BAB 16

13 2 0
                                    

SETELAH aje Hanna membersihkan diri dia di hotel. Ethan terus bawa Hanna ke cafe untuk bertemu dengan seseorang yang nak sangat jumpa Hanna. Hanna pula hanya akur. Dia kenal orang itu. Dia pun nak jumpa dengan orang itu juga.

Pintu cafe dibuka luas. Matanya meliar mencari keberadaan orang itu. Ethan pula setia ikut Hanna dari belakang. Ethan sudah janji dengan Darrell untuk menjaga Hanna sebaik mungkin.

"Hanna, sini!" Orang itu menaikkan tangannya setinggi mungkin. Senyuman terus ada dimuka apabila dia melihat kelibatan Hanna.

"Kak Atiqah!" Tersenyum lebar Hanna dibuatnya. Dia lantas berlari pergi ke Atiqah yang sedang elok berdiri. Mereka berdua kemudian peluk sesama sendiri.

"Tak payahlah panggil kak Atiqah. Panjang sangat. Panggil Kak Ti je." kata Atiqah. Pelukan mereka dileraikan. Entah bila mereka menjadi rapat walhal pada malam hari lahir Hanna, mereka cuma berborak biasa. Mungkin selalu update cerita pasal Noah.

"Dah lama tak nampak Kak Ti. Sihat?" Hanna bertanya. Mata dia pula meliar mencari keberadaan Noah. Baru dua hari tak nampak, mestilah dia rindu. Rindu dengar celoteh si Noah yang semakin hari semakin bijak. Dia rindu budak comel itu.

"Kak Ti sihat je. Ini ada hadiah dari akak. Masa birthday Hanna hari tu, akak datang dengan tangan kosong je. Rasa bersalah pula." Atiqah mengeluarkan sebuah kotak kecil yang sudah berbalut dengan balutan hadiah. Hanna menerimanya dengan senyuman dimuka.

"Susah-susah je akak ni. Apapun, terima kasih," ujar Hanna dengan senyumannya yang masih dimuka.

"By the way, akak pun nak bagi kad jemputan ni. Nah." Sekeping kad dihulur kepada Hanna. Hanna pula menyambutnya tanpa rasa ragu. Dia meneliti kad tersebut sebelum matanya membulat.

"Lusa hari lahir Noah?" Keningnya terangkat. Dia tak tahu.

Atiqah mengangguk kecil. "Haah. Ini sebenarnya pertama kali akak dengan Abang Ryan buat birthday party untuk Noah. Rasa berdebar pun ada. A little surprised for my baby boy. Dia memang dah lama berkurung. Jadi akak rasa, tak salah nak buat sedikit party kecil-kecilan untuk dia," jelas Atiqah panjang lebar. Terangguk-angguk Hanna dibuatnya.

"Akak nak saya pergi ke?" tanya Hanna inginkan kepastian.

"Eh, dah akak bagi awak kad jemputan tu, mestilah akak nak awak pergi. Lagipun, kalau awak pergi, mesti Noah rasa gembira sebab ibu dia ada sekali." Kata-kata itu membuatkan Hanna sedikit tersentak. Atiqah memang betul-betul tak kisah Noah menganggapnya sebagai ibu. Walaupun bunyinya seperti Hanna menjadi isteri kedua Ryan. Itu membuatkan Hanna berasa kurang selesa. Lagi-lagi bila ibu asli Noah yang cakap macam itu.

"Er... Akak memang betul-betul tak kisah ke Noah panggil saya ibu? Tak ke nampak macam saya ni isteri kedua suami akak? Pelik lah." Hanna akhirnya mengakui sesuatu yang buat dia rasa kurang selesa. Atiqah hanya tersenyum manis.

"Tak apa. Apapun yang buat Noah happy, akak pun happy juga. Lagipun, akak percayakan awak dan abang Ryan. Tapi... kalau betul lah benda itu betul-betul berlaku, akak tak teragak-agak nak buat sesuatu dekat awak dan Ryan." kata Atiqah yang langsung membuatkan Hanna teguk liur. Dengan senyuman yang sukar ditafsir, lagilah buat Atiqah ni macam menyeramkan.

Atiqah yang sedar akan perubahan muka Hanna, dia terus ketawa. "Akak gurau lah. Akak memang betul-betul percayakan korang. Lagipun, Hanna mungkin tak lama lagi jadi adik ipar akak kan?" kali ini, kata-kata Atiqah membuatkan Hanna betul-betul tersedak kerana air liurnya sendiri. Adik ipar? Maksudnya dia dan Darrell? Tak mungkin!

"Ish, akak ni!" Hanna memegang kedua pipinya yang kian memerah. Malu dengan apa yang dikatakan Atiqah. Atiqah pula lepas tawa. Lucu dengan sikap Hanna yang langsung tak sembunyikan perasaan dia. Ethan yang berdiri disebelah meja mereka pula, hanya tersenyum. Mungkin tak lama lagi dia akan rasa nasi minyak kawan dia pula. Tak sabar rasanya.








