BAB 14

23 1 0
                                    

Kereta diparkir tepat dihadapan rumah banglo milik keluarga Hanna. Sejurus itu, pintu penumpang depan dibuka dan Hanna melangkah keluar diikuti Darrell.

"Thanks untuk hari ini. Banyak pula barang kau belanja aku." Kata Hanna sembari mengangkat tangan kanannya yang ada satu beg plastik besar berisikan barang yang sudah dibelanjanya tadi. Ingatkan nak tolong carikan barang untuk Darrell sahaja, eh terbeli barang dia pula. Nasib Darrell yang hulurkan duit ingin belanja dia.

Darrell mengulum senyum, seperti bersedia untuk bergurau dengan Hanna. "Aku tak cakap pun aku belanja?"

Melopong Hanna dibuatnya. Dah tu, kenapa dia nak bayar tadi? Bukan belanja ke namanya? Hanna sudah mula mencebik. Dia dengan lekas membuka zip beg sandangnya, ingin membayar balik duit yang sudah Darrell bazirkan untuk dirinya. Namun dengan lekas, Darrell menghalangnya.

"But I don't want your money."

Dahi Hanna berkerut. "Dah tu, kau nak apa?"

"You."

Buat kali kedua, rahang Hanna jatuh. Kalau nak bergurau pun, jangan lah disini. Tak kuat jantung Hanna mahu menampung semua itu. Hanna pegang dada yang dah tak keruan itu.

"Isy, kau ni. Jangan lah main-main. Betul-betul lah. Kalau tak nak duit, kau nak apa?" tanya Hanna lagi acuh tak acuh. Sudah bosan dengan ayat manis yang dikeluarkan dari mulut Darrell. Bukan dia tak suka, tapi dia rasa ada rama-rama dalam perutnya.

"Betul, aku tak tipu. Esok, jom pergi pantai. Kita date dekat situ."

"Date? Sejak bila aku couple dengan kau?"

"Sejak kau dalam perut mak kau lagi." gurau Darrell lagi bersama gelakkan selepas itu.

Dengan begitu, hinggalah satu pukulan yang agak kuat di lengan kiri Darrell akibat dipukul oleh Hanna. Kali ini, gurauannya agak melebihi batas. Hanna buang muka.

"By the way, esok teman aku pergi rumah Liya, ya? Aku tak tahu rumah dia kat mana. Kalau kau ada, senang aku nak bagi strawberi tu dekat dia."

Alasan Hanna dan Darrell keluar hari ini, sebab nak belikan strawberi untuk Liya yang sedang merajuk. Liya memang sukakan strawberi. Sebab itu, kalau Liya marah ke sedih ke kecewa ke mesti Hanna umpan dengan strawberi bagi Liya tenang. Dan itu berjaya.

Hanna hanya angguk tanda mengiyakan. Mulut sudah berkunci. Dia berharap agar moment sekarang tidak berakhir. Dia masih mahu meluangkan waktu dengan Darrell walaupun sekejap. Dia nak Darrell.

"Oklah, aku pergi dulu."

Senyuman Hanna pudar.

"Malam nanti aku call kau."

Senyuman Hanna kembali.

"Esok jangan lupa, kita pergi rumah Liya dengan pantai. See you tomorrow, darling." kata Darrell dengan kenyit mata. Dia lalu membuka pintu kereta dan tingkap dibuka.

"Kau masuk lah dulu. Aku nak pastikan kau masuk dengan selamat."

Hanna yang dari tadi hanya berdiri, lantas membuka langkah masuk ke dalam pagar rumahnya. Setelah pastikan pagar rumahnya sudah dikunci, badan dipusingkan untuk masuk ke dalam rumah pula. Namun, niatnya terbantut bila perasaan yang kereta Darrell masih lagi ada disitu.

"Aku dah masuk! Pagar pun dah kunci! Kau balik lah!" Laung Hanna kuat dari sebalik pagar. Pagar rumah Hanna agak tinggi. Sama tinggi dengan Hanna. Jadi agak susah dia nak nampak Darrell dari dalam kereta.

"No, aku tetap nak pastikan kau masuk dalam rumah. Masuk sekarang." Arah Darrell tegas. Namun, disebalik suara tegasnya, Darrell menaikan bibir.

Hanna akur. Dengan cepat, dia masuk ke dalam rumah. Dia tak nak Darrell tunggu lama-lama hanya kerana Hanna degil untuk masuk ke dalam rumahnya sendiri.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now