Satu kali, dua kali Hanna mengelipkan matanya tanda tidak percaya. Melihat huluran tangan Darrell yang diarahkan padanya, dipandang lama. Betul ke apa yang dia dengar tadi?
Darrell yang tersenyum itupun langsung membuka langkah pergi ke tempat Hanna berdiri. Dia kemudian mendekatkan mukanya pada telinga Hanna.
"Will you?"
Suara garau itu sudah cukup membuat Hanna berdebar. Mereka berdua kemudian saling berpandangan antara satu sama lain sebelum Hanna berbicara.
"Will what?" tanya Hanna bersama keningnya yang terangkat. Walaupun dia seperti tahu apa yang Darrell maksudkan dengan perkataan itu.
"Marry me, Hanna." Lembut saja suara yang keluar dari mulut Darrell. Dia memusingkan badannya menghadap Hanna yang masih bingung.
"Will you marry me, love?" Cincin dikeluarkan dari poket seluar. Hanna memandang cincin itu lama. Darrell memang betul-betul mahu melamar dia hari ini sampaikan cincin pun dah ada.
Tetamu yang ada disana, hanya bagaikan bayangan bagi mereka. Sekarang terasa macam dunia ini hanya ada mereka. Darrell dan Hanna.
“Izinkan aku menjadi sebahagian daripada hidup kau, Hanna. I want to be there. With you. Forever.”
Hanna teguk liur. Lidah pula kelu mahu berkata apa-apa. Tadi bukan main sedih, sekarang tak tahu nak buat apa pula. Dalam situasi tiba-tiba macam ini, mestilah Hanna buntu. Lagi-lagi bila Darrell nampak macam serious, bukan main-main.
“Tapi kau baru je kenal aku, kan?” tanya Hanna sedikit teragak-agak. Dia tak mampu untuk melihat mata Darrell. Hatinya berombak hebat.
Darrell tersenyum.
“Kita boleh kenal sesama sendiri dengan lebih dalam. Dan aku tak pernah rasa pilihan aku salah. Lebih-lebih lagi kalau pilihan aku itu kau.”
Hanna mengawal eksperasi muka yang mahu mengeluarkan senyuman. Cincin yang masih ada ditangan Darrell, dia ingin mengambilnya.
Bang!
Suara keras itu menyentak kan semua orang yang ada disana. Keadaan mula menjadi kacau-bilau. Semua orang mula berlari-lari apabila ternampak ada lelaki bertopeng hitam yang menghalakan pistol dilangit.
Dengan spontan, Hanna terduduk menutupi kedua telinganya. Bernasib baik, Darrell sempat pegang Hanna sebelum dia terjatuh menyembah tanah dek ada seseorang yang melanggar bahu Hanna tanpa sengaja saat hendak menyelamatkan diri.
Lelaki bertopeng hitam itu dengan cepat langsung meluru ke arah Darrell tanpa rasa ragu-ragu. Darrell yang perasan hal itu, terus tolak Hanna ketepi. Dia refleks menendang pistol yang ada ditangan lelaki misteri itu sehingga tercampak ke belakang.
"Kau siapa?!" Jerit Darrell. Dia sempat pandang ke arah Hanna yang sudah dibawa oleh Liya ke dalam rumah. Dia menghela nafas lega sebelum pandang lelaki itu semula.
"Aku tanya aku siapa?!" Darrell melompat dan satu sepakan keras terkena tepat di perut lelaki itu sebelum dia tersembam ke tanah. Dia mendesis sebelum bangun ingin melawan Darrell balik.
Tapi tanpa lelaki itu sedar, Ryan yang ada disana juga menyerang lelaki itu dari arah belakang. Ryan memegang tangan dan hujung baju lelaki itu secara bersamaan lalu mengangkatnya sehingga dia terbalik dan akhirnya tumpas juga. Ryan langsung memijak perut lelaki itu tanpa belas kasihan sebelum menunduk ingin membuka topeng lelaki tersebut.
Dari arah yang bertentangan, ada dua lagi lelaki bertopeng hitam tiba-tiba masuk dan lelaki dari arah kanan menyerang Ryan. Salah satunya pula menolong lelaki pertama itu berdiri sebelum mereka hilang dari pandangan Ryan dan Darrell.
Ryan dan Darrell pula berusaha melindungi diri dari lelaki yang membawa pisau. Setelah yakin yang kawannya telah selamat dibawa pergi, lelaki berpisau itu pula lari pergi dari sana. Darrell mahu mengejar tapi dihalang oleh Ryan dengan nafas yang turun naik.
Ryan menggeleng laju. "Biarkan mereka." Kata Ryan.
Dahi Darrell berkerut marah. "Kau suruh aku biarkan diorang pergi? Kalau diorang serang kita lagi macam mana? Diorang dah melebihi batas lah! Bawa senjata! Kau tahu tak itu bahaya?!" Darrell meraup muka. Tangan dikepal sekuat yang boleh.