KUNCI kereta yang terletak elok di atas meja dicapai sebelum dia memandang cermin buat sekian kalinya. Terasa yakin yang dia sudah cantik dan bersedia, Hanna terus keluar dari biliknya menuju ruang tamu. Macam biasa Hanna memang akan cari kedua ibu bapanya dahulu sebelum keluar rumah. Nak jadi anak mithali katanya.

"Mama! Papa! Hanna keluar sekejap ya. Nak cari barang untuk Noah!" Laung Hanna sekeras yang mungkin. Ruang tamu Hanay kian menyepi setelah laungan keras Hanna tadi. Itu langsung membuatkan Hanna yakin kalau mama papanya tiada dirumah. Kadang-kadang, bukan Hanna tak tahu mereka keluar rumah, cuma kalau ada hal urgent memang mama papa Hanna akan terus keluar rumah tanpa memberitahu Hanna terlebih dahulu.

"Cik Jah! Hanna keluar!" Kali ini, laungannya untuk cik Jah pula. Tetapi, hari ini lain sebab tiada sahutan dari Cik Jah.

"Aik? Mana semua orang pergi?" Hanna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Keliru dengan suasana rumah pada hari ini. Tidak pelik kalau mama papanya tiada di rumah. Tapi kalau sampai Cik Jah pun tak ada, pasti ada apa-apa.

Hanna diam beberapa saat sebelum jongket bahu. Kerana dia tak nak lambat. Esok, birthday party untuk Noah akan berlangsung. Jadi, hari ini dia nak cari hadiah untuk Noah memandangkan semalam dia tak sempat.

Selepas aje dia habis berborak dengan Atiqah, dia terus cakap dekat Ethan yang dia nak balik rumah. Ingatkan boleh jumpa dengan Darrell. Tapi hampa sebab sebaik sahaja Hanna masuk dalam rumah dia, Darrell dah tak ada. Rumahnya pula tiba-tiba jadi bersih. Tiada pecahan pinggan walaupun masa itu dia yakin kalau dia terdengar bunyi pinggan pecah. Bukan satu tapi banyak. Mungkin, Darrell tolong bersihkan? Rajin pula dia.

Hanna masih merahsiakan hal tersebut dari mama papanya. Semalam, memang ada Encik Khalid bertanya kenapa anaknya yang satu itu telefon dia, tapi Hanna cuma cakap yang dia tertekan. Meskipun Encik Khalid rasa ada sesuatu tak kena, dia tetap percayakan Hanna. Hanna hanya tersenyum janggal selepas itu.

Hanna menggeleng perlahan sebelum tersedar. Boleh pula dia teringat tentang Darrell di saat yang macam ni. Padahal dia nak cepat cari hadiah untuk Noah. Dengan itu, dia langsung keluar dari rumah. Setelah cek bahawa dia betul-betul sudah kunci rumah dengan betul, barulah dia pusing ke belakang. Tapi, muka yang tadinya tak ada perasaan, terus tukar kepada muka pelik.

"Hanna, jom lah! Hari ni kau nak cari hadiah untuk Noah kan?" Liya melambai-lambai dari dalam kereta. Hanna menarik nafas lega. Nasib baik itu kawan dia sendiri. Kalau tak, mungkin Hanna dah berlari masuk dalam rumah dia dulu. Agak pelik juga tadi kenapa ada kereta yang dia tak kenal tiba-tiba parkir depan rumah dia. Liya rupanya.

Hanna yang sekarang ada ditepi Liya, terua pusingkan kepalanya terhadap Liya yang tengah fokus memandu.

"Aku sebenarnya ada banyak soalan." kata Hanna jujur. Liya hanya menaikkan kedua keningnya tanda dia nak tahu soalan yang Hanna hendak lontarkan padanya.

"Pertama, kereta siapa kau rembat ni?" jari telunjuk dinaikkan.

"Ini kereta ayah aku. Aku pinjam sekejap sebab kereta aku rosak semalam. Entah lah macam mana boleh rosak." jawab Liya dengan mata yang masih fokus memandang jalan tar.

"Okey. Yang kedua, macam mana kau tahu aku nak cari hadiah untuk Noah?" kali ini, jari telunjuk dan jari tengah diangkat secara bersamaan bersama dengan kening sebelah kiri diangkat.

Liya tertawa sebelum berkata. "Aku main agak je sebenarnya sebab aku pun keluar nak cari hadiah untuk Noah juga. Masa aku sampai dekat rumah kau nak ajak kau sekali, eh tiba-tiba kau pun keluar dari rumah dengan pakaian cantik macamm ni. Sebab tu aku assume kau nak keluar untuk cari hadiah Noah. Esok kan hari lahir dia."

Mulut Hanna berbentuk O dan dia angguk beberapa kali tanda faham. Hanna memandang ke arah radio sebelum dia membuka suara radio dengan kuat memandangkan ini lagu favorit mareka. Liya dan Hanna saling berpandangan sebelum kereta ini menjadi tempat karaoke mereka berdua.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now