BAB 9

22 3 0
                                    

"HANNA dari mana? Kenapa mama telefon Hanna tak jawab? Hanna bawa Noah pergi mana?"

Tengok tu, soal aku macam mama detektif Conan pulak. Aku tak sedar pula mama aku telefon aku tadi. Telefon aku pula tak tahu letak mana. Lepas aku kena culik, telefon aku terus lenyap. Aku tak ada masalah pun sebab nanti boleh beli baru. Tapi sayanglah sebab ada banyak gambar berharga dalam telefon aku tu. Dah hilang. Nak buat macam mana kan? Reda je lah.

"Hello! Mama tanya ni." Jentik kan jari mama membuatkan aku berpaling semula kearahnya. Mama sedang elok bercekak pinggang. Kaki pula dihentakkan lembut. Tatapan matanya, menusuk ke dalam tulang rusuk aku terus. Seram!

"Mama... Baru balik?" tanya aku ingin mengalih pembicaraan. Macam biasa, sengihan kambing tetap dimuka.

"Mesti lah mama dah lama balik. Tadi mama cari kamu tahu tak? Hilang tak bagitahu mama pun. Hampir mama nak report polis. Dah lah bawa anak orang sekali. Kalau jadi apa-apa dekat Noah, siapa nak tanggung? Nasib baik Darrell telefon Rohidah suruh balik rumah dulu. Dia yang cari kau berdua." Mama memicit kepalanya selepas itu. Mama memang ada masalah sukar tidur. Dalam sehari, kadang-kadang mama dapat tidur 3 jam je. Itu yang kena makan pil tidur. Tapi tak selalu. Nanti kena overdos.

"Mama risaukan Noah aje? Hanna? Mama tak risau?" Aku mencebik. Cemburu pula bila mama lebih risaukan orang lain dari anak sendiri.

Mama hanya menggelengkan kepala. "Mestilah mama risau. Hanna kan satu-satunya anak mama. Tapi, Noah tu masih kecil. Kalau hilang, memang susah nak jumpa."

"Tapi ada je orang dewasa kalau kena culik tak jumpa-jumpa. Tak kisah lah kecil ke besar ke, kalau dah kena culik memang ambil masa untuk dicari. Kalau panjang umur, alhamdulillah masih hidup. Tapi kalau tak... Inalillah." Aku nyatakan fakta. Zaman sekarang, walaupun teknologi canggih kalau dah takdir berkata begitu, begitu lah yang dia dapat. Satu persoalan selalu dimainkan di dalam fikiran aku. Dapatkan kita ubah takdir yang telah ditentukan Tuhan?

Mama hanya menggeleng lalu dia melabuhkan punggung di atas sofa biru berdekatan dengannya. "Hanna pergi mana tadi?" tanya mama dengan lebih lembut. Kalau dah macam ni, mama memang betul-betul perlukan jawapan. Terpaksalah aku jujur.

"Hanna... Hanna belikan Noah air chocolate tadi, lepastu..." aku pun terus duduk disebelah mama. Tangan pula sudah siap sedia hinggap di paha nya.

"Hanna dan Noah kena culik."

Mama terus berpaling ke arah aku macam tak percaya. Laju pulak itu. Nasib baik tak putus leher tu. Seram aku tengok. Dengan mata yang besar. Siapa je tak takut?

"Hanna kena apa?" Mama bersoal lagi. Mungkin mama tak percaya yang aku kena culik. Itu yang dia tanya lagi.

"Hanna kena culik, mama." kali ini, aku berbisik ke telinga mama pula. Jangan sampai dia tanya untuk kali kedua pula. Mama bukannya orang yang tak percaya aku. Dia memang akan mempercayai setiap kata-kata yang keluar dari mulut aku.

Mama terus pegang pipi aku. Ke kanan ke kiri ke bawah dan ke atas di bawa. Terpusing-pusing kepala aku macam helikopter. Mama pun terkejut bila nampak kesan cedera di leher aku. Dia pun lantas menekup mulut.

"Hanna okey? Noah macam mana?" tengok tu, ada juga nama Noah terselit. Dimaafkan sebab Noah comel. Mesti semua orang akan ingat dia. Kalau aku jadi mama, aku pun akan tanya tentang keadaan Noah juga.

"Okey lah sikit. Tapi leher ni... Hampir putus sebab penculik tu letak pisau dekat leher Hanna. Terdiam Hanna dekat situ. Tapi tak sakit. Cuma rasa takutlah. Dan Noah pula, dia okey. Tak ada sebarang kecederaan. Tapi... Dia mungkin trauma, ma. Budak sebaya Noah, memang tak patut kena culik. Kesian. Penculikan Hanna dan Noah nasib baik jumpa. Kalau tak, habis." cerita aku panjang lebar. Aku nak kedapur lepas ini. Nak minum air bagi haus aku hilang. Bila aku teringat air, terus aku ingat air chocolate Noah yang dia tak dapat minum. Lepas ni, kalau aku ada kesempatan jumpa dengan Noah lagi , aku akan belanja dia air chocolate itu lagi.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now