"Ya aku tahu. Sebab itu aku suruh kau jangan kejar diorang. Itu baru tiga. Entah-entah ada ramai lagi dekat luar sana. Buat masa sekarang, kita masuk dulu rumah. Tenangkan semua yang ada dulu. Kau pun tak nak kan kekasih hati kau takut. Now, dia dah tahu semua." Sengaja Ryan keluarkan perkataan kekasih hati biar Darrell membatalkan niat nak kejar mereka. Darrell yang tadi mengepalkan tangan, terus berlari masuk rumah selepas mendengar kata-kata dari Ryan. Ryan pula sebelum dia ikut Darrell dari belakang, dia mahu memastikan dulu yang ketiga-tiga lelaki misteri itu sudah tiada. Dia meneliti setiap sudut tempat itu. Bila Ryan dan betul-betul yakin mereka dah tak ada, dia terus beredar dari situ.
Semuanya saling berpandangan antara satu sama lain. Suasana dalam raung tamu hening. Tak ada satu orang pun yang berani bersuara.
Tetamu yang dijemput sudah terlebih dahulu angkat kaki beredar dari rumah Ryan. Ada yang cakap tak nak dah berurusan dengan mereka kerana kejadian yang hitam tadi.
Encik Khalid yang ada disitu menghembuskan nafas berat sebelum pandang Darrell yang menunduk.
"Kamu ke yang nak kahwin dengan anak saya tadi?" soal encik Khalid tidak lepas memandang Darrell. Hanna pula tidak bersuara. Dia masih terkejut dengan hal yang berlaku tadi. Padahal rasanya, itu bukan kali pertama dia berhadapan dengan situasi seperti itu.
"Iya, pakcik. Saya nak halalkan Hanna. I want to be her husband," jawab Darrell yakin. Dia memandang encik Khalid sebelum pandang Hanna. Dia memberikan senyuman manis kepadanya. Hanna tidak dapat menahan senyuman dia, terus menutup mulutnya dengan satu tangan.
"Kamu nak bahayakan nyawa anak saya ke?" Soalan yang kedua dilontarkan berjaya membuatkan Darrell teguk liur. Hanna pula sudah putus harapan. Kalau macam ini gayanya, dia mungkin tidak dapat berkahwin dengan Darrell walaupun dia masih menimbangkan hal tersebut.
"Tak. Saya tak nak bahayakan dia. Sebaliknya, saya nak lindungi dia. Pak cik, saya Darrell Aryan, akan sedaya upaya melindungi Hanna Firhana dengan segala yang saya ada."
"Walaupun ianya boleh meragut nyawa kamu sendiri?"
Tanpa ragu, Darrell mengangguk.
"Saya janji. Saya tak kan biarkan Hanna terluka. Saya cintakan dia setulus hati saya, pak cik."
"Ooohh!!! Adik aku dah jadi real men!! Caya lah, Rell!" Memang tak kenal malu, Ryan menyorak dengan tangannya yang terpusing-pusing ke atas. Darrell hanya menggeleng, sementara Atiqah menyuruh Ryan untuk diam.
Encik Khalid tersenyum. "Kalau macam itu, saya serahkan anak saya dekat kamu. Itupun kalau..." Pandangan encik Khalid dialihkan pada anak perempuannya pula. "...anak saya setuju."
Semua mata tertuju pada Hanna yang dari tadi tahan senyum. Hanna yang terkejut sebab dirinya tiba-tiba disebut terus gigit bibir.
"Er... Boleh tak Hanna fikir-fikirkan dulu pasal ni?" Soal Hanna, lembut. Dia pandang Darrell dan encik Khalid bersilih ganti.
Encik Khalid hanya mengangguk terus pandang Darrell. Mengamati mukanya untuk mendengarkan jawapan dari Darrell pula.
"Saya okey je. Saya tak paksa Hanna untuk terima lamaran saya. Tapi, saya tetap seorang lelaki yang berpegang pada kata-kata saya. Hanna, aku betul-betul nak lindungi kau, jaga kau." Mata Darrell dialihkan pada Hanna pula. Kedua mata itu slaing bertemu. Darrell mengukir senyuman yang mampu membuatkan jantung Hanna berdegup laju.
Ryan mula bertepuk tangan. Noah pula berkerut dahinya. Langsung tak faham kata-kata yang keluar dari mulut mereka dari awal sampai akhir. Puan Farhana pula tersengih-sengih dari tadi. Tak sabar nak dapat menantu mungkin. Liya pula sedaya upaya tahan ketawa kerana dari tadi dia melihat pipi Hanna yang macam disimbahi cat merah jambu.
"Thank you." kata Hanna perlahan namun dapat didengar oleh Darrell. Mereka masing-masing hanya mampu untuk menyembunyikan rasa suka mereka.
YOU ARE READING
SHE'S HIS [OG]
RomancePertemuan Hanna dengan jejaka misteri itu mengubah hidupnya seratus peratus. Tak disangka akibat peristiwa itu, dia selalu berhubungan dengan lelaki yang dikenali sebagai Darrell. Lebih misteri bila dia selalu ada jika Hanna dalam kesusahan. Lebih p...