BAB 3

32 3 0
                                    

"Sob... Sob..."

Hanna terduduk. Dia menangis dalam gelap. Rasa perit di hati masih tidak hilang. Baru aje dia diputuskan. Dan yang lebih parah, minggu depan bekas kekasihnya akan menjadi suami seseorang. Kenapa? Dimana silapnya?

Dibelakang restoran, ada satu taman mini yang sangat cantik. Kebanyakkan pelanggan akan datang sini sebab nak bergambar. Makan tidak dibenarkan di sini. Jadi, sekarang Hanna berada disini sendirian. Dan cuma ada beberapa lampu je yang terbuka. Hanna duduk dibahagian yang paling gelap dihujung. Tak nak orang nampak dia menangis. Biarlah orang cakap dia pontianak ke, hantu ke, yang penting dia dapat menangis.

"Bodoh punya jantan... kenapa sekarang baru kau bagitau aku?" soal Hanna. Dia menumbuk angin. Rasa geram dengan lelaki yang baru sahaja putuskan dia. Rasa nak cekik pun ada. Paling, ada rasa malu juga di dalam dirinya. Bodoh sangat percaya lelaki itu sampai tak tahu bila masa lelaki tak guna itu sudah tak cintakan pada dirinya. Mudah ditipu rupanya Hanna ini.

Hanna mengesat air matanya. Hingus dia lap dibaju. Hanna paling benci menangis sebab hingus dia akan keluar banyak. Memang nampak buruk. Hanna mana suka dia jadi buruk.

"Bodoh.. bangsat.. tak guna." Hanna masih lagi mencarut. Air mata dia juga masih keluar kerana teringat memorinya bersama Aqmar. Rasa bodoh pula dia. Empat tahun bersama, bukan bermakna dia akan menjadi milik Aqmar selama-lamanya. Dia bersyukur, sebab Aqmar putuskan dia daripada membuat dia menjadi wanita simpanan. Kalau tak, sampai bila pun Hanna tak akan tahu. Dia tak nak, dia dituduh menjadi orang ketiga dalam hubungan orang. Lebih-lebih lagi yang dah berkahwin. Dia tak nak.

Hanna peluk lutut. Muka diletakkan atas lutut. Dia diam. Tak tahu nak buat apa sekarang. Dah lah tadi dia beria-ia cakap dekat Cik Jah yang dia ada date. Tapi kena putus pula. Malulah dia nanti kalau Cik Jah tanya macam-macam.

Seseorang menghulurkan sapu tangan berwarna hitam dekat Hanna. Hanna yang terkejut langsung menoleh.

Mamat tadi!

"Kenapa kau bagi benda ni? Nak gelak, gelak jelah. Tak payahlah nak acah tunjuk caring." Walaupun Hanna berkata begitu, dia tetap ambil sapu tangan yang dihulurkan lelaki tadi. Dia lantas sembur hingus yang dari tadi keluar dari hidung. Hanna bagi balik sapu tangan tadi dekat lelaki itu. Lelaki itu hanya membuat muka jijik kerana hingus Hanna sekarang sudah melekat dekat tangan dia. Dia cepat-cepat buang sapu tangan itu ke tanah.

Dia menghela nafas. Nak marah, tapi perempuan ni tengah sedih pula. Tak jadi dia nak marah. Dia terus pergi ke tempat basuh tangan sebelum datang ke Hanna balik.

"You good?"

Hanna menjeling. Dia tak nampak ke aku menangis sampai keluar hingus ni? Boleh pula tanya aku you good. Dasar tak peka!

"I see it all. Your boyfriend cheated on you?" Lelaki itu bertanya. Oh my god, kenapa Hanna barus sedar sekarang? Suara jejaka itu tersangatlah seksi sampai Hanna hampir jatuh cinta padanya. Jatuh cinta pada suara, maksud Hanna.

Hanna menggeleng. Dia bingung. Nak cakap tak, tak juga. Nak cakap ya, tak juga. Haih, pening. Tapi mungkin. Sebab dia tiba-tiba kahwin dengan perempuan lain. Curang lah namanya kan? Sebab mereka bukannya sehari dua bercouple. Empat tahun!

"Then, why are you crying?"

Eleh mamat ni. Acah speaking pulak. Tahulah suara macho, cakap melayu jelah. Nak terpingsan aku dengar suara dia.

Hanna tak bercakap apa-apa sebaliknya bagi kad kahwin Aqmar kepada lelaki itu. Dia mengambilnya dan dibaca dari awal hingga akhir.

"Kau kahwin dengan dia? Nak sedih kenapa?" kata lelaki itu. Lancar aje bahasa Melayu nya. Baik dari tadi je cakap melayu.

