BAB 24

14 1 0
                                    

SEDAR tak sedar, sudah empat bulan berlalu sejak Darrell dan Hanna bersetuju untuk berkahwin. Ingatkan urusan kahwin senang macam dalam drama. Baru tiga hari melamar, dah jadi isteri orang. Tapi hakikatnya, susah juga nak kahwin. Kena urus itu lah ini lah. Belum lagi kena buat ujian HIV. Duit pun nasib baik dekat hujung jari je. Majlis mereka hanya diadakan secara kecil-kecilan. Cukup lafaz akad terus habis. Adalah juga jamuan makan-makan untuk tetamu yang sanggup hadir. Tak ramai. Hanya sebahagian dari keluarga Darrell dan Hanna. Dan tak lupa, kawan Hanna yang dari Australia pun ikut sekali.

"Hanna! I can't believe you're going to be someone wife!" jerit Katarine bersemangat terus peluk Hanna. Sudah tiga tahun dia duduk sebilik menjadi roommate dengan Hanna, semestinya dialah yang paling gembira apabila Hanna menyampaikan mesej yang dia nak kahwin.

Mujur Katarine tak sibuk pada hari majlis Hanna. Dua hari lepas dia langsung beli tiket untuk ke Malaysia. Sempat juga Hanna carikan dia hotel untuk menetap walaupun sibuk. Demi hargai pengorbanan kawan yang sanggup terbang jauh-jauh demi melihat kawannya yang nak berkahwin.

"Thank you so much, Katarine. I don't know how many times should I said this but... Thank you so much!" Kedua tangan Katarine dipegang erat. Hampir sahaja Hanna nak mengeluarkan air mata. Namun ditahan kerana tak nak rosakkan makeup yang sudah siap.

Hanna cantik memakai baju kurung moden yang lengkap dengan manik-manik yang ada di hujung baju serta hujung lengan yang silau menyilau berwarna putih. Jari jemari juga penuh dengan inai berwarna terang. Hanna ada cakap, dia tak nak berinai. Tapi dipaksa oleh Puan Farhana sebab katanya berinai di hari perkahwinan itu sekali seumur hidup je. Hanna hanya akur sahaja walaupun hati tetap kata tak suka.

Tema perkahwinan mereka semestinya warna putih suci. Mereka berdua sama-sama setuju untuk pilih tema ini. Hanna juga ada tempah MUA untuk tolong dia makeup hari ini. Tak mahal juga dalam rm500 je. Okey lah. Kata MUA Hanna, makeup ini boleh tahan sampai 6 jam! Berbaloi.

"Amboi kau. Bila kawan dari Australia datang, tak cakap pun terima kasih dekat kawan kau yang sorang ni." Liya memuncungkan bibir. Gara-gara Hanna nak nikah juga hari ini, terpaksalah dia batalkan segala urusan dia pada hari ini. Liya juga sempat berkenalan dengan Katarine semalam. Jadi, hubungan mereka tidak terlalu kaku.

"Alolo. Sorry beb. Kau pun aku berterima kasihhhhh sangattt!" Hanna peluk Liya. Mereka akhirnya ketawa bersama.

"Aku rasa majlis dah nak mula. Jom lah kita keluar," ajak Liya. Katarine mengangguk. Tak. Katarine tak faham apa yang dikatakan Aliya tadi. Tapi selepas di translate oleh Liya sendiri, langsung dia faham.

"Arghhhh! Aku nervous!" luah Hanna kuat. Langsung, kedua tangan sahabatnya itu digenggam erat.

"Don't worry, Hanna. I'm pretty sure you're gonna be great today. And of course, later night." Katarine mengenyitkan mata. Maksud tersirat yang ada langsung difaham oleh Hanna. Terus Hanna buat muka. Liya sudah ketawa terlebih dahulu.

"So naughty, Katarine!" Membahang muka Hanna dibuatnya. Mereka bertiga ketawa lagi sebelum Hanna dipanggil oleh Puan Farhana untuk keluar. Majlis akad nikah hanya dibuat dalam rumah Darrell sahaja. Untung rumahnya besar. Jadi, muat untuk tampung semua tetamu yang hadir.





"AKU nikahkan dikau Darrell Aryan Bin Muhammad Farid dengan anakku Hanna Firhana binti Khalid dengan mas kahwin sebanyak rm400 dibayar tunai." ucap Encik Khalid selaku wali Hanna pada hari ini. Ucapannya sangat jelas.

"Saya terima nikahnya Hanna Firhana binti Khalid dengan mas kahwin sebanyak rm600 dibayar tunai." Darrell dan Encik Khalid saling berjabat tangan. Hanna tak percaya. Semudah itu dia ucapkan lafaz. Ingatkan ada moment berharga dimana Darrell tersasul ke tersalah sebut ke. Tapi jangan tersasul nama anak jiran sebelah sudah lah. Tak pasal-pasal ada juga terjadi perang dunia ketiga nanti.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now