“IBU akan datang sini balik kan?” tanya Noah dengan mata yang sudah berkelip-kelip. Mainan kereta ditangan dipegang sayu. Mata dia juga menatap Hanna dengan pandangan sedih.
Rasa baru aje main dengan Hanna malam tadi. Tup tup pagi ni Hanna dan Darrell nak pindah rumah baru. Lagipun, mereka cuma menumpang untuk satu malam. Rasa kurang selesa pula bila duduk serumah dengan orang lain. Suami isteri pula tu. Janganlah kita ganggu mereka, kan?
Hanna mengukir senyuman pada bibir melihat gelagat Noah yang lucu baginya. Hanna membongkok dan pipi Noah dicubitnya lembut.
“Ibu tak sure ibu akan balik sini lagi ke tak tapi Noah boleh datang rumah ibu bila-bila masa Noah nak.” kata Hanna ingin menyedapkan hati Noah. Sungguh, dia sudah sayang anak itu seperti anaknya sendiri.
Noah senyum sebaris, mainan kereta dihulur.
“Ibu bawa ni sekali. Hadiah dari Noah.”
“Er... Bukan ke ni mainan yang ibu beli tempoh hari?” tanya Hanna. Dia ingat mainan itu. Mainan yang dia belikan dalam beberapa minggu lepas selepas Noah merengek minta mainan.
Amboi, bila dah dapat terus bagi orang lain ya. Orang yang belikan untuk dia pula tu.
Tersedar, Noah terus sorak mainan kereta itu dekat belakang badannya. Kepala di geleng laju.
“Tak ada apa lah. Ibu lupa je apa yang Noah cakap tadi.” kata Noah. Atiqah yang dari tadi menyaksikan gelagat anaknya dan Hanna dari dalam rumah, hanya tertawa kecil. Comel!
Hanna terkekeh gemas. Hidung Noah dicuit.
“Ibu pergi dulu ya. Uncle dah tunggu dalam kereta. Nanti kita jumpa lagi okey.” buat kali terakhir, Hanna mengusap kepala Noah.
Kaki bergerak ke arah kereta. Bila dah masuk dalam, Hanna buka tingkap dan melambai ke Noah berserta Atiqah dan Ryan. Selepas itu, kereta mereka meluncur keluar dari kawasan rumah Ryan untuk menuju ke destinasi rumah baru mereka.
Rumah mereka.
.
“Dan... Ini kotak terakhir! Argh!” Hanna melenguh keras. Rasa lenguh pada belakang badan bukan calang-calang. Tak sangka barang baru yang mereka beli untuk isi dekat rumah ni banyak. Apatah lagi barang yang dari Hanna bawa dari rumah dia.
“Good work, wife. Nak minum air?”
“Yes, please.” cakap Hanna sebelum bergerak ke sofa. Punggung dilabuhkan. Tangan dari tadi sibuk menumbuk pada bahagian bahu yang terasa lenguh. Itu baru letak kotak, belum lagi hias rumah diorang. Kata Darrell, itu diorang buat esok. Hari ini, mereka chill chill dulu.
“Nah.” kata Darrell sambil menghulurkan air yang dia ambil tadi.
“Thanks.” Hanna lebarkan senyuman. Dia meneguk air itu tanpa henti. Menunjukkan betapa letihnya dia hari ini.
“Slow-slow, sayang. Nanti tersedak—”
Tersedak Hanna dibuatnya. Mendengar perkataan sayang dari mulut Darrell masih lagi asing di telinga Hanna. Bukan dia tak suka tapi hatinya akan berdetak laju mendengar perkataan itu.
Darrell dengan cepat mencapai beberapa helai tisu yang terletak atas meja di hadapan mereka. Kemudian, Darrell mengelap mulut Hanna yang basah akibat semburan air tadi.
“Kenapa sampai tersedak ni?” tanya Darrell lembut. Hampir dia mahu ketawa melihat aksi isterinya.
Selepas adegan yang cukup memalukan buat Hanna tadi, kedua pasangan itu hanya berdiam diri. Ruang tamu hanya dipenuhi dengan suara yang dikeluarkan daripada televisyen. Entah apa cerita yang ditayangkan sekarang. Darrell mahupun Hanna, tiada daripada mereka yang fokus dengan cerita tersebut.
YOU ARE READING
SHE'S HIS [OG]
RomancePertemuan Hanna dengan jejaka misteri itu mengubah hidupnya seratus peratus. Tak disangka akibat peristiwa itu, dia selalu berhubungan dengan lelaki yang dikenali sebagai Darrell. Lebih misteri bila dia selalu ada jika Hanna dalam kesusahan. Lebih p...