BAB 4

28 3 0
                                    

but we were born to be alone
yeah we were born to be alone
yeah we were born to be alone oh oh
but why we still looking for love?

Hanna menyanyi dengan penuh menghayati. Baru kena putus, dapatlah dia menyanyi lagu Lovesick Girls dari Blackpink ini dengan sepenuh hati. Baru dia tahu, kenapa orang-orang memilih lagu jiwang untuk dinyanyikan selepas putus. Sebab penyampaian lirik lagu, sama seperti suara hatinya. Sakit. Perit.

Biasanya, kalau Hanna menyanyikan lagu sedih atau jiwang, dia langsung tidak pernah merasakan apa-apa sebab dia bahagia. Tapi sekarang, semuanya berubah. Dia sudah berstatus single.

"Ah! Yes! 98 skor!" Hanna bersorak kegembiraan apabila skor yang terpampang di skrin mencapai angka sembilan. Dia lantas duduk di sofa dan air 100plus yang dibelinya dibuka dan diminum rakus. 10 minit dia habiskan untuk menyanyi lagu jiwang, 10 minit jugalah dia memekak, menjerit macam orang yang terlebih gula.

"Caya lah kau beb! 98 tuh! Rekod baru! Biasanya kan kau dapat 40 lebih je. Dah kena putus, suara kau makin bagus lah!" Puji Liya disebelah Hanna, jujur walaupun ada terselit kata perli yang membuatkan Hanna menggeleng perlahan.

Selama ini, suara Hanna mana pernah bagus. Liya kalau Hanna menyanyi, dia akan menjadi orang yang pertama tutup telinga. Dah bertahun-tahun dia hadap sampai bosan.

Hanna dan Liya sekarang berada di bar karaoke. Malam yang sama Hanna diputus, dia terus call Liya untuk menyanyi lagu broken bersama-sama. Liya lah satu-satunya kawan baik dia yang dia akan ceritakan masalah. Selain Liya, memang takkan ada orang lain. Kemana Hanna pergi mesti Liya yang disampingnya.

"Tapi kan, asal kau tak menangis pun? Biasanya orang lain kalau lepas kena putus, sampai berhari-hari bahkan bertahun-tahun baru baik. Ni aku tengok kau, elok je tersenyum manis macam ni. Kau tak sayang Aqmar eh?" Liya duduk bersila atas sofa. Dia mengambil satu jajan, dibuka dan terus makan.

Hanna memandang Liya dan satu keluhan kecil dilepaskan. "Of course lah aku sedih. Aku dan dia bukan sehari dua beb bercouple. Empat tahun tu! Lama. Macam mana lah aku tak sedih kan. Empat tahun aku habiskan waktu dengan dia, semuanya jadi sia-sia. Sekarang ni, mana aku nak dapat lelaki? Aku mana ada lelaki lain dah. Cuma Aqmar je lah satu-satunya lelaki yang aku ada. Tapi sekarang? Aduh, Liya. Aku tak nak jadi dara tua." rengek Hanna. Betul. Selama ini, dia tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki. Di Australia memang ada, tapi kawan-kawan dia semuanya bukan muslim. Kalau nak cari imam sehidup dan semati, kenalah cari yang sama agama kan?

Liya mengusap kepala Hanna. "Don't worry beb. Your friend ni, pakar cari jodoh untuk orang tau. Kau cakap je ciri-ciri lelaki yang kau nak, aku boleh tolong carikan." Aliya kemudian menepuk-nepuk dadanya, bangga.

Hanna tergelak. Nak menafikan, tapi memang betul apa yang dikatakan Liya. Sudah dua orang yang berkahwin sebab mereka berjumpa menerusi Liya. Berapa banyak kawan yang Liya ada pun Hanna tak tahu. Sebab Aliya memang akan selalu bersama-sama dengan Hanna. Tak pernah pula Liya bercerita pasal kawan dia yang lain.

Hanna mula berfikir. "Aku nak orang yang badan tegap, mata dia cantik, senyuman dia indah, dan suara dia... Seksi." satu bayangan muncul di fikiran Hanna.

Darrell.

Ciri-ciri lelaki yang Hanna nak, semuanya ada pada Darrell. Jejaka yang baru dia kenal hari ini. Hanna tersenyum lawak sebab dia baru sahaja teringat akan lelaki itu. Kalau bukan sebab Hanna langgar kereta Darrell, mesti perkenalan antara mereka tidak akan pernah berlaku. Hilang dua puluh ribu, dapatlah juga Hanna kenal dengan jejaka hensem. Berbaloi juga rupanya.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now