"Nama perempuan tu bukan nama aku. Orang lain. Dia... akan kahwin dengan orang lain next week." Hanna tak tahan, dia terus menangis kembali. Siapa je tak tahan kan kalau ada orang tanya kenapa. Dah lah lelaki ini stranger. Malu pula menangis depan dia. Tapi bila hati dah berkecai, memang malu letak tepi dulu.

Lelaki itu diam. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Dia membaca kembali nama perempuan yang tentera dalam kad kahwin itu sebelum dia perlahan-lahan mengukir senyum.

"I actually kinda know this girl."

Hanna mengesat air matanya sebelum memandang lelaki itu kembali.

"Kau tahu?"

Lelaki itu mengangguk.

"My step sister."

Tergamam Hanna. Step sister? This guy?

"Dah tu, kenapa kau tak kenal ex boyfriend aku kalau kau tahu dia akan kahwin dengan adik kau? Lagi satu kenapa kau tak cam nama adik sendiri? Bukan main lama nak cakap dia adik tiri kau," soal Hanna. Tangisannya dah mula reda. Entah kenapa, Hanna rasa selama dan selesa berada dekat dengan lelaki ini.

"Aku dah cakap, she only my step sister. Hubungan kitaorang bukannya baik. Lagipun dah lama aku tak nampak dia. Lebih kurang... tiga tahun?" kata lelaki itu selamba.

"Tiga tahun?! Lama betul! Ada masalah keluarga ke apa ni?" tanya Hanna polos.

Lelaki itu tergamam seketika sebelum tergelak melihat reaksi Hanna. Dengan mata yang merah lagi. Dah nampak macam orang tak tidur setahun.

"Lebih kurang. I hate my step mom sebab dia ambil kesempatan atas papa. Dia hanya kahwin dengan papa disebabkan harta. Papa sekarang koma disebabkan perempuan jahanam tu. Dah tiga tahun, dah tiga tahun tapi ayah tak bangun lagi..." terus berubah mata lelaki itu. Matanya layu seperti bunga. Hanna rasa bersalah sebab ingatkan dia tentang kejadian yang perit itu.

"But she can't do anything since semua harta dibagikan ke aku. Rumah, syarikat, anything. Semua under my name. She doesn't get anything. Lol." Lelaki itu tersenyum puas. Hanna tergelak kecil.

"Tapi kenapa kau tak sue dia aje? Macam mana kalau dia apa-apa kan kau pula?"

Seketika, Hanna lupakan kejadian yang tadi.

"Aku tak saman dia sebab aku tak cukup bukti kalau dia yang buat papa aku koma. Tapi aku tahu itu semua angkara dia." jelas lelaki itu. Hanna mengangguk faham. Rasa janggal pula kalau lelaki yang dia baru jumpa dan tak kenal ini bagitahu kisah keluarga dia pada Hanna. Orang yang langsung dia tak kenal.

Hanna terfikirkan sesuatu . Lantas, dia bangun daripada duduknya. Dia sapu bahagian belakang baju yang ada sisa-sisa daun yang ada pada bajunya. Dia kemudian hulurkan tangan.

"Aku Hanna. Kau?"

"Darrell." jawab lelaki itu singkat. Darrell. Darrell namanya.

Hanna masih tersenyum. Membuat isyarat mata diarahkan ke tangannya. Dia ni tak nak ambil tangan aku ke? Hampir kurang begitu yang Hanna fikirkan didalam hatinya.

Darrell menangkap isyarat mata Hanna. Dia ketawa. "I'm sorry miss. But you're not my wife yang aku boleh sentuh sesuka hati." Darrell mengangkat kedua tangannya. Kening diangkat kan.

Hanna malu. Ya Allah. Aku ingatkan dia bukan Islam. Aku yang Islam pun bodoh. Dah tahu dia bukan mahram, kau suruh dia berjabat tangan dengan kau pula? Bodoh.

"Oh sorry." kata Hanna. Dia kemudian menggaru belakang leher, janggal. Biasanya, begitulah kira-kira salam perkenalan orang Australia. Terlupa pula dia sekarang dah ada dekat Malaysia. Sampai terbawa-bawa budaya luar masuk sini. Dengan sesama muslim pula itu. Hanna patutnya malu dengan keadaan tadi.

"Doesn't matter." Darrell hanya tersenyum melihat kelakuan Hanna. Comel.

"Baiklah. Aku balik dulu. Thanks untuk hari ni... Darrell." Hanna tersenyum manis kearah Darrell. Dia melambai sebelum pergi dari pandangan Darrell.

Darrell membalas senyuman dan lambaian Hanna. Selepas aje Hanna pergi, dia melepaskan satu gelakkan besar. Perut dipengang.

"God, damn it."

"She's too cute!" Gelakkan Darrell perlahan-lahan pudar. Dia lalu memandang langit yang dipenuhi bintang. Dia tersenyum. "Really..." Pipinya membahang merah.


SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now