BAB 10

27 3 0
                                    

RUANG tamu rumah Hanna sekarang dipenuhi dengan kotak-kotak yang dikirim langsung dari Australia. Baru sampai pagi tadi. Niat asal dia, nak bawa kotak-kotak itu dalam bilik. Melihat kotak yang begitu banyak, terbantut terus niat Hanna. Dia malas.

Kotak-kotak yang banyak ini, kiriman daripada kawan-kawan Hanna dari Australia. Hari ini merupakan hari lahir dia yang ke 25. Tak terasa begitu cepat, umur Hanna sudah meningkat setahun. Walaupun hati bersikeras menafikan kalau dia sudah tua setahun, namun IC  masih tetap ada angka tahun kelahiran dia. Tak sangka, Hanna sudah hidup selama 25 tahun. Banyak cabaran yang Hanna hadapi selama dia hidup. Kehilangan seseorang, itu sudah menjadi lumrah kehidupan. Orang datang dan pergi. Tak semua kekal lama.

Hanna tersenyum sampai ke telinga membaca kad ucapan yang dikirimkan sekali dengan hadiah daripada kawan-kawannya . Love them so much! Haih, rindu nak balik Australia. Banyak kenangan yang aku habiskan selama tiga tahun dekat sana. Kawan-kawan pun ramai.

Dekat sini, Hanna cuma ada Liya. Dan Liya masih lanjut belajar. Kadang-kadang, hari Ahad ataupun Rabu je mereka dapat berjumpa. Itupun sekali sekala. Hari lahir Hanna bertepatan dengan hari Isnin. Hanna tak rasa Liya ada waktu untuk dia hari ini. Terpaksalah Hanna, habiskan waktu seorang diri bersama dengan Cik Jah dipagi hari. Mama dan papa Hanna kerja. Malam baru balik. Encik Khalid kata, dia dah tempah restoran untuk malam ini untuk raikan hari lahir Hanna. Dia pun ada cakap, nak ajak kawan-kawan dia. Hanna pun iyakan ajelah.

Satu per satu kotak Hanna buka. Kotak yang pertama, dari kawan Hanna yang bernama Christina. Dia bagi Hanna gelas yang ada corak love berwarna pink. Gelas jenis lutsinar. Memang cantik.

Kotak yang kedua pula dari Gabriel. Dia bagi Hanna satu t-shirt yang bertuliskan 'brother Forever'. Hanna hanya menggeleng perlahan dan ketawa melihat pemberian Gabriel. Yang kuban kuban jelah kawan aku sorang ini.

Kotak yang ketiga, dari Katarine. Dia bagi Hanna beg yang berjenama Channel. Cantik sangat! Macam tahu-tahu je Hanna nak beli beg baru. Katarine juga merupakan sahabat Hanna yang paling rapat. Mana tak nya. Sewaktu di Australia, mereka asyik berkepit je.

Kotak yang keempat, pemberian dari Askar. Kotak yang paling kecil di antara kotak-kotak yang lain. Bila Hanna buka, kelihatan satu cincin yang ada batu permata diatasnya sebagai hiasan. Cantik rupanya. Kecil molek. Tapi bila Hanna cuba di jari manisnya, langsung tak muat. Terpaksalah dia buat hiasan sahaja cincin ini. Askar memang suka bagi cincin dekat kawan dia. Tak kira lelaki, atau perempuan. Dekat sana, tak pelik kalau nampak lelaki pakai cincin. Sebab kebanyakan orang sana, bukan muslim.

Dan aku harap lepas ni dia tanya aku dulu saiz jari aku saiz apa. Sayang gila sebab aku tak akan pakai cincin ni sebab tak muat. Senyum Hanna

Dan Hanna pun buka kotak yang seterusnya. Tak sangka, ada 18 kotak semua sekali. Banyak juga kawan dia dekat Australia sana. Dan yang paling terharu, mereka sanggup bagi Hanna hadiah walaupun berjauhan. Ah... nak nangis!

Surat-surat yang terkumpul, Hanna letak dalam kotak sebagai kenangan. Rasa berterima kasih dan bersyukur sebab ada kawan macam mereka. Rindunya. Lagi rindu nak berparti dengan mereka. Mereka semua buat parti dalam rumah aje sebab mereka tahu, Hanna Islam. Sangat memahami! Dan yang paling Hanna suka, mereka sedaya upaya untuk masak dan cari makanan halal untuk aku. Terharu gila! Susah nak dapat kawan yang memahami seperti mereka.

"Cik Hanna, seronok nampak buka hadiah." suara Cik Jah menerpa masuk ke telinga. Hanna lantas berpaling ke arahnya. Kelihatan Cik Jah dengan satu mangkuk ditangannya.

"Memang lah seronok Cik Jah. Dapat hadiah kot. Rezeki." Hanna ketawa. Mengerling ke arah mangkuk yang dipegang Cik Jah. Masih berasap. Rupanya yang Cik Jah sibuk sangat dekat dapur, dia mesti masak makanan ni.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now