telapak tangan diangkat betul-betul depan muka Hanna. Kemudian dengan lenggang lenggok Ryan berjalan menuju ke tangga.

Terkedu Hanna dan Darrell dibuatnya.

“Er... Dia memang macam tu ke?” Hanna memandang Darrell yang berjalan ke arahnya.

“Jangan cakap pasal dia.” Darrell menggeleng. Ada kala dia malu dengan Ryan. Tapi Ryan pula satu-satunya abang dia.

Darrell berdiri dibelakang Hanna dan tangan kekar milik Darrell terus menjalar dan kini mengunci pinggang kecil milik Hanna. Hanna yang terkejut, jadi malu.

“A-awak?”

Darrell terkekeh gemas dengan Hanna. Tak lupa Hanna juga cakap bahasakan diri dia awak.

“Cuba panggil saya dengan panggilan tadi.”

Hanna bingung.

“Awak?”

“No. Before that.” Dagu direhatkan atas bahu Hanna. Sekali sekala nak bermanja dengan isteri.

Hanna bertambah bingung. Lebih-lebih lagi bila Darrell tertawa lucu.

“Suami saya~” kata darrelll dengan suara manja. Hanna yang terkejut terus keluar dari pelukan Darrell.

“Awak... Awak dengar?” mata Hanna membulat, tidak percaya. Dia malu. Malu yang teramat.

“Mestilah. Saya dari awal tak tidur tahu.” selangkah dua langkah Darrell mendekati Hanna. Satu tangan membelai pipi Hanna yang sudah bertukar merah sementara satu tangan lagi memegang pinggang Hanna.

Mata mereka bertemu  selama beberapa saat. Tidak ada satupun yang berasa ingin melepaskan tatapan mata itu.

Indah.

Mata Hanna sangat indah.

God. I could've kiss you right now.” suara garau itu keluar dari mulut Darrell. Pandangan dialihkan ke bibir mungil Hanna pula. Dia mahu bibir itu. Dia mahu Hanna.

Hanna tidak membantah mahupun berkata sesuatu. Mata yang memberi pandangan ghairah, seumpama dia juga ingin melakukan itu.

Bibir Darrell menguntun sebuah senyuman. Tidak menyangka kalau isteri nakal juga.

Muka Darrell mendekat pada muka Hanna yang sudah menutup matanya. Sesaat sebelum bibir mereka bertaut, Darrell juga melakukan hal yang sama.

Malam itu, malam yang indah bagi mereka.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now