BAB 5

36 3 0
                                    

HANNA keluar daripada perut kereta dengan perasaan berdebar. Beg dibahu dibetulkan. Nafas ditarik dalam-dalam. Tali beg dipegang ketat. Hati rasa berdebar hebat.

Anak dara balik pukul 12? Ada ke patut?

Sebenarnya tak sampai pukul sembilan dia keluar pergi date, lepas kena putus terus title date tu tukar kepada girls outing dengan Liya sampai tak ingat dunia. Tengok-tengok dah nak dekat pukul dua belas. Ini kalau kantoi dengan mama papa dia, habislah. Mesti kena kurung esok.

Walaupun mama papa Hanna agak sibuk dengan kerja, mereka agak strict dengan Hanna. Dimana Hanna pergi, dengan siapa, itu semua mereka kena tahu. Tak kisahlah Hanna pesan dekat sesiapa, janji mama papa Hanna mesti tahu.

Tapi kalau dah balik sampai pukul 12, parents mana je yang tak overthinking kan? Sebab tu Hanna jadi takut. Kalau-kalau mama papa dia marah, habislah dia.

Dah lah dia cakap dekat Cik Jah yang dia ada date. Mesti mama papa dia ingat dia keluar dengan lelaki sampai pukul 12 malam. Huh, seram!

Hanna mula melangkah masuk ke dalam rumah. Rumah masih dipenuhi dengan cahaya lampu. Cuma bahagian dapur sahaja yang gelap. Kipas pula masih menyala. Sah, mama papa dia belum tidur.

"Hanna?" teguran satu suara yang terdengar daripada satu ruangan membuatkan Hanna terkejut. Dia lalu menoleh ke arah sumber suara. Tak payah lihat rupa, dia kenal sungguh siapa gerangan yang memanggilnya tadi.

"Mama." Terus tersenyum Hanna melihat mamanya yang baru keluar dari bilik utama. Dia kemudian datang ke arah mamanya dan menghulurkan tangan untuk salam.

"Hanna dari mana ni? Baru pukul 12 baru balik?" tegur Puan Farhana dengan sedikit nada tinggi, marah. Hanna dah expect masalah ini akan berlaku. Dia tersenyum janggal.

"Hanna keluar dengan Aliya, ma. Karaoke sampai tak ingat dunia. Hehe." Hanna ketawa paksa.

"Why are you mentioned Aliya's name? Tadi, Cik Jah kata Hanna ada date dengan boyfriend Hanna. Takkan lah Aliya tu boyfriend Hanna pulak?" bidas Puan Farhana yang sudah mencekak pinggang. Kecil besar kecil besar je dia tengok anak dara dia seorang ni.

"Um, sebenarnya memang Hanna ada date dengan Aqmar tapi... dia putuskan Hanna. He going to get marry next week." Jelas terlihat keperitan di wajah Hanna. Senyuman palsu dia tayangkan.

Puan Farhana terkejut. Lelaki yang sudah dia anggap seperti anak menantu dia sendiri, rupanya dah nak kahwin dalam masa yang singkat. Anak dia pula kena campak macam tu aje?

Puan Farhana memegang bahu Hanna lembut. "Are you okay, my baby girl?" Dia mula risau. Dia tahu, betapa besarnya cinta Hanna pada lelaki yang kononya akan seberang lautan lava demi anaknya, realitinya hampeh!

"Yeah. Sebab Hanna dah lepaskan semua perasaan Hanna masa karaoke tadi. Dengan Aliya."

Diam.

Puan Farhana hanya mengangguk. Nampak dari riak wajahnya, tak mungkin anaknya menipu. Walaupun dia tak menunjukkan sedikit pun wajah sedih, namun Hanna memang tak pandai untuk berbohong.

"Okaylah Hanna. Pergilah masuk bilik. Esok Hanna dah janjikan nak tolong mama untuk jaga cucu kawan mama, kan?" janji yang dibuat minggu lalu masih diingat. Janji dimana Puan Farhana dan anaknya, Hanna akan menjaga cucu dari seorang kawan Puan Farhana. Ibu bapa budak tu ada kerja diluar negara. Jadi yang menjaga anak mereka semestilah neneknya. Hanna pula sudah menyetujui hal itu dari minggu lepas.

Hanna mengangguk berat. Mata pula sudah layu. Nak tidur puas-puas sebelum esok kena jadi orang gaji tidak berbayar.

Hanna lantas menaiki satu per satu tangga menuju ke biliknya. Puan Farhana yang melihat anaknya hilang dari pandangan, terus menggeleng kepala perlahan.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now