TAMAN belakang rumah milik Ryan sekarang dihiasi dengan pelbagai hiasan. Ada juga beberapa meja dan kerusi berwarna putih untuk keperluan tetamu duduk. Tak lupa juga, makanan dan pencuci mulut yang sudah tersedia dengan rapi di meja makan.
Apa yang membuatkan Hanna pelik sekarang, kenapa design birthday party ini tak nampak macam birthday party untuk budak berusia enam tahun? Boleh dikatakan hiasan sangat simple. Warna pula cuma ada dua iaitu putih dan hitam. Biasanya untuk kanak-kanak, mesti lah ada terselit warna-warni. Dan kek pun mestilah ada gambar cartoon ataupun rupa kek untuk budak berusia enam tahun. Tapi sekarang, kek itu hanya diliputi oleh cream dan ada beberapa ceri di atasnya. Sangat simple.
Dan apa yang lebih pelik, langsung tak ada kanak-kanak lain selain Noah dekat sini. Yang ada cumalah tetamu yang berpakaian seperti VIP. Sangat elegant. Tak dinafikan, Hanna berasa seperti darjat mereka dan dia sangat jauh walaupun Hanna juga berasal dari keluarga yang berada.
"Hanna." Seseorang memegang bahu Hanna yang membuatkan Hanna pusingkan kepalanya kebelakang. Melihat gerangan itu, Hanna langsung tersenyum halus.
"Cik Jah! Baru hari ni Hanna nampak cik Jah. Kenapa semalam cik Jah tak ada dekat rumah?" Hanna menyoal. Pandangan ditumpukan kepada cik Jah yang hanya senyum senipis bawang.
"Cik Jah ada hal lah semalam dekat kampung. Itu yang balik sekejap. Cik Jah dah minta izin dah pun dekat encik Khalid. Maaf ya sebab cik Jah tak bagitau kamu," jawab cik Jah lembut. Hanna mengangguk faham. Lega hatinya bila cik Jah hanya pergi untuk sehari. Hari ini dan bahkan hari esok, cik Jah akan kembali berkerja seperti biasa.
"Hanna. Cik Jah rasa tak selesa lah ada dekat sini. Darjat cik Jah dengan diorang langsung tak sama." Cik Jah memuncungkan mulutnya kepada tetamu yang hadir. Mata Hanna automatik tertuju pada tetamu yang ada disana. Kemudian, dia kembali menatap muka cik Jah.
"Tak payah lah rasa macam tu, cik Jah. Cik Jah pun tetamu mereka juga. Janganlah rasa rendah diri, ya?" Hanna mengusap perlahan baju cik Jah. Dia pun sebenarnya ada berfikiran sama seperti cik Jah tadi. Namun, fikiran itu dia buang jauh-jauh. Tak kisah pasal darjat, yang penting hati baik. Kalau darjat setinggi gunung sekali pun kalau dah hati busuk darjat itu tak akan bawa kemana pun.
Cik Jah tersenyum. "Iya lah, Hanna. Cik Jah duduk sana dulu ya?" Mendengar kata-kata itu, Hanna terus mengangguk. Dia tahu, cik Jah mungkin tak dapat berdiri lama-lama memandangkan usia wanita itu bukannya muda. Sudah menjejak angka tujuh sudah pun. Hanna tabik akan cik Jah yang bersedia berkhidmat dengan keluarga dia meskipun cik Jah dah tua.
Hanna masih lagi berdiri dengan hadiah di tangannya. Dia bersiul kecil untuk menghilangkan rasa bosan.
"Dah kenapa tercegat dekat situ macam dinding?" Suara garau dari arah belakang membuatkan Hanna tersentak seketika. Dia pun terus berpaling menghadap muka si empunya suara.
"Darrell?"
Darrell berdiri dengan tangan yang menyilang. Memandang gadis yang ada dihadapannya dengan senyuman manis yang selalu di mukanya setiap kali dia ada dengan Hanna.
"Kau tak duduk?" tanya Darrell lembut. Hanna menggeleng.
"Secara jujurnya, aku rasa aku tak layak lah ada dekat sini. Cuba kau tengok. Semuanya pakai cantik-cantik. Sampai ke aku je pakai macam ni." Hanna mendepakan tangannya seluas yang mungkin. Dia kemudian melihat ke bawah. Darrell pun sama. Automatik, dia pandang Hanna atas bawah sebelum tertawa kecil.
"Hanna, you're beautiful." Jari telunjuk Darrell kemudian tertuju kepada semua tetamu yang menikmati makanan itu. "Dalam banyak-banyak tetamu yang ada dekat situ, of course kau yang paling cantik...
YOU ARE READING
SHE'S HIS [OG]
RomancePertemuan Hanna dengan jejaka misteri itu mengubah hidupnya seratus peratus. Tak disangka akibat peristiwa itu, dia selalu berhubungan dengan lelaki yang dikenali sebagai Darrell. Lebih misteri bila dia selalu ada jika Hanna dalam kesusahan. Lebih p...