TANGANNYA masih memegang erat tangan mulus si gadis. Seperti sudah bersedia bertarung nyawa deminya. Darrell, lelaki yang berpegang pada janjinya.
Hanna pula memegang baju Darrell. Bibir dikatup rapat. Tak mahu menafikan kalau dia sebenarnya takut. Acah je tadi nak tunjuk hebat, tapi hakikatnya ada rasa takut di hati. Bukan apa sebab lelaki itu pegang pisau. Memang sah-sah lah Hanna takut. Main curang jantan tu!
Tanpa amaran, lelaki bertopeng itu terus berlari ke arah mereka. Automatik, Darrell mendorong Hanna ke tepi sehingga Hanna jatuh. Walaupun ada rasa bersalah, tapi itu lebih baik dari biarkan Hanna cedera.
Pisau yang ada ditangan lelaki itu dipusingkan lagi. Kini, bahagian tajam betul-betul dihalakan ke Darrell. Dengan ketawa yang lantang, lelaki itu menghayunkan pisau bagaikan orang gila.
"Mati kau!"
Darrell lebih cekap mengimbangkan badannya. Dia tunduk dan kaki dihayun kan pula kedepan sampai membuatkan lelaki itu tersembam ke lantai.
"Sakit bodoh!" Tanpa pedulikan hidungnya yang sekarang sudah mengeluarkan cecair merah, dia terus bangun dan menghayunkan lagi pisau itu kepada Darrell. Namun, kali ini lebih cepat dan tangkas.
Darrell melindungi diri hanya dengan tangan. Sudah hampir 17 tahun hidupnya bermain dengan pisau, ini bukan suatu yang sukar baginya.
Hanna pula, masih terkial-kial mahu membuka ikatan di tangan dia. Kalau lelaki itu terus fokus pada Darrell, mungkin Hanna ada pelung untuk serang dia dari belakang.
Darrell tendang lelaki itu sehinggakan dia tertunduk. Sebaik sahaja lelaki itu angkat muka, Darrell terus pukul tengkuk lelaki itu yang membuatkan dia mengerang kesakitan. Tanpa basa-basi lagi, Darrell juga menyerang bahagian betis si lelaki itu. Tidak dapat mengawal badannya dari berdiri, lelaki itu terus terbaring. Kenapa pukulan dia terasa sakit? Sejak bila dia jadi kuat?
Tanpa rasa bersalah sedikit pun, Darrell duduk atas badan si lelaki lalu bertubi-tubi memukul muka si lelaki sampai mengeluarkan darah. Hanna yang tadi sibuk membuka ikatan tali, terdiam seribu bahasa. Untuk pertama kalinya, dia melihat Darrell sebegitu. Ganas. Kejam. Tidak berperasaan.
Setelah beberapa minit, Darrell berhenti. Lelaki bertopeng itu pula sudah tidak sedarkan diri. Darrell akhirnya bangun sebelum menoleh kepalanya pada Hanna. Percikan darah yang ada pada muka Darrell, membuatkan jantung Hanna berdebar hebat.
Perlahan-lahan, Darrell mengatur langkahnya menuju ke Hanna. Dia berlutut dan memandang Hanna lama sebelum bersuara.
"Are you afraid of me now?" Tergagap-gagap Darrell mengucapkan kata-kata itu. Rasanya sakit. Sakit sangat. Macam mana kalau gadis itu takut selepas tahu keperibadian dia sekarang? Diri dia yang sebenar?
Hanna mati kata. Lidahnya tiba-tiba menjadi kelu. Adakah dia takut pada Darrell sekarang?
Tapi, matanya tidak bisa berbohong. Dia masih sayangkan Darrell.
"Hanna, are you afraid of me?" Lagi sekali, Darrell bertanya. Hanna yang baru sahaja ingin membuka mulut, terkejut kerana tiba-tiba lelaki yang tadi sudah dipastikan pengsan, berdiri dengan tangannya yang diangkat tinggi dalam genggamannya ada pisau yang sama.
"Darrell, belakang!" Sempat Hanna memberi amaran. Darrell dengan cepat langsung menoleh kebelakang. Tapi, lelaki itu ternyata lebih cepat. Sekelip mata sahaja, pisau yang ada pada tangan lelaki itu tertancap pada bahagian perut Darrell. Tak tunggu lama, darah mula keluar.
"Darrell!"
Darrell terduduk. Dia sedaya upaya tahan sakit. Disebabkan si lelaki masih bernyawa, mungkin Hanna tak selamat. Apatah lagi si lelaki bagi Darrell bukan calang-calang orang kerana ketangkasan dalam menggunakan pisau.
YOU ARE READING
SHE'S HIS [OG]
RomantizmPertemuan Hanna dengan jejaka misteri itu mengubah hidupnya seratus peratus. Tak disangka akibat peristiwa itu, dia selalu berhubungan dengan lelaki yang dikenali sebagai Darrell. Lebih misteri bila dia selalu ada jika Hanna dalam kesusahan. Lebih p...