PAP!
Kedua tangan Hanna menghempap meja, kuat. Matanya tajam mencerlung ke arah Liya yang berpura-pura minum air yang dipesan tadi. Langsung tak pandang kembali mata Hanna.
"Serious lah? Kau orang semua dah tahu kalau Darrell nak lamar aku semalam?" soal Hanna bersama keningnya yang terangkat. Dipandangnya Liya tidak berkelip.
Liya mengangguk sekali. "Haah. Semua tahu." jawab Liya, polos. Tersenyum-senyum Liya.
Hanna tampar dahi sendiri. Patutlah sebelum hari lahir Darrell semalam, semuanya tersenyum-senyum macam ada maksud tersirat. Rupanya inilah! Mereka semua dah tahu kalau Darrell nak lamar dia semalam. Bahkan termasuk ibu bapanya sekali. Entah bila Darrell sampaikan hajat nak melamar dia malam itu sampai Hanna sendiri tak tahu.
Peran Atiqah lah yang paling besar. Dia sengaja tipu Hanna kalau semalam merupakan hari lahir Noah. Tapi sebenarnya, semalam merupakan hari lahir Darrell yang ke-28 tahun. Darrell juga berfikir untuk melamar Hanna di hari tersebut. Dia minta tolong semuanya untuk melancarkan hari esok. Tapi, semuanya tak jadi romantik angkara tiga orang yang tiba-tiba serang mereka semalam. Darrell pun kalau boleh nak cekik satu-satu. Nasib baik Ryan halang.
"Tapi sebenarnya kan, aku curious sangat siapa orang-orang semalam. Kenapa dia bawa pistol bagai?" celah Liya. Hanna tidak bersuara. Dibuatnya soalan Liya tidak dijawab. Dia sendiri juga tak tahu siapa mereka. Dan apa motif diorang kacau majlis semalam.
"Hanna, kau ada mesej Darrell ke semalam?" Liya alih cerita sebab Hanna tak jawab soalan dia tadi. Hanna yang mendengar nama Darrell disebut, terus angkat muka pandang Liya.
"Tak. Aku dah lama tak mesej dia. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin awkward je semalam sebab dia tiba-tiba lamar aku." Hanna juihkan mulut. Liya pula hanya mengangguk, terus dia perlahan-lahan tersenyum. Liya tutup mulut sebab dia tak nak Hanna tahu.
"Hanna, aku nak pergi tandas kejap," kata Liya dan terus berdiri. Tanpa menunggu jawapan Hanna, Liya terus mengorak langkah ingin pergi.
Lima minit, sepuluh minit Hanna tunggu, Liya tak kunjung tiba. Sewaktu Hanna nak bangun pergi ke tandas untuk jenguk Liya, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri didepan meja yang diduduki oleh Hanna. Hanna yang terkejut terus pandang muka gerangan tersebut. Dia menghela nafas lega bila dia tahu kalau lelaki itu, Darrell.
Darrell terus ambil tempat duduk bertentangan dengan Hanna. "Hanna, jom."
Muka Hanna terus berubah. "Jom? Pergi mana?"
"Pergi date lah. Hari tu kan tak sempat. Kan aku dah janji nak bawa kau hari lain. Hari ni lah." Jawab Darrell penuh semangat. Tidak pudar senyuman dia yang ada dimuka. Gembira sangat sebab dapat jumpa kekasih hati dia hari ini.
"Tapi, Liya..."
"Oh, aku yang suruh Liya ajak kau pergi sini tadi. Liya dah balik rumah dah pun. Adik aku memang terbaik." jelas Darrell yang menbuatkan Hanna ternganga. Patutlah Liya tadi bersungguh nak bawa dia keluar. Rupanya sebab inilah.
"Shall we, love?"
Hanna mengangguk.
BUNYI deruan ombak begitu tenang. Tidak lupa bersama kicauan burung yang sangat merdu. Hanna dan Darrell berjalan beriringan tanpa ada yang cakap sepatah pun ayat.
"Sorry pasal semalam." Darrell tiba-tiba bersuara. Hanna toleh sebelah.
"Yang mana? Pasal kau lamar aku tiba-tiba atau pasal ada orang nak serang kau?" Tanya Hanna. Darrell tertawa.
"Both. Aku nak minta maaf sebab kau jadi mangsa keadaan masa tu. Actually, diorang bukan nak serang aku." Darrell berhentikan langkahnya diikuti Hanna yang sedang bingung.
"Bukan kau? Dah tu siapa?" Hanna bertanya polos. Darrell yang tadi ada disamping Hanna, terus berdiri didepan Hanna. Ditatapnya Hanna begitu dalam sebelum buka mulut.
"It was you Hanna. Kau percaya tak kalau aku cakap nyawa kau dalam bahaya sekarang ni?" Giliran Darrell pula bertanya.
Hanna terdiam sejenak. Dia tidak pernah terfikir kalau nyawa dia dalam bahaya, namun dia sangat percaya bila Darrell berjanji akan jaga dia.
"Aku percaya. Sebab itu kau nak kahwin dengan aku kan?"
"Actually no. Aku betul-betul nak kahwin dengan kau, bukan sebab aku nak lindungi kau saja. Tapi hati aku dah terpaut pada kau. Aku cinta kau kerana Allah. Aku sayang kau kerana Allah. Aku juga nak lindungi kau kerana Allah."
Tutur kata yang keluar dari mulut Darrell, berjaya membuatkan Hanna tersentuh. Makna yang sangat mendalam. Lebih-lebih lagi bila Darrell cakap yang dia nak kahwin dengan Hanna kerana Allah. Sungguh mengharukan.
"Boleh bagi aku masa sikit untuk fikir tentang ni?" Hanna gigit bibir. Dia tak nak disebabkan dia asyik mengelak untuk bagi jawapan pada lamaran Darrell, Darrell akan bosan dan tinggalkan dia. Dia tak nak. Tapi nak buat macam mana. Hanna betul-betul perlukan masa untuk berfikir.
"Yes. Beberapa tahun pun aku sanggup tunggu." Darrell tersenyum lebar. Sungguh tak percaya yang dia akan melamar gadis yang baru sahaja dia temui minggu lalu. Love at the first sight? Bukan. Dia masa itu masih belum cintakan Hanna lagi. Tapi bila tengok senyuman manis Hanna, dia telah jatuh. Jatuh cinta.
Atau mungkin... Memang cinta pandangan pertama? Sebab masa Darrell belum keluar dari kereta, dia ternampak Hanna terlebih dahulu. Tika itulah jantung dia berdegup sedikit. Tapi disebabkan kereta dia kena langgar, dia ketepikan hal itu. Walau sekarang dia tak boleh nafikan kalau dia dah jatuh cinta pada Hanna.
Hanna tersengih. Rasa lega bila dengar jawapan Darrell. Sekarang, dia hanya perlu berfikir betul-betul. Tentang masa depan dia dan Darrell bersama.
"Jom. Aku bawa kau pergi makan pula. Mesti kau dah lapar kan?"
Hanna mengangguk buat sekian kalinya.
Mereka tiba di kedai yang dipilih. Darrell mula membuat pesanan untuk Hanna yang tak tahu nak makan apa. Nasib baik Hanna suka apa yang diorder kan oleh Darrell.
Ikan goreng tepung, sotong celup tepung, keropok lekor dan dua jus oren terhidang elok di atas meja. Hanna teguk liur. Makanan yang terhidang betul-betul menguji tahap kelaparan dia. Dari pagi dia tak makan lagi. Baru nak sarapan tiba-tiba Liya call nak jumpa dekat cafe. Nasib baik Darrell tahu yang perut dia tengah mengaum.
Sotong celup tepung diambil dan dicelup ke dalam sos cili. Hanna kemudian menyuap sotong tadi kedalam mulutnya. Matanya terkatup rapat dan mulutnya mengulum senyuman yang paling indah. Makanan memang yang terbaik!
Senyuman manis yang terukir pada muka si gadis, berjaya membuatkan Darrell yang dari tadi memerhatikan Hanna, tersenyum kecil melihat tingkah laku Hanna yang begitu comel baginya. Darrell kemudian menghirup air oren yang dipesannya tadi. Sebenarnya, dia memang tak suka minum air oren. Hanna yang pesan untuknya tadi. Terpaksa dia hadam. Darrell kerutkan muka namun cepat-cepat dia senyum bila Hanna pandang dia.
"Kalau aku tanya, kau jangan marah eh?" soal Hanna tiba-tiba. Darrell mengangguk. Dia nak tahu juga apa yang Hanna nak tanya.
"Siapa tiga lelaki semalam? Kau kenal?" tanya Hanna berterus terang. Darrell tersenyum lalu menggeleng.
"Nope. Aku langsung tak kenal diorang. Dan siapa disebalik semua ini pun aku tak tahu. Kau nak dengar kisah aku tak?" Giliran Darrell pula bertanya pada Hanna. Terkelip-kelip mata Hanna sebelum dia ragu-ragu mengangguk.
"Kalau kau tak kisah," jawab Hanna acuh tak acuh. Yang sebenarnya, dia nak tahu juga kisah Darrell. Kalau nak kahwin tapi tak tahu asal usul bakal suami, macam mana lah nanti agaknya, kan?
Darrell diam tak terkata memandang Hanna. Namun, mulutnya mula terbuka.
"Xrandren," kata Darrell sepatah, wajah tenang dibawa.
"Xrandren? Bukan ke itu..."
"Yes. Keturunan aku. My stupid descendant."
YOU ARE READING
SHE'S HIS [OG]
RomancePertemuan Hanna dengan jejaka misteri itu mengubah hidupnya seratus peratus. Tak disangka akibat peristiwa itu, dia selalu berhubungan dengan lelaki yang dikenali sebagai Darrell. Lebih misteri bila dia selalu ada jika Hanna dalam kesusahan. Lebih